Naemah atau panggilannya Abang Nong adalah kakak kepada isteriku. Suaminya, Naim tidak dapat bersama kerana pergi ke Pontian untuk urut kaki. Abang Nong mempunyai tiga orang anak perempuan yang kesemuanya sudah berumahtangga dan masing-masing mempunyai cahaya mata.
Ahad, Oktober 05, 2008
TETAMU HARI RAYA: NAEMAH MANSOR DAN KELUARGA
Naemah atau panggilannya Abang Nong adalah kakak kepada isteriku. Suaminya, Naim tidak dapat bersama kerana pergi ke Pontian untuk urut kaki. Abang Nong mempunyai tiga orang anak perempuan yang kesemuanya sudah berumahtangga dan masing-masing mempunyai cahaya mata.
TETAMU HARI RAYA: MAHERAN (ISTERI AZMAN MANSOR) DAN KELUARGA
Mana Azman? Isteriku bertanya dengan Maheran (panggilan Azah), isteri Azman yang datang bersama-sama dengan anak-anak dan menantunya.
Maheran (Azah) memberitahu bahawa dia berada di restoran. Azman menguruskan restoran di Larkin Perdana dan hari ini adalah hari pertama dibuka setelah bercuti raya.
Restoran yang diusahakan ini dahulunya adalah restoran yang saya kendalikan bersama isteri. Tidak kurang RM50,000 telah ku belanjakan untuk membuka restoran ini. Malangnya kami hanya mampu bertahan untuk dua tahun sahaja. Mungkin kami tidak dapat bertahan dengan beberapa karenah pekerja dan tindakan penguatkuasa Bandaraya Johor Bahru yang sering bertindak mengangkut peralatan dan kerusi meja di luar presmis.
Selain itu, berniaga sehingga awal pagi sehingga ada ketikanya kami bertembung dengan jemaah menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Inilah yang menyebabkan kami menyerah kalah dan rasnya serik untuk membuka restoran.
Dan Azmanlah yang menyambung perniagaan sementara perniagaan karaoke kami serahkan kepada Irwan Helmy dan sekarang ini diuruskan oleh Suria.
TETAMU HARI RAYA: HALIM MANSOR DAN KELUARGA
Halim Mansor, seorang lagi adik isteriku datang ke rumah bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Menereka menetap di Kuala Lumpur. Halim bekerja di Tenaga Nasional Berhad dan isterinya di Hospital Universiti.
Halim merupakan suami dan bapa yang mementingkan keluarga. Biasanya pada musim cuti persekolahan, beliau pasti akan membawa keluarganya ke tempat-tempat percutian dalam negara. Begitu juga dalam kehidupan harian yang akan sentiasa bersama keluarga.
Selayaknya Halim dan isteri sepatutnya boleh menunaikan rukun Islam yang ke lima. Mungkin disebabkan kesemua lima orang anaknya masih bersekolah dan menuntut di IPTA/IPTS yang menyebabkannya tidak dapat menunaikan rukun tersebut.
Nasehatku kepadanya ialah wang dan harta boleh dibukitkan tetapi rukun ke lima ini juga harus diambil berat. Adakah harta dapat membantu kita apabila kita meninggalkan dunia fana ini?.
TETAMU HARI RAYA: ALI MOHAMAD DAN KELUARGA
Ali, seorang lagi anak Abang Lah (Ramlah) datang ke rumahku untuk berhari raya bersama isteri dan anak-anaknya. Kedatangannya agak lewat kerana seharian ini terpaksa ke Pontian, Kulai dan Simpang Renggam untuk berhari raya.
Ketika ini, Ali bekerja sebagai Pembantu Tadbir di pejabat Menteri Besar Johor. Beliau mempunyai budi pekerti yang baik dan sangat patuh kepada ajaran agama.
Seperti bapanya, beliau mengamalkan ratib Maulid Debak yang sangat popular di Johor Bahru.
TETAMU HARI RAYA: SALLEHUDDIN HASSAN DAN KELUARGA
Sallehududdin adalah anak kepada Faridah Mansor (Abang Dah) dan Hassan Ali Hassan (Abang Hassan). Beliau menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur.
Hari ini, beliau ke Singapura untuk urusan perniagaan dan sekembalinya dari sana langsung ke rumahku bersama isterinya.
Selain menjalankan perniagaan yang agak berjaya, beliau juga aktif dalam pelbagai bidang sukan terutama bola sepak, futsal dan tenis.
Minatnya di bidang sukan memang terserlah. Manakan tidak, beliau telah membeli tiket untuk perlawanan bola sepak EPL antara Manchester United dan Chelsea pada bulan Februari 2009 dengan harga tiket 400 pound!. Agaknya berapakah perbelanjaan untuk tujuan tersebut? Kiralah sendiri.
Sabtu, Oktober 04, 2008
TETAMU HARI RAYA: ARFAH MOHAMAD DAN KELUARGA
Allahyarhamah Ramlah Mansor adalah adik beradik isteriku. Dia adalah anak ke tiga iaitu di bawah Mak Nab dan Abang Par. Beliau telah diambil oleh Tok Tan (Salimon) sebagai anak angkat sebagaimana saya mengambil Ainul Safikah yang sedang bersama kami sekarang. Abang Lah, panggilan kepada Ramlah mempuynyai dua orang anak iaitu Ali dan Arfah sebelum beliau meninggal dunia pada usia 40an di Negeri Sembilan.
Ketika Abang Lah meninggal, kedua beradik ini mempunyai seorang adik angkat lelaki yang masih bayi sekitar dua tahun. Ketiga mereka terus dijaga oleh suami Abang Lah iaitu Haji Mohamad yang ketika itu bekerja sebagai Pembantu Perubatan di Negeri Sembilan sehinggalah kedua mereka dikahwinkan.
Haji Mohamad telah meninggal dunia. Beliau bukan sahaja meninggalkan harta, bahkan meninggalkan kedua-dua zuriat yang mempunyai budi pekerti yang baik.
Arfah bersuamikan Ismail bin Dato' Ali Raya dan mempunyai lapan orang cahaya mata. Taf terfikir di hati kita dengan umur sebegitu muda sudah mempunyai anak yang begitu ramai.
Ismail pernah bekerja dengan Perbadanan Johor dan pernah juga belajar di Kolej Tun Abdul Razak bersama-sama denganku untuk mengambil diploma pengurusan perniagaan. Dia telah berhenti kerja di Perbadanan Johor untuk menceburi lapangan perniagaan. Malangnya beliau kurang bernasib baik dan ketika ini terpaksa membuat pelbagai pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.
Pada Hari Raya tahun ini, Ismail tak dapat bersama kerana mengikut Arfah, beliau terpaksa bekerja untuk menambahkan sumber pendapatan.
HADIAH HARI JADI
Hari ini Amalina memberiku hadiah jam tangan jenama Police. Harga yang tertera di tag ialah RM579.00.
Sebelumnya, ku lihat Amalina dan Suria keluar dari rumah dan difahamkan ke Angsana, Hatiku dah berkata mungkin mereka ingin membeli kek untuk hari jadiku dan tekaan betul kerana disamping hadiah jam tangan, dibelikan juga kek harijadi.
Ketiga-tiga anakku, Suria, Lutfi dan Amalina memang mempunyai keinginan untuk memberi ibu bapanya hadiah harijadi, cuma kemampuan sahaja yang menghalang. Bagi Amalina, mungkin tidak menjadi masalah kerana pendapatannya agak lumayan dan tidak hairan kalau dia sering memberi wang terutama kepada isteriku.
Langgan:
Catatan (Atom)