Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Mei 22, 2008

PASAR BARANGAN HALAL DI BANDAR BARU UDA



Surah An-Nahl, Ayat 114: “Maka makanlah yang halal dan baik dari rezki yang telah diberikan oleh Allah (s.w.t.) kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah (s.w.t.) jika kamu menyembah hanya kepadaNya sahaja”.

Firman Allah (s.w.t.) ini memberi ingatan kepada kita sebagai umat manusia muslim yang mesti menyadari akan tuntutan menggunakan produk halal. Namun kesadaran sahaja tidak mencukupi untuk kita menjalankan tuntutan tersebut. Masyarakat Islam pada umumnya masih belum menyadari tentang produk syubhat, samar dan syak serta mungkin haram yang telah atau akan kita gunakan.

Makanan dan produk yang halal menurut syariat khususnya, amat penting bagi memastikan segala ibadah serta doa kita akan diterima oleh Allah (s.w.t). Dalam konteks ini Imam Muslim ada meriwayatkan sebuah hadith iaitu dari Abu Hurairah (r.a) yang berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:

”Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu baik dan Dia tidak akan menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang yang beriman sama seperti yang diperintahkan-Nya ke atas para Rasul”.

Produk halal ini begitu luas yang meliputi segala makanan, minuman, ubat-ubatan, kosmetik, fasion, ekonomi Islam, insuran dan perbankan syari’ah, perdagangan berakhlak dan segala hal yang berkenaan dengan gaya hidup halal.

Umat Islam bukan sekadar dilatih supaya mengambil yang halal dan menjauhkan yang haram, malah perkara yang menjadi syubhat, samar dan syak juga perlu dijauhkan. Sabda Nabi (s.a.w):

"Perkara (makanan) yang halal telah jelas, perkara (makanan) yang haram juga telah jelas. Apa yang ada antara keduanya merupakan perkara yang syubhat (samar) dan tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang berwaspada dari perkara yang samar, sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan kehormatannya”.

Sebagai penganut dan pengamal agama suci Allah, kita hendaklah memastikan segala produk yang kita gunakan betul-betul halal.

Persoalan yang timbul adalah dimanakan outlet, kedai, supermarket dan sebagainya yang boleh membekalkan segala produk yang telah dipastikan halal.

Sebagai seorang penduduk dan penggerak masyarakat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, misi halal ini hendaklah menjadi agenda utama kerana ia juga merupakan satu dakwah serta bertujuan:

- Melindungi hak-hak pengguna muslim untuk segala keperluan termasuk makanan yang halal.
- Melindungi produk halal dari fitnah dan isu kesahihan produk halal seperti yang sering dipertikaikan oleh pelbagai pihak.
- Mewujudkan perekonomian dan perniagaan halal dan sesuai dengan tuntunan Al-Qur'an.
- Berusaha segala keupayaan jemaah setempat menjalankan perniagaan dengan potensi yang ada.
- Menyediakan tempat kepada umat Islam bagi mendapatkan bekalan segala produk halal.
- Memberikan peluang kepada pengusaha produk halal kegunaan orang Islam untuk memasarkan produk mereka.

Bandar Baru Uda merupakan satu penempatan majoriti orang Melayu (80%) di tengah Bandaraya Johor Bahru. Hampir 90% dari 6,000 unit rumah telahpun dihuni. Peniaga non-muslim bersaing dengan peniaga muslim dan ia merupakan persaingan yang sengit terutama barangan bekalan makanan, harian dan peruncitan.

Kedapatan peniaga non-muslim yang tidak bertanggungjawab dengan mencampurkan produk halal dengan tidak halal serta lambakan produk yang meragukan.

Bagi mengatasi masalah ini, Masjid Bandar Baru Uda melalui Yayasan Masjid BBU hendaklah mengambil langkah kehadapan dengan mewujudkan sebuah pasar awam atau mungkin pasaraya yang menjual produk makanan halal dan segala bahan gunaan Islam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Langkah ini adalah bertepatan dengan sejarah Nabi Muhammad (s.a.w.) yang melakukan strategi utama semasa membangunkan masyarakat madani di Madinah iaitu (1) mendirikan Masjid, (2) mengikat persaudaraan antar komuniti muslim, (3) Mengikat perjanjian dengan masyarakat non-muslim, (4) Membangun sistem politik (syura), (5) meletakkan sistem dasar ekonomi, (6) menyediakan peraturan bermasyarakat, dan (7) menjadikan ajaran Islam sebagai sistem nilai dalam masyarakat.

Pada ketika Nabi Muhammad (s.a.w.) memilih untuk membangun masjid sebagai langkah pertama, baginda telah membangun masyarakat madani serta konsep masjid pula bukan hanya sebagai tempat solat, atau tempat berkumpulnya kelompok masyarakat (kabilah) tertentu, tetapi masjid adalah sebagai majlis untuk mengendalikan seluruh masyarakat (Pusat Pengendalian Masyarakat).

Secara konsepnya, masjid juga disebut sebagai Rumah Allah (Baitullah) atau bahkan Rumah Masyarakat (Bait Al Jami`).

Ia juga dapat dilihat dalam sejarah bahwa masjid pada zaman Rasul memiliki berfungsi:

1. Sebagai tempat menjalankan ibadah solat
2. Sebagai tempat musyawarah (seperti Dewan Parlimen)
3. Sebagai tempat pengaduan masyarakat dalam menuntut keadilan
4. Secara tidak langsung sebagai tempat pertemuan ahli-ahli perniagaan.

Yang lebih strategik lagi adalah masjid menjadi pusat pengembangan masyarakat dimana setiap hari masyarakat berjumpa dan mendengar arahan-arahan dari Rasul tentang berbagai hal; prinsip-prinsip beragama, sistem masyarakat baru, juga ayat-ayat Qur'an yang baru diwahyukan. Di dalam masjid pula terjadi interaksi antara pemikiran umah. Azan yang dikumandangkan lima kali sehari sangat efektif bagi memanggil dan mempertemukan masyarakat.

Strategi mengembangkan perniagaan dan urusan duniawi yang diaturkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) di sekitar masjid Nabawi telah memberi inspirasi kepada Khalifah Ummar Al-Khatab untuk membangunkan segala kemudahan dan fasiliti di sekitar masjid termasuk pasar dan sekolah.

Dalam hubungan ini, cara dan pendekatan Nabi membina dan memanfaatkan institusi 'Masjid' adalah sebagai pusat pertama bagi tujuan membentuk umat Islam dalam serba-serbi urusan ummah, mengasuh, mengasah dan mendidik peribadi umat yang mantap iman, tinggi akhlak dan taat beribadah. Di masjid inilah juga Nabi banyak menerima wahyu dan di sinilah juga Nabi mengajar dan memberikan syarahan tentang ajaran-ajaran Islam.

Malah di zaman Nabi Muhammad (s.a.w.) fungsi dan peranan 'Masjid' diluaskan menjadi tempat baitul-mal, pengadilan atau mahkamah, sebagai lembaga pengajaran dan pendidikan, tempat mendeklamasikan syair atau sajak, tempat membuat pengumuman perkara yang mempunyai kepentingan masyarakat dan sebagainya. Hatta berkaitan urusan perang juga dibicarakan di dalam masjid yang bukan semata-mata dikhususkan tempat sujud, sembahyang fardu, sunat, jenazah dan ber'iktikaf. Inilah antara fungsi dan peranan 'Masjid' di zaman awal Islam.

Dengan hal yang demikian, adalah satu langkah bijak bagi pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru Uda membangunkan perniagaan berkonsep produk halal.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada Rasul, seperti firmanNya dalam Surah Al-Mukminun: 52 “Hai Rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakan amalan yang salih”.

Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah: 172 “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rizki yang baik-baik” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru “Ya Robbi, Ya Robbi, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu, bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (Riwayat Muslim).

Sebuah hadith telah dikeluarkan oleh al-Tabarani daripada Ibn ’Abbas (r.a), katanya: Ayat ini telah dibaca di sisi Rasulullah (s.a.w): Bermaksud ”Wahai manusia, makanlah kamu daripada yang ada di atas muka bumi yang baik dan halal”.

Kita perlu bersungguh-sungguh memberi kesedaran khususnya kepada umat Islam supaya mereka tidak seharusnya berpuas hati menjadi sebagai pengguna barangan halal sahaja bahkan mereka semestinya menjadi pengusaha dan pengedar barangan halal dan bermutu. Menurut Islam, penggunaan produk halal memberi kesan yang amat besar terhadap amal ibadah yang kita laksanakan. Penggunaan produk yang halal akan mencemari kesucian jiwa dan kebersihan hati kita.

Industri makanan halal bukannya baru dalam negara kita tetapi penyertaan orang Melayu adalah terlau kurang. Agensi-agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan orang-orang Melayu untuk membaiki ekonomi mereka setelah mencari peluang supaya mereka dapat menyertai dalam industri makanan halal dan juga barang-barang berkaitan dengannya mesti memberi bantuan dan sokongan. Setelah mengenal satu-satu industri maka agensi tersebut terpaksa membawa beberapa orang Melayu untuk ditunjuk ajar supaya mereka dapat menjalankan urusan perniagaan yang mereka pilih dengan keadaan yang memuaskan.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan sekiranya ia merujuk kepada Masjid Jamek Bandar Baru Uda, tentulah Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Agama Johor atau Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk memberi bantuan sewajarnya bagi mempastikan keberkesanan dan kejayaan projek yang dirancangkan.

Kewujudan Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan adalah untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan supaya niat murni berlandaskan ajaran agama dan rasul ini akan menjadi satu kejayaan terutama dalam perniagaan makanan dan barangan halal.

Masyarkaat sekarang terutama di Bandar Baru Uda mempunyai tingkat intelektual yang baik, dan pastinya pengetahuan dan kesadaran tentang pengambilan dan penggunaan barangan halal tidak perlu dipertikaikan.

Mudah-mudahan ide untuk membangunkan pasar barangan halal anjuran Yayasan Masjid Jamek Bandar Baru Uda akan menjadi kenyataan.

Sabtu, Mei 17, 2008

SIAPA YANG BERHAK KE ATAS PULAU BATU PUTIH






Keputusan mengenai tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura dijangka akan diumumkan pada 23 Mei ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata bahawa beliau yakin bahawa keputusannya akan berpihak kepada negara kita bersandarkan hujah dan fakta yang dikemukakan pasukan pakar perundangan negara sepanjang prosiding yang bermula 6 hingga 23 November tahun lalu.

Walau apapun ramalan, penduduk Johor sentiasa menghormati arahan DYMM Sultan Johor yang mengarahkan surau dan masjid mengadakan solat hajat bagi tujuan tersebut. Tidak tertinggal juga adalah Masjid Jamek Bandar Baru Uda yang terus mengadakannya selepas solat Jumaat.

YAB Dato’ Sri Najib dan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman juga pernah mengerjakan solat hajat di masjid ini.

Siang tadi, sekitar 300 jemaah turut sama dalam solat hajat. Aku perhatikan diantara jemaah yang turut sama adalah dari warga Singapura yang menetap di Johor Bahru. Aku pasti niat mereka adalah sama dengan jemaah yang lain kerana aku sangat mengenalinya dan pernah juga aku bertanya samada niatnya untuk kemenangan yang berpihak kepada Singapura atau sebaliknya.

Begitupun pernah juga terdengar sindiran dari rakan senegara mereka yang aku lihat mereka langsung tidak berminat untuk mengerjakan solat hajat. Itu memang hak mereka. Cuma aku rasa kurang enak dengan sindirannya sedangkan mereka sekeluarga menetap di negara ini dan mendapat pelbagai kemudahan sebagaimana warga di sini.

Jangan terkejut kerana ada beberapa orang jemaah dari warga Bangladesh juga turut sama dalam solat hajat tadi. Aku tak pasti apa niat mereka tetapi perbuatannya menunaikan solat hajat berjemaah bersama mereka yang mempunyai hajat kemenangan Batu Putih, sangat memberi erti kiranya dibandingkan dengan sindiran dari rakyat Singapura tadi.

Inilah yang dikatakan bangsa yang tidak tahu harga diri. Walau apapun keputusannya, aku hanya berharap mereka yang sebangsa dan seagama denganku menginsafi bahawa dimana bumi yang kita pijak, hendaklah juga langit yang kita junjung. Jangan kita angkuh dan sombong dengan sifat yang dibenci oleh Allah.

KEPERLUAN LAMAN WEB UNTUK PBKF



Mesyuarat pertama Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) telah diadakan pada 15 Mei 2008 bertempat di pejabat persatuan. Sebagai AJK yang baru terpilih tentunya aku rasa teruja kerana mandat yang telah diberi oleh ahli-ahli perwakilan dalam mesyuarat agung yang baru lalu tentunya mempunyai tanggungjawab besar yang sangat diharapkan oleh ahli-ahli terutama dari mereka yang pernah menjadi ahli Kesatuan Sekerja Felda.

Banyak perkara yang telah diperbincangkan dalam mesyuarat ini yang aku fikir sekiranya ia dapat dilaksanakan, pastinya ia akan memberi menfaat yang besar kepada ahli persatuan. Tidaklah elok segala apa yang telah dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat, dipaparkan di dalam blog ini. Cuma ada beberapa perkara yang pernah dibawa oleh ahli di dalam mesyuarat agung, patut dipaparkan di sini kerana ia berkaitan dengan perkara yang agak asas untuk memperkukuhkan persatuan.

Perkara asas yang dimaksudkan adalah mengenai jumlah ahli PBKF pada masa kini (27.3.2008) adalah seramai 2905 orang sedangkan ahli yang telah meninggalkan perkhidmatan dengan Felda dianggarkan melebihi 8000 orang. Persoalan yang timbul ialah mengapa jumlah keahlian tidak mencapai 50 peratus sedangkan persatuan telah wujud sejak tahun 1991 (17 tahun).

Aku tidak begitu pasti apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan ini. Mengikut penerangan yang diberi, telah banyak usaha dilakukan termasuk memberi penerangan kepada mereka yang akan bersara atau meninggalkan perkhidmatan.

Mungkin banyak sebab yang boleh diberi tetapi aku berkeyakinan bahawa satu pendekatan yang lebih mesra dan menjiwai bekas kakitangan ini, mungkin boleh memberi kesan yang lebih positif.

Selain dari itu, mereka mungkin telah jauh terpisah atas faktor bermastautin di tempat baru dan tidak dapat dihubungi atau dikesan.

Di dalam era teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekarang ini, PBKF harus mengambil peluang ini dengan menyediakan laman web yang akan memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor telahpun mengumumkan projek mempertingkatkan jalur lebar itu yang akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat, industri dan kerajaan. Mengapa pengumuman ini tidak kita gunakan untuk menjadi wadah bagi ahli-ahli berkomunikasi dengan PBKF dan sesama sendiri.

Untuk itu, PBKF hendaklah melancarkan laman web seberapa segera kerana ia akan menjadi satu detik bersejarah dalam bidang pengetahuan dan IT. Harapan yang lebih tinggi adalah agar ahli-ahli tidak terus jumud dan ketinggalan dalam dunia IT ini.

Kita percaya laman web ini akan memberi ruang kepada ahli-ahlinya untuk berinteraksi dan membuat jaringan di kalangan mereka dan bertukar-tukar fikiran, maklumat, pertanyaan perdagangan dan sebagainya.

Pastinya laman web ini akan membekalkan maklumat kepada ahli-ahli dan orang ramai khususnya mengenai perjalanan persatuan selain diharap ia dapat merapatkan lagi hubungan antara persatuan dan komunitinya.

Melalui laman web ini juga, ia boleh menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memberi pendedahan kepada bekas kakitangan dan ahli-ahli dalam mempelajari kemahiran menggunakan komputer dan internet. Ia juga diharapkan dapat memberi peluang kepada mereka yang telah bersara ini untuk menggunakan sumber IT dalam mengisi ruang masa yang kosong seharian.

Percayalah bahawa laman web yang akan diwujudkan ini akan menjadikan teknologi alam maya ini sebagai wadah perjuangan terbaru PBKF dengan peningkatan jumlah keahlian. Seterusnya, mengikuti perkembangan teknologi ini PBKF akan mempunyai daya saing dalam berpersatuan serta dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

Wahai rakan-rakan bekas kakitangan Felda, janganlah gentar menghadapi cabaran IT walaupun kita tahu sebahagian besar dari kakitangan Felda berpuluh tahun mendambakan diri di pelusuk hutan dan kampung. Kinilah masanya kita menunjukkan kepada dunia bahawa kecemerlangan Felda juga sumbangan dari kita yang pernah tertinggal dalam bidang ini.

Jumaat, Mei 16, 2008

PERNIAGAAN BKF BERHAD UNTUK SIAPA?

Sebagai ahli dalam Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF), aku merasa bangga bila mengetahui persatuan terlibat dalam bidang perniagaan pertanian. Berdasarkan kepada pengalaman ahli-ahli yang terlibat dalam bidang ini, insyaallah usaha ini akan mencapai kejayaan. Ini dibuktikan dengan keuntungan yang diperolehi telah meningkatkan sumber pendapatan selain memberi peluang pekerjaan kepada ahli.

Penubuhan BKF Berhad dengan pemegang syer oleh PBKF dan lapan yang lain telah diterima oleh pengurusan Felda sebagai usaha persatuan untuk meningkatkan kewangan dan seterusnya akan memberi faedah kepada ahli yang kebanyakkanya telah bergelar warga emas.

Tidak dinafikan BKFB telah berjaya menempuh segala dugaan dan halangan dengan komitmen ahli-ahlinya yang tinggi dan sokongan serta kerjasama dari semua pihk. Ia sangat bersesuaian dengan hadis Nabi yang menyatakan bahawa sembilan persepuluh rezeki itu diperolehi dalam perniagaan dan satu persepuluh diperolehi dalam bidang ternakan.

Dengan sebab itu usaha ini bukan sahaja diteruskan tetapi dipertingkatkan kerana keperluan kewangan yang banyak bagi menjaga kebajikan ahli.

Soalnya sekarang adalah adakah semua keuntungan dari perniagaan tersebut terus ke kantung persatuan? Tentu tidak kerana terdapat pemegang saham lain di dalam syarikat. Adalah lebih bermenafaat kiranya perniagaan ini dikuasai sepenuhnya oleh persatuan kerana kepentingannya tidak akan dibahagi kepada kepentingan individu.

Pengurusan Felda juga mungkin lebih rela hati untuk memberi kemudahan atau keistimewaan kepada persatuan untuk terus mendapatkan peluang perniagaan.

Segala usaha dan komitmen yang telah dilakukan oleh pemegang-pemegang saham ini seharusnya diberi pujian. Begitupun, sekiranya mereka ingin melihat kejayaan persatuan bagi membantu ahli-ahli yang semakin uzur dan tidak berkeupayaan, pastinya mereka rela melepaskan pegangan saham masing-masing dan membenarkan pengurusan persatuan menjalankan perniagaan demi faedah dan matlamat yang lebih meluas.

Mereka masih boleh terus melabur di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB) atau meneruskan perniagaan dengan menubuhkan syarikat lain dan tidak menggunakan nama persatuan bekas kakitangan. Tidaklah begitu molek kiranya ahli-ahli persatuan bertanya mengapa mereka menggunakan nama persatuan atau adakah persatuan sebagai alat kepada kepentingan mereka?

Umum mengetahui bahawa bekas kakitangan Felda adalah dari kategori pertengahan dan bawahan. Pendapatan yang mereka terima selepas bersara tentunya tidak dapat menyaingi pendapatan golongan yang lebih tinggi untuk membeli saham atau menambah saham di dalam syarikat (BKFB).

Satu realiti atau kenyataan yang patut kita terima ialah apabila bersara semua menjadi sama, tidak ada lagi Pengarah, Pegawai, Kerani, Pemandu, Tukang Kebun dan sebagainya. Dengan sebab itu, PBKF perlu memperjuangkan kesamarataan dan tidak melihat ia sebagai wadah kepada golongan tertentu sahaja.

Selasa, Mei 13, 2008

INIKAH DALIL ANUAR PEMIMPIN OPORTUNIS, HIPOKRIT?

Anwar Ibrahim dianggap pemimpin yang berkarisma dan mempunyai pandangan tersendiri dalam banyak hal. Kini beliau sebagai penasehat PKR bersama DAP dan Pas kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau. Benarkah kenyataan ini? dan adakah ini yang dinamakan oportunis atau hipokrit?

Bersama-sama kita fikirkan dengan kenyataan di bawah:-

1. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima penjelasan yang dibuat Karpal selepas beliau mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. "Kita telah berbincang dan menerima penjelasan Karpal Singh. Beliau tidak bermaksud menyinggung raja-raja Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini - Utusan Online 13.5.2008.

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertahankan pendiriannya mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam urusan pentadbiran agama Islam di negeri tersebut, dikritik oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sendiri, Teng Chang Khim.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak adalah pendirian yang bermotifkan politik, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pembangkang tidak perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyokong kenyataan itu jika ia benar-benar berasaskan kepada pendapat yang tulen dan tidak mempunyai kepentingan tertentu. “Ia sudah terlewat. Mengapa ambil masa yang begitu lama nak menyokong. Saya percaya apabila ia dilakukan selepas beberapa hari diulang oleh Karpal, ia dibuat bersandarkan kepada pertimbangan politik,” katanya mengulas tindakan pemimpin PKR mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

2. Jika kita melihat kepada sejarah, semasa Anuar Ibrahim di dalam UMNO pun, beliau sentiasa menghina tindak tanduk PAS yang mahu melaksanakan undang-undang islam. Beliau menghina kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan diawal pemerintahan PAS di sana dan sebagainya. Apabila ada “suara-suara” yang mengagungkan Anuar Ibrahim dan ingin “menabalkan” beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dikala Barisan Alternatif memerintah Malaysia, diri ini agak tidak boleh menerima kenyataan suara-suara tersebut. Sebagai orang berkeahlian PAS, aku perpandangan, tidak selayaknya orang-orang PAS mengagungkan kepimpinan Anuar Ibrahim yang beliau sendiri tidak mempunyai akhlak pemimpin Islam yang selayaknya dicontohi. Lihatlah bagaimana Anuar Ibrahim menari di Pentas di malam ceramah beliau di Ijok tempoh hari. Sebagai seorang yang mahukan Islam menjadi dasar perjuangan, aku agak merasa berdosa menghadiri majlis sebegitu - Blog Al-Bakistani Ke Fikrah Hai 9.5.2007.

3. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata dakwaan kononnya beliau menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menangkap dan memenjarakan bekas timbalannya itu adalah satu “sinis” atau sindiran. Katanya, rakaman klip video ucapannya yang menyentuh mengenai penyalahgunaan kuasa dan kes Anwar adalah dipetik dalam satu ceramahnya dua tahun lalu. “Ya memang saya berkata begitu dalam sinis atau “camdek” kata orang Kedah kerana saya hairan masih ada orang yang percaya saya menangkap Anwar dan penjarakan dia sedangkan yang mendapati dia salah tu bukan saya, mahkamah, hakim. “Tujuh hakim kata dia salah jadi macam mana dia masih juga berkata kononnya saya berasa bersalah kerana melakukan tangkapan terhadap dirinya… saya tidak mengaku bersalah (memecat Anwar). “Soal salah tak salah tak timbul sama sekali. Dia ditangkap adalah atas dakwaan pihak polis, pendakwa raya dan mahkamah yang menghukumnya bahawa dia memang bersalah,” kata beliau kepada Bernama di kediamannya di Kampung Titi Gajah di sini, semalam. Katanya, beliau sendiri berasa pelik apabila sesetengah individu masih mendakwa beliaulah yang menghukum Anwar sedangkan perkara itu terbukti tidak benar. Dr Mahathir berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu) adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian malah sanggup menggunakan apa cara untuk mendapatkan peluang demi kepentingan dirinya. Beliau berkata, Anwar adalah seorang yang sangat oportunis dan disebabkan itu walaupun Anwar (sebelum menyertai Umno) sering mengkritik Umno tetapi Anwar kemudian memohon untuk menyertai parti itu kerana mahu menjadi Perdana Menteri. Katanya, Anwar datang berjumpa dengan beliau dan memohon untuk menyertai Umno dengan alasan beliau percaya dan yakin dengan prinsip perjuangan Umno dan mahu “mengubah dari dalam”. “Dia nak masuk Pas. Tetapi dia nampak jika masuk Pas, tiada peluang langsung untuk menjadi Perdana Menteri… dia mintak nak masuk Umno… bukan kita panggil… saya tak bawa dia masuk (Umno). “(Kononnya) Dia nak ubah Umno dari dalam… yang sebenarnya masuk-masuk saja (Umno) tak dan (belum sampai) dua hari, dah nak jadi Ketua Pemuda, setahun lagi naib presiden, setahun kemudian nak jadi Timbalan Presiden… saya lapan belas tahun baru boleh jadi wakil rakyat dan 28 tahun baru boleh jadi menteri… Saya sanggup tunggu, dia masuk-masuk tu nak pergi jadi Perdana Menteri sampai sanggup suruh budak-budak dia maki saya dan kata saya amalkan kronisme dan nepotisme, sedangkan Anwar yang bersikap begitu”, katanya. Dr Mahathir berkata, Anwar memang seorang yang bermuka-muka dan sekarang menyebabkan rakan baiknya Dr Chandra Muzaffar mengkritiknya. Dulu, bekas Perdana Menteri itu berkata, Chandra menyokongnya sepenuhnya dan marah kepada beliau kononnya beliau (Dr Mahathir) menganiaya Anwar. Tetapi kini lihat apa Chandra kata mengenai Anwar. “Anwar jika bercakap dengan orang Palestin, dia sokong Palestin, bila cakap dengan orang Cina dia sokong Cina. Bila cakap dengan Hindraf dia pun kata Hindraf betul. Bila cakap dengan orang Melayu… dia orang Melayu…,” katanya - http://brightnur.wordpress.com/2008/02/29/pengakuan-mahathir-memori-1999/

4. Dalam wawancara bersama stesen televisyen al-Jazeera, Anwar Ibrahim ditanya oleh Riz Khamis, mengapa beliau dilihat sebagai "all things to all people or try to please everyone." Dengan kata lain, Riz cuba menyoal mengapa terdapat pandangan bahawa perjuangan dan falsafah politik Anwar sentiasa berubah mengikut khalayak. Ini memang diakui oleh ramai pengkaji politik bahawa Anwar mempunyai kebolehan bercakap topik yang sama dengan pendirian berbeza mengikut khalayak beliau. Malangnya dalam jawapan kepada Riz Khamis, pengacara One on One, Anwar menjelaskan bahawa beliau memetik pandangan-pandangan pemikir dan sasterawan pelbagai kaum sebagai mantera ucapannya sahaja. Ini bukanlah maksud sebenar pengkritik Anwar mahu pun Riz Khamis. Riz dan ramai lagi orang mahu tahu mengapa Anwar boleh bercakap kepada orang Cina untuk menghapuskan DEB tetapi bercakap kepada orang Melayu mengenai mempertahankan DEB - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

5. Orang mahu tahu mengapa Anwar semasa dalam kerajaan bercakap soal kebebasan media bila berada bersama-sama rakan-rakan sekutu beliau di Amerika, tetapi di dalam negara sebdiri beliau menguasai akhbar Utusan, Berita Harian dan Tv3 ketika itu? - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

6. Orang ramai mahu tahu mengapa Anwar bercakap kejelikan isu kronisme dan nepotisme kepada masyarakat kewangan antarabangsa (bagi mendapat pujian dan sanjungan) tetapi beliau juga yang mengagihkan saham-saham Hicom sewaktu mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu? Bapa beliau juga, bekas seorang paramedik, telah menjadi Pengerusi IOI sekelip mata dan IOI pula mendapat (dengan bayaran premium) sekian besar tanah di Puchong dan berhampiran Putrajaya - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

7. Orang ramai juga mahu tahu mengapa dua minggu selepas mengisytiharkan Ghafar seumpama bapanya dan tidak akan menentangnya, jentera Anwar sudah bergerak serata negeri bagi menggerakkan sokongan kepada Anwar dalam pemilihan UMNO 1993? - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

8. Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan beliau di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan). "Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau. Bukankah aneh dakwaan ini? Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas. Bukankah sifat Anwar ini tidak lebih seperti ungkapan Jeneral Rabuka, ketika merampas kuasa di Fiji suatu ketika dahulu, bahawa, "Keadilan dan kebenaran bergantung dari sudut pihak mana anda melihatnya"? Jika Anwar benar-benar percaya bahawa kehakiman negara tidak bebas dalam membuat keputusan yang adil, maka beliau sepatutnya mengisytiharkan pembebasan beliau juga dilakukan atas arahan pemerintah bukan kerana beliau tidak bersalah - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

9. Beliau tinggal perjuangan Islam beliau kerana ditawar sesuatu oleh UMNO. Dalam UMNO beliau ketepikan Ku Li kerana Mahathir boleh menjanjikan jawatan dan kedudukan yang lebih baik - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

10. Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan membunuh musuh politiknya sahaja - http://saifulfaizan.blogspot.com/2007/10/ada-apa-dengan-reformasi-anwar.html

11. Anwar sebagai agen Amerika Syarikat dan Yahudi bukanlah difahami dalam konteks ejen perisikan seperti CIA. Sebaliknya Anwar dilihat ejen agenda Amerika Syarikat dan Yahudi di negara ini. Bukti yang jelas ialah pembabitan serius Anwar dengan Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) yang direncanakan oleh Paul Wolfowitz untuk menyebarkan fahaman dan ideologi Amerika Syarikat di kalangan negara Arab dan negara Islam lain - http://anwarisme.blogspot.com

12. Anwar tidak dapat memisahkan diri dengan Institut Kajian dasar (IKD). IKD merupakan think tank Anwar sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Apabila Anwar dipecat, IKD di bawah Khalid Jaafar turut menentang kerajaan dan UMNO. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim. IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. Sumbangan kepada IKD oleh organisasi Yahudi ini bukan sahaja selepas Anwar dipecat, malah ketika penubuhannya pun (Anwar ketika itu merupakan "putera mahkota UMNO") IKD menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF). KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC) - http://anwarisme.blogspot.com

13. Pada 1997, apabila berlaku krisis ekonomi Asia akibat kejatuhan matawang, Anwar melaungkan mantera Amerika Syarikat dan Yahudi mengenai nepotisme dan kronisme sebagai punca keruntuhan ekonomi Asia. Lebih menarik, Anwar meletakkan semua kesalahan itu atas Dr. Mahathir Mohamad, sedangkan ketika itu, kroni-kroni Anwarlah yang paling hebat dan gagah mengaut projek-projek negara. Bagi melaksanakan mantera Amerika dan Yahudi ini, Anwar membuat ucapan yang bertentangan dengan ucapan Dr. Mahathir di Forum Ekonomi Dunia 1997 di Hong Kong. Dalam negara pula, Anwar menggunakan Ahmad Nazri Abdullah (ketika itu Ketua Pengarang Berita Harian), Johan Jaaffar (Ketua Pengarang Utusan Malaysia) dan Rustam A. Sani, kolumnis tamu Utusan 'belaan' Anwar - http://anwarisme.blogspot.com

14. Hubungan rapat Anwar dengan Tabung Mata Wang Antarabngsa (IMF) dan Menteri Kanan Clinton yang berbangsa Yahudi termasuk William Cohen dan Madeline Albright telah mewujudkan ketidakstabilan dalam negara. Anwar sebagai Menteri Kewangan menaikkan Kadar Pinjaman Asas dan Kadar Faedah Kad Kredit dengan begitu tinggi mengikut formula IMF. Anwar juga dan menyingkatkan tempoh hutang lapuk dan cuba menghapuskan beberapa subsidi. Ini menyebabkan ramai orang hampir muflis, gulung tikar dan hutang meningkat secara mendadak. Kadar inflasi meningkat, kuasa beli menurun dan pengangguran kian bertambah. Tindakan-tindakan ini tidak lain dan tidak bukan digerakkan oleh Anwar atas sokong pemimpin tertentu di Amerika Syarikat yang mahu melihat perubahan kepimpinan di Asia yang gagal mereka kuasai sepenuhnya seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia - http://anwarisme.blogspot.com

15. Kenapa Al Gore yang datang ke Malaysia selepas Anwar dipecat menyokong Reformasi di dalam satu acara majlis? Yang paling menghairankan ialah kenapa US yang dikenali sebagai pembenci pejuang Islam berdegar-degar memuji dan mempertahankan Anwar dari tuduhan liwat dan rasuah? - http://anwarisme.blogspot.comTindakan

Jumaat, Mei 09, 2008

TANDA PEMBANGKANG AKAN MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN

Berita ini aku paste dari Berita Harian Online pada 8 Mei 2008 (Khamis):


Anifah kait banglo dengan lompat parti

BARISAN Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam banglo itu.

Persoalan rumah banglo dan rumah teres, yang merujuk parti pembangkang menjadi isu yang mendominasi dan boleh dianggap paling menarik perhatian yang mewarnai pada sesi perbahasan semalam.

Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) yang membuat analogi itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat, semalam menyifatkan tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam banglo itu.

"Jika tiada lagi tempat dalam banglo sekarang (BN), apa salahnya mereka berpindah ke rumah teres (pembangkang). Apa guna kalau duduk di banglo tapi sesetengah orang (saja) yang menikmatinya. Kita dalam banglo pun tinggal di tepi tandas saja," katanya disambut tepukan daripada wakil rakyat pembangkang dan wakil rakyat BN dari Sabah.

Anifah membangkitkan analogi itu selepas dicelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) yang bertanya adakah wakil rakyat BN Sabah akan melompat kepada parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Jika ini bukan tindakan orang tersepit, kenapa 140 ahli yang menghuni sebuah banglo mahu berpindah ke rumah lebih kecil, rumah teres?," tanya Ahmad Zahid yang menyifatkan kedudukan dalam BN sebagai selesa dan mewah hingga tidak perlu lagi penghuninya berpindah.

Bagaimanapun, nyata sekali jawapan Anifah mengejutkan Ahmad Zahid serta hampir semua wakil rakyat BN lain.

"Saya tidak kata saya akan melompat parti. Mungkin ada beberapa yang mungkin mahu berpindah. Isu mengenai lompat atau tidak lompat ini bukanlah perkara serius. Apa yang lebih serius adalah berjuta-juta lagi rakyat di lima negeri yang sudah melompat kepada pembangkang," katanya yang disahut gelak ketawa daripada wakil rakyat PR.

Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mencelah dan bertanyakan Anifah adakah beliau akan menyokong undang-undang antilompat parti.

Anifah bagaimanapun menjawab beliau tidak setuju dengan undang-undang itu kerana ia boleh dianggap sebagai meletakkan wakil rakyat seperti berada dalam 'negara polis' apabila hak mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat disekat.

"Apalah gunanya kita terus bersama pemimpin yang sudah menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita perlu akur dan bertahan serta memperjuangkan pemimpin dan parti dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat.

"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar," tegasnya.

Kepada soalan Datuk Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan mengenai kurangnya kemudahan prasarana di Sabah, Anifah berkata, kemerdekaan selama 45 tahun bersama Malaysia tidak bermakna jika hasrat rakyat untuk mendapat pembangunan masih ditolak ke tepi dan wakil rakyat Sabah dipandang serong apabila membawa hasrat itu.



Berita dari Utusan Online 12 Mei 2008 (Isnin):


Nazri terkejut terima SMS khabar angin

KUALA KANGSAR 11 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz terkejut menerima khabar angin kononnya 16 wakil rakyat dari UMNO Sabah akan melompat parti pada Rabu ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, 'berita hangat' tersebut diperoleh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihannya oleh mana-mana pihak.

"Saya terima SMS. Saya tak tahu... kena tunggu sampai Rabu. Tunggulah hari Rabu sebab mereka kata hari Rabu ini akan banyak berlaku lompat (parti).

"Mereka sebut ada ahli UMNO dari Sabah hendak lompat. Katanya, 16 orang tapi tak tahulah, kena tunggulah. Saya kira kalau hari Rabu tak berlaku, maka tak boleh percayalah SMS ini,'' katanya.

Mohamad Nazri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Maulidur Rasul Kampung Cheh Hulu dekat sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpegang kepada prinsip ahli yang setia dan tidak sesekali mengkhianati UMNO dan BN.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, UMNO dan BN memandang serius dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen BN akan melompat parti walaupun beliau yakin desas-desus itu merupakan permainan politik parti pembangkang.

Mohamad Nazri yang terkejut melihat kehadiran ramai wartawan pada majlis tersebut bergegas menghampiri pihak media dengan berseloroh kononnya beliau bimbang dirinya dikaitkan dengan kegiatan lompat parti.

Mohamad Nazri sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, undang-undang anti-lompat parti tidak perlu digubal kerana ia menyekat hak kebebasan seseorang wakil rakyat.

"Saya sendiri pun tidak setuju undang-undang ini digubal," katanya di lobi Parlimen Khamis lalu.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) pada sesi perbahasan sehari sebelum itu bahawa tidak salah sekiranya terdapat Ahli Parlimen BN Sabah melompat parti jika mereka tidak mendapat layanan sewajarnya daripada parti sedia ada.

Mohamad Nazri melihat kenyataan Anifah itu sebagai peringatan kepada BN supaya memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi rakyat di negeri tersebut.



BN Sabah nafikan lagi akan ada lompat parti

KOTA KINABALU 11 Mei - Barisan Nasional (BN) Sabah menafikan desas desus terbaru yang mengatakan 17 Ahli Parlimennya akan keluar daripada BN dan menyertai pakatan pembangkang pada Rabu ini.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Karim Bujang berkata, perkara itu adalah khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sehingga ke hari ini, ia masih tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

"Saya memang ada dengar cerita ini, 16 atau 17 Ahli Parlimen yang ingin melompat parti tetapi sehingga kini ia hanyalah khabar angin tanpa ada fakta serta bukti kukuh untuk membuktikan kebenaran dakwaan itu.

"Kita hanya mendengar, selepas satu... satu khabar angin tetapi sampai sekarang pun masih sama juga. Saya berpendapat, ini hanyalah permainan politik pihak pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan, mengulas khabar angin terbaru yang mengatakan 17 Ahli Parlimen UMNO dan parti komponen BN Sabah bersedia melompat parti untuk membentuk kerajaan baru.

Beliau berkata, meskipun perkara berkenaan merupakan khabar angin tetapi pihaknya tetap memandang berat hal tersebut dan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

"Bukanlah bermaksud saya mencurigai rakan-rakan seperjuangan lain tetapi sekadar mengambil tahu perkembangan politik semasa di Sabah, itu sahaja. Ia bukan untuk mempertikaikan kesetiaan sesiapa," ujarnya.

Menurut beliau, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila keikhlasan serta kesetiaan Ahli Parlimen Sabah terus menerus dipertikai tanpa diiringi dengan bukti yang sahih mengenainya.

"BN Sabah memiliki maruah. Janganlah kami terus dipermainkan begini kalau buktinya masih tidak ada. Kalau bukti ada, kita sendiri akan menangani masalah ini mengikut persefahaman dan semangat BN," katanya.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kimanis itu berkata, dikhuatiri penyebaran cerita-cerita negatif tentang Ahli Parlimen di sini akan menjejas integriti di antara mereka dan lebih teruk lagi, masing-masing akan menaruh syak wasangka.

Beliau yakin, Ahli-ahli Parlimen di Sabah sudah matang berpolitik dan tidak akan membuat keputusan yang akan membelakangkan kepentingan rakyat.

Katanya lagi, ramai pihak memandang serong BN Sabah hanya disebabkan sejarah politik di negeri ini yang pernah menyaksikan ahli-ahli politiknya melompat parti sehingga mengakibatkan kerajaan negeri runtuh.

Ketika ditanya kemungkinan wakil-wakil rakyat BN Sabah yang ingin melompat parti hanya kerana merasakan negeri ini seperti dianaktirikan, beliau berkata, perkara itu tidak boleh dinilai melalui satu sudut sahaja.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata, perkara tidak puas hati yang disuarakan wakil-wakil rakyat Sabah bukan mewakili BN Sabah tetapi pandangan peribadi sahaja.


Berita dari Utusan Online pada 13 Mei 2008 (Selasa):


Anwar dakwa cukup sokongan

KUALA LUMPUR 12 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pakatan pembangkang mampu membentuk kerajaan pada bila-bila masa antara sekarang hingga 16 September ini.

Beliau yang mendakwa mempunyai cukup sokongan daripada sebilangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa, bagaimanapun enggan memberikan sebarang tarikh rasmi.

"Saya sudah kata pada 14 April lalu, kita mempunyai bilangan (ahli Parlimen untuk bentuk kerajaan) dan kita akan berbincang masa yang difikirkan sesuai (untuk tubuhkan kerajaan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mahu menubuhkan kerajaan pada masa ini walaupun mampu berbuat demikian kerana UMNO dan BN sedang dalam keadaan huru-hara dan panik.

Keadaan itu, katanya, menjadikan sebarang usaha melakukan perubahan kerajaan tidak sesuai dan berbahaya.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang mengulas kenyataan Anwar mencabar bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuktikan dakwaannya jika benar.

Menurut beliau, Anwar telah banyak membuat kenyataan yang akhirnya tidak dapat dibuktikan dan dilihat sebagai penipuan.

"Dia pernah kata dia diracun, memiliki bukti penyelewengan berkotak-kotak tetapi hingga kini kita tidak nampak perkara itu.

"Kini, kalau dia tidak dapat membuktikan dia mampu menubuhkan kerajaan dalam tempoh yang dikatakan... maka rakyat akan melihat dia menipu," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz ketika dihubungi berkata, Anwar sedang bermain perang psikologi sebenarnya.

"Dia nak tunjukkan kononnya lebih ramai yang sokong dia daripada pemimpin BN," katanya.

Beliau berkata, Anwar sudah terlalu lama hidup dalam angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri.

"Macammanapun, ahli-ahli UMNO dan pemimpin BN tidak akan termakan dengan taktiknya," kata beliau.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus pula mahu BN memberikan perhatian sewajarnya terhadap dakwaan Anwar itu.

Jangan percaya SMS

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 12 Mei - Orang ramai terutama rakyat Sabah dinasihati jangan mudah mempercayai dakwaandakwaan mengenai politik yang disampaikan dalam apa-apa bentuk termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Shafie Apdal berkata, masalah percaya-mempercayai sering berlaku di kalangan masyarakat sekarang terutama bersangkut paut dengan khidmat SMS.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, jangan percaya sangat apa yang orang perkatakan melalui SMS kerana ia tidak semestinya benar.

''Tetapi kita tetap mengambil perhatian kerana kita di Sabah dan Sarawak sentiasa melihat dari segi keseimbangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Istana Budaya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menerima khabar angin melalui SMS kononnya 16 wakil rakyat dari UMNO Sabah akan melompat parti pada Rabu ini.

Shafie berkata, pihaknya tidak menolak wujudnya suara tidak puas hati di kalangan masyarakat Sabah terhadap kemudahan prasarana yang masih tidak mencukupi.

Bagaimanapun, ujar beliau, ia telah dibincangkan dengan pucuk pimpinan mengenai perkara tersebut dan pada masa ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha untuk menanganinya.

''Apa yang penting, kita memang memerlukan reaksi daripada kalangan rakyat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk mereka.

''Oleh itu, kini di Sabah terdapat beberapa perubahan pembangunan dan kemudahan lain yang telah diperbaharui,'' katanya.


Yong Nafi Anggota Sapp Lompat Ke Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Mei(Bernama) -- Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menafikan yang anggotanya akan melompat masuk Pakatan Rakyat esok seperti yang digembar-gemburkan.

Yong berkata anggota Parlimen SAPP bukan antara 16 MP dari Sabah yang disebut-sebut akan melompat parti esok tetapi tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku dalam masa terdekat jika isu yang melibatkan rakyat Sabah tidak diselesaikan.

"Buat masa ini tiada MP kami yang akan melompat parti. Itu bukan isunya. Apa yang perlu ditekankan ialah bila isu yang melibatkan Sabah akan diselesaikan. Kami telah membangkitkan isu itu sebelum ini dengan kepimpinan tinggi parti. Kini mereka perlu bertindak cepat untuk membuktikan yang mereka mengambil serius mengenai perkara ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun Yong tidak mendedahkan apa isu sebenarnya yang melibatkan penduduk Sabah tetapi hanya berkata "tawaran" daripada Pakatan Rakyat bagi wakil rakyat Sabah berpaling tadah adalah "cukup menarik untuk menggalakkan tindakan sedemikian."

Beberapa isu telah dibangkitkan berulang kali oleh ahli politik dari negeri itu seperti masalah pendatang tanpa izin.

Terdahulu Yong, yang juga bekas ketua menteri Sabah di bawah sistem penggiliran, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen.


Shafie Nafi Anggota BN Sabah Lompat Parti Rabu Ini

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Semporna Datuk Mohd Shafie Apdal hari ini menafikan dakwaan satu kiriman pesanan ringkas (SMS) mengenai 17 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah akan melompat parti Rabu ini.

Shafie berkata dakwaan itu sama sekali tidak benar, sungguhpun beliau mengakui bahawa terdapat suara-suara ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Sabah yang sering didengari kini.

"Ia tidak benar, tetapi kita memang tahu ada sentimen ketidakpuasan hati rakyat di Sabah yang mahukan perubahan di negeri itu terutamanya dalam aspek kemudahan prasarana yang minta dilaksanakan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas melawat Istana Budaya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menerima SMS kononnya 16 wakil rakyat dari UMNO Sabah akan melompat parti Rabu ini.

Shafie berkata pihaknya memahami akan keluhan dan lontaran suara rakyat negeri Sabah yang menuntut perubahan dan meminta rakyat negeri di bawah bayu itu supaya bersabar memandangkan pelaksanaan sesuatu perubahan itu mengambil sedikit masa.

Shafie berkata pertukaran parti bukan sesuatu perkara mudah serta ringan, dan ia harus mengambil kira beberapa faktor penting.

"Apa jaminan yang diperolehi jika lompat parti... BN sudah lama wujud hasil dari gabungan semua kaum tetapi parti pembangkang adalah hasil gabungan PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP, kita kena fikir," katanya.

Shafie meminta masyarakat supaya tidak mempercayai khabar-khabar angin itu dan berkata tumpuan kini adalah untuk membangunkan negeri Sabah.


Ghapur Mahu Wakil Sabah Diberi Portfolio Penting

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Seorang wakil Sabah hari ini lantang membidas kerajaan Persekutuan di Dewan Rakyat sambil menegaskan bahawa "luahan dan keluhan" rakyat negeri itu tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh membawa implikasi besar pada pilihan raya akan datang.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), yang sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat rombakan untuk memberi jawatan menteri portfolio lebih penting kepada wakil Sabah.

"Kita mahu keadilan, bukan (mahu) Parti Keadilan (Rakyat). Jangan cakap orang Sabah mengarut, kita mesti ambil serius (masalah mereka)," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong hari Isnin.

Abdul Ghapur, yang pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata Sabah masih dianaktirikan dan keluhan wakil rakyat dari negeri itu sering "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sahaja".

Menurutnya ucapan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) di Dewan Rakyat minggu lepas semasa bercakap mengenai ura-ura wakil Sabah melompat parti adalah sebenarnya mencerminkan sentimen rakyat Sabah.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya Anifah mengapa wakil-wakil Sabah mahu "tukar dari rumah banglo ke rumah teres", dan Anifah menjawab, "lebih baik rumah teres jika tidak selesa tinggal di rumah banglo".

Abdul Ghapur juga menyifatkan jawatan timbalan menteri yang diberi kepada beliau dan Anifah sebagai suatu penghinaan, kerana menurutnya, Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan Persekutuan sekarang.

"Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN tetapi jawatan tiga menteri tidak ada makna kepada rakyat Sabah. Ini memalukan rakyat Sabah...harus diperbaiki dan tidak boleh dibiarkan. Sudahlah ketinggalan, kemudian dianaktirikan, diasingkan," katanya.

Abdul Ghapur berkata: "Ada negeri mendapat tujuh menteri yang penting, ada negeri kalah dapat empat menteri penting, mana keadilan? Minta PM rombak balik, bagi (Sabah) menteri yang penting".

Katanya walaupun wakil-wakil di Sabah tidak akan melompat parti, mereka mungkin boleh menubuhkan parti baru dan "kita boleh join (sertai) sini atau join sana".

Abdul Ghapur menjelaskan bahawa rakyat Sabah masih mundur hinggakan ada yang masih minum air perigi, rumah berdinding daun atap dan murid sekolah duduk atas lantai, tetapi kerajaan Persekutuan sering memberi alasan bahawa peruntukan tidak cukup.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) pula mencelah dan bertanya Abdul Ghapur sama ada setuju supaya projek Jambatan Pulau Pinang dibatalkan dan peruntukannya diberi kepada Sabah.

Abdul Ghapur berkata walaupun beliau seolah-olah seperti pembangkang dalam BN, beliau berharap kepimpinan negara dapat menerima hakikat itu dan menganggap kritikannya sebagai suatu yang membina.

Beliau meminta menteri-menteri pusat datang ke Sabah dan meninjau keadaan rakyat di luar bandar serta berusaha memperbaiki keadaan mereka.

Abdul Ghapur juga, antara lain, meminta agar royalti minyak kepada Sabah dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus manakala berita-berita mengenai negeri diberi paparan yang lebih.

Ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen mengenai kemungkinan wakil-wakil Sabah menubuhkan parti baru, Abdul Ghapur berkata beliau tidak akan lompat parti.

"(Tetapi) kalau ada kawan-kawan ajak bina parti baru, ada kemungkinan (akan tubuhkan)," katanya.

Ketika ditanya sama ada Umno masih relevan di Sabah, beliau berkata Umno tetap relevan di hati orang Melayu.

"Tetapi kalau cakap Umno tidak didengar maka tidak relevanlah Umno, kalau kata-kata saya tidak diendahkan, tsunami akan sampai dan saya serta kawan-kawan akan hanyut pada pilihan raya akan datang," katanya.

PELIK KAN? ORANG LAIN PULA YANG MENGHARGAI






Beberapa hari kebelakangan ini fikiranku banyak tertumpu kepada Pusat Dialisis dan Kesihatan (PDK) di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. Ada tiga perkara penting yang berlaku dalam minggu ini yang melibatkan PDK. Pertamanya adalah JAKIM akan membuat pengambaran tentang kegiatan masjid BBU pada 8-10 Mei. Keduanya adalah susulan lawatan Pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) apabila Pengarahnya, Dato’ Che Mat bin Che Ali akan ke masjid ini pada 10 haribulan. Ketiganya adalah laporan dari kakitangan PDK tentang Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) ingin merawat pesakit di pusat dialisis mereka yang akan beroperasi tidak berapa lama lagi.

Sebagai aktivitis sukarela di masjid, tentulah aku merasa bangga apabila terdapat pelawat dari luar khususnya dari badan-badan kerajaan, NGO, surau, masjid dan badan lain bahkan pernah mendapat lawatan dari luar negara yang memberi pujian atas usaha yang dilakukan di masjid ini. Pastinya, diantara yang menarik perhatian mereka adalah kewujudan pusat dialisis.

Diantara pelawat ada yang meminta khidmat nasihat dan bantuan untuk menubuhkan pusat dialisis di kawasan masing-masing. Malangnya mereka tidak dapat meneruskannya disebabkan beberapa kesukaran seperti mendapatkan khidmat doktor sukarela.

Lawatan Pengarah JAWI ada kaitan dengan usaha mereka untuk mengendalikan mesin dialisis di Masjid Salehuddin Al-Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur. Mereka juga mengalu-alukan lawatan PDKMJBBU ke Masjid Salehuddin Al-Ayubi untuk mendapatkan sebarang perakuan bagi pelaksanaannya.

Penggambaran yang akan dilakukan oleh JAKIM pula adalah hasil lawatan pegawainya beberapa minggu yang lalu dan mungkin mendapati beberapa keistimewaan masjid ini. Beberapa majalah juga pernah membuat laporan khas mengenai kegiatan yang dijalankan. Begitu juga dengan kenyataan dari lawatan pemimpin-pemimpin agama dari Jakarta dan Acheh.

Sebaliknya, ada laporan yang menyatakan bahawa terdapat pegawai-pegawai dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang pergi ke rumah menemui pesakit PDKMJBBU dan meminta mereka berpindah untuk membuat rawatan dengan MAIJ Urus Sdn. Bhd. (Syarikat yang ditubuh oleh MAIJ untuk mengendalikan pusat dialisis). Lebih malang, pesakit yang mendapat pembiayaan dari MAIJ ini telah diugut akan menarik segala bantuan yang diberi. Bukan itu sahaja, kakitangan PDKBBU juga telah dipanggil temuduga untuk berkhidmat dengan mereka.

Mengikut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ Urus, Dato’ Hj. Zalil Baron yang dipetik dari laman web MAIJ menyatakan bahawa sudah sampai masanya MAIJ Urus menyediakan kemudahan seumpama itu kerana keperluannya amat tinggi dan mendesak. Mereka terpaksa membelanjakan wang sebanyak RM1.5 juta untuk pembinaan di bangunan sedia ada iaitu Bangunan Wakaf Johor di Jalan Skudai.

Dato’ Zalil juga menyatakan bahawa ketika ini pusat dialisis anjuran MAIJ yang terdapat di seluruh Johor hanya mampu menampung sekitar 60 pesakit sehari dan senarai sedang menunggu yang memohon untuk menggunakan pusat berkenaan sekitar 600 orang.

Sekiranya benar kenyataan tersebut, mengapa perlu mengambil pesakit yang sedang menerima rawatan di PDKMJBBU? Bermoralkah cara mereka menemui pesakit tanpa merujuk kepada tempat pesakit menerima rawatan?

Tidakkah MAIJ Urus Sdn Bhd sedar bahawa PDKMJBBU adalah satu-satunya masjid KARIAH yang telah berjaya menguruskan pusat dialisis tanpa motif keuntungan? Tidak sedarkah mereka bahawa hanya kakitangan perkeranian dan jururawat yang menerima gaji dan elaun sementara yang lain-lain termasuk tiga orang doktor yang mengendali dan mengawasi adalah secara sukarela?

Usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Urus Sdn. Bhd. melaksanakan projek fardu kifayah untuk kemudahan awam dengan membina pusat dialisis sepatutnya diberi tahniah dan pujian. Begitu juga dengan bantuan perubatan melalui asnaf fakir dan miskin merupakan tanggungjawabnya. Pihak MAIJ menyatakan bahawa mereka terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1,800 hingga RM2,000 sebulan bagi setiap pesakit. Begitupun, PDKMJBBU telah berjaya mendapatkan sebahagian pembiayaan dari pihak yang lain dan MAIJ hanya membayar RM60.00 bagi setiap pesakit tajaannya untuk setiap rawatan. Ini bermakna setiap pesakit hanya memerlukan RM720.00 hingga RM800.00 sebulan.

MAIJ Urus Sdn Bhd seharusnya berbangga dengan keupayaan PDKMJBBU dan seharusnya memberi bantuan samada kewangan atau khidmat nasihat. Mereka sepatutnya melihat bagaimana operasi yang dijalankan oleh PDK ini atau bertanya mengenai masalah yang sedang dihadapi. Mereka mungkin tidak sedar bahawa PDKMJBBU telah menyiapkan bangunan tambahan dan sedang mencari penderma untuk pembelian mesin dialisis.

Apakah tidak terfikir di pemikiran mereka bahawa sekiranya mereka menarik keluar semua pesakit yang ditajanya mungkin boleh menjejaskan operasi atau beberapa kemungkinan yang lain?

Nasehat ikhlas kami adalah lakukan sesuatu dengan moral dan ethika orang Islam. Datanglah bertanya khabar dan mintalah sekiranya ia perlu. Dahulu, ketika memulakan operasi, kami menulis surat kepada pengendali pusat dialisis di sekitar Johor Bahru dengan memaklumkan perkhidmatan yang diberikan. Inilah diantara cara business yang diajarkan kepada kami.

Jangan salahkan tulisan ini kerana Ketua Penolong Pengarah MAIJ telah diberitahu mengenai perkara ini dan diharapkan ia akan memberi kesedaran kepada mana-mana pihak yang terbabit.

Belajarlah dari kesilapan dahulu dan bertanyalah kepada mereka yang tahu. Ingatlah bahawa pesakit yang kita bantu bukan hanya memerlukan wang tetapi yang lebih penting adalah berilah mereka ketenteraman kerana mereka telah puas menanggung derita.