Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Mac 10, 2009

ENAKNYA NASI KANDAR PENANG

.

Pulau Pinang terkenal dan sinonim dengan beberapa jenis masakan seperti Nasi Kandar, Laksa Pinang, Mee Cau Kuew Tiew dan rojak Pasembur.


Saya memang mengidam dan tidak melepaskan peluang apabila diberitahu jamuan tengahari adalah di salah sebuah restoran Nasi Kandar di Tanjung Tokong.


Masakannya memang sedap dan rata-rata kesemua ahli rombongan makan sehingga pinggan licin. Harga pun tidaklah mahal sangat. Dianggarkan harga makanan dan minuman tiap seorang cuma RM10 sahaja.




MELAWAT RUMAH KELAHIRAN DAN GALERI TAN SRI P RAMLEE

.

Saya begitu teruja apabila melihat rumah kelahiran Tan Sri P Ramlee di jalan yang mengambil sempena namanya. Dahulu Jalan Tan Sri P Ramlee ini adalah Kebun Lama. Sebab itulah masjid yang berhampiran rumah ini dinamakan Masjid Jamek Rawana Kebun Lama.
Saya mengabadikan kenangan di hadapan
rumah Tan Sri P Ramlee

Rumahnya masih berbentuk asal walau telah beberapa kali dibaikpulih. Di dalamnya terdapat ruang pameran yang memamirkan barang-barang yang berkait dengan aspek kehidupan Seniman Agong sejak dari kecil sehingga kematiannya.

Diantaranya adalah kegiatan beliau di bidang seni dan sukan. Bidang seni memang sudah tidak asing baginya tetapi bidang sukan juga menjadi kegemarannya. Terdapat gambar-gambar P Ramlee bermain badminton dan juga sepak takraw.

Sdr Misnan dan Hjh Salmah

Sebuah basikal yang mempunyai kaitan rapat dengannya juga dipamirkan di bawah rumah di samping katil besi, meja, cermin muka, pinggan mangkuk, peti besi dan sebagainya.

Di rumah ini, saya menjumpai Pak Mat iaitu seorang rakan sepermainan P Ramlee yang sekarang ini menjadi penjaga rumah berkenaan. Beliau yang 3 tahun lebih muda dari P Ramlee banyak menceritakan latar belakang serta sejarah penduduk terutama di Kampung Kebun Lama.

Pak Mat (kanan) tidak lokek bercerita sejarah hidup
Tan Sri P Ramlee di hadapan Hj Jaafar Mohamad

Pak Mat juga menceritakan tentang kubur Jepun yang berada bersebelahan rumah kelahiran P Ramlee. Katanya, askar-askar Jepun yang dikebumikan di situ telah diserang dan dibunuh oleh Askar Melayu. Beliau sangat bangga dengan keberanian Askar Melayu yang telah menewaskan tentera penjajah.

Mengikut Pak Mat, nama sebenar P Ramlee ialah Teuku Nyak Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dan dilahirkan pada 29 Mac 1929. Ini bermakna sekiranya beliau masih hidup, ketika ini berumur hampir 80 tahun. Ayahnya berasal dari Lho’ Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussein dari Kubang Buaya, Butterworth.

Berhati-hati menuruni tangga di rumah
kelahiran Tan Sri P Ramlee

Di Galeri Tan Sri P Ramlee, banyak gambar-gambar kenangan dan diantaranya dijual kepada pengunjung. Begitu juga dengan pelbagai VCD filem. Bagaimanapun VCD untuk filem Laksamana Do Re Me telah kehabisan. Dikatakan banyak permintaan file mini sekarang mungkin ia ada kaitan dengan peristiwa ‘Persidangan Bawah Pokok’ seperti yang digambarkan oleh P Ramlee di negeri Pasir Dua Butir. Persis ceritanya hampir sama dengan apa yang sedang berlaku di negeri Perak sekarang.

Hj Hairuddin di hadapan Galari Tan Sri P Ramlee

Inilah diantara kehebatan P Ramlee yang kita semua tidak pernah terfikir akan berlaku tetapi imaginasinya melangkaui zamannya.




















































MENGIKUTI LAWATAN KE PULAU PINANG


.
Gambar semua peserta rombongan
bersama YB Adam Sumiru (ditengah) dan isteri

Hari Sabtu 06 Mac, saya bersama 34 rakan-rakan dibawa ke Pulau Pinang untuk tujuan lawatan ke tempat-tempat bersejarah. Rombongan betolak pada jam 10.00 malam dari hadapan pejabat UMNO Johor Bahru dengan bas yang disewa dari Majlis Bandaraya Johor Bahru.


Walaupun saya pernah beberapa kali ke Pulau Pinang, namun pelawaan kali ini tidak saya tolak disebabkan berminat untuk melihat beberapa tempat yang belum pernah dilawati seperti rumah kelahiran dan galeri Tan Sri P Ramlee.


Rombongan yang diketuai oleh Sdr Omar Mohamad, Pembantu Khas ADUN Tanjung Puteri membawa bersama Puan Hajah Salmah Saffar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru yang juga Ahli Majlis MBJB serta AJK Wanita Bahagian. Turut sama adalah beberapa orang Ketua Kampung dalam parlimen Johor Bahru.


Ketua rombongan, Omar Mohamad (kiri)

dan R Azmi Md Aris


Selepas melepasi tol Skudai, saya terus melelapkan mata dan tersedar apabila bas berhenti di R&R Machap. Saya mengambil kesempatan untuk solat Isya dan membersihkan diri sebelum meneruskan tidur di dalam bas.

Soal tidur dalam bas memang sudah menjadi kebiasaan kerana pada tahun-tahun 80an dan 90an saya sering menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk tujuan mesyuarat kesatuan sekerja. Saya akan tidur nyenyak setelah melilit leher dengan kain, tuala atau bantal. Sebab itulah saya hanya tersedar apabila bas berhenti di R&R Sungai Perak pada jam 6.00 pagi.


Puan Hjh Salmah Safar (Ketua Pergerakan Wanita) dan suami


Setelah membersih diri, solat subuh dan sarapan pagi, kami terus bertolak ke Pulau Pinang dan sampai ke Hotel Grand Continental, Jalan Gurdwara pada jam 10.00 pagi.


Saya diberi bilik 1205 bersama Sdr R Azmi Md Aris, Ahli Jawatankuasa UMNO Bhg Johor Bahru yang juga Ketua Kampong Dato’ Onn Jaafar.


Peserta rombongan berbual-bual sementara menanti pembahagian bilik hotel


Di bilik, kami berbual panjang sebelum memulakan lawatan di pulau mutiara.


Antara deretan bangunan lama tiggalan zaman penjajah

yang masih banyak kedapatan di Pulau Pinang

.