Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, Mac 13, 2009

SERANGAN BOM NUKLEAR HIROSHIMA DAN KIMIA FOSFORUS DI GAZA

.
Pada bulan Ogos 1985, saya berpeluang melawat Bandaraya Hiroshima, Jepun semasa mengikuti program Friendship Program For The 21st Century anjuran kerajaan Malaysia dan JICA.

Saya bergambar di hadapan bangunan world heritage

Semasa melawat beberapa kesan pengeboman atom yang merupakan serangan nuklear yang dinamakan Little Boy oleh tentera Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945, saya begitu terharu dan terkesan melihat sebuah bangunan yang masih tersergam dengan kesan ledakan bom. Bangunan ini dinamakan Genbaku Dome yang merupakan salah satu dari "world heritage".

Saya diberitahu oleh Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid (Datuk) yang menjadi penceramah kursus (diadakan di bangunan MAYC) sebelum mengikuti lawatan menyatakan bahawa bom tersebut mempunyai kelajuan letupan 984 batu sejam dan suhu kepanasan antara 3000 hingga 4000 darjah Celcius. Dianggarkan seramai 140,000 orang telah terkorban.

Bom atom yang digugurkan di Hiroshima

Kesan dari serangan bom nuklear ini telah dan masih dideritai oleh 300,000 masyarakat Jepun sehingga ke hari ini. Pendedahan ini dibuat oleh Dr Shoji Sawada, ketika itu beliau berumur 13 tahun adalah salah seorang yang terselamat dalam serangan di Hiroshima yang turut menyaksikan dedahan radiasi.

Satu-satunya sisa bangunan yang terselamat

Katanya, diantara yang terselamat dalam serangan telah menderita penyakit serangan otak iaitu epilasi, purpura, ceret beret, leukemia, pelbagai jenis kanser dan rabun mata.

Dan sekarang, Amerika Syarikat yang memberi sokongan kuat kepada tentera Israel telah menggunakan senjata kimia untuk membunuh dan mencacatkan sepanjang hayat penduduk Palestin di Gaza.

Kesa kimia fosforus putih di Gaza

Mereka menderita sepanjang hayat. Ramai penduduk menjadi buta dan mengalami kecacatan fisikal terutama di muka ekoran penggunaan bahan kimia fosforus putih.

Khamis, Mac 12, 2009

PELAWAAN MENGIKUTI KURSUS HAJI BAGI WARGA JOHOR BAHRU

.
Seperti pada tahun-tahun lalu, Masjid Jamek Bandar Baru Uda dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Jabatan Agama Johor mengadakan kursus kepada bakal-bakal jemaah haji yang diadakan pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas solat Isyak bertempat di dewan solat Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Kursus yang diadakan sebanyak 17 siri telahpun bermula pada minggu lalu dan dijangka akan berakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan.

Pendaftaran peserta wanita

Penceramah yang akan mengendalikan sepanjang kursus adalah Ustaz Haji Hanafiah Abd Razak dan Ustaz Haji Yosree Ikhsan. Kedua-duanya dari Jabatan Agama Islam Johor mempunyai pengalaman yang amat luas dalam mengendalikan kursus.

Mereka yang berminat mengikuti kursus sama yang ingin mengerjakan ibadah haji pada tahun ini atau tahun-tahun akan datang serta mereka yang ingin mengikut umrah atau ingin menambahkan ilmu pengetahun adalah sangat digalakkan.

Pendaftaran peserta lelaki

Tiada sebarang bayaran tetap yang dikenakan kepada mereka yang ingin menyertainya melainkan sumbangan dan derma ikhlas yang akan digunakan untuk pembiayaan kursus seperti alatulis, elaun petugas dan jamuan selepas kursus.

LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM SABAH DAN JAWATANKUASA MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

.
Peserta lawatan bergambar ramai dengan
Jawatankuasa MJBBU


Pemberian cenderamata kepada Ustaz Sakaria Samela
yang mewakili Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Ustaz Mohamad Sidik Hj Ag. Adi menyampaikan ucapan

Peserta lawatan mengemukakan pertanyaan

Haji Hussin Ismail menyampaikan taklimat MJBBU

Menikmati jamuan
dari kiri, Imam Losman Linjal Al-Hafiz, Haji A Rahman Jaafar,

Ustaz Haji Suliman Sujak dan Ustaz Haji Baharuddin Tiba

Pada hari Rabu 11 Mac 2009, Masjid Jamek Bandar Baru Uda menerima 19 tetamu dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Ketibaan mereka bertepatan dengan masuknya waktu maghrib telah disambut oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Tadbir MJBBU.

Rombongan yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Sidik Hj Ag. Adi, Timbalan Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah adalah bertujuan untuk beramah mesra dan mengenali lebih dekat tentang MJBBU yang telah dianugerahkan sebagai 'Masjid Hadhari Pertama' oleh JAKIM.

Diantara ahli rombongan yang mengikuti lawatan adalah Ustaz Sakaria Samela (Ketua Pendakwa Syarie), Hj Bakri Nanun (Penolong Pegawai Tadbir), Abidin Hj Ibrahim (Penolong Pegawai Tadbir), Hj Ibrahim Hj Kisab (Imam Besar Masjid Negeri), Imam Losman Linjal Al-Hafiz (Imam 1), Ustaz Hj Parmin Sahlan (Mudir Madrasah) serta Jawatankuasa Tadbir Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengarah Jabatan Agama Johor, Tuan Haji Abd Rahman Jaafar dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid JAJ, Ustaz Haji Baharuddin Tiba juga turut sama hadir untuk mengalu-alukan lawatan berkenaan.

PERTANDINGAN MASAKAN TRADISIONAL JOHOR

.
Hari Selasa 10 haribulan yang baru lalu, saya menghadiri mesyuarat Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru (MKDJB) bertempat di pejabat Daerah Johor Bahru.

Diantara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut ialah MKDJB akan mengadakan pertandingan memasak masakan tradisional bagi peringkat daerah Johor Bahru. Pertandingan ini akan diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2009 mulai jam 8.00 pagi bertempat di tapak Pasar Tani, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru.

Pertandingan ini terbuka kepada semua individu yang menetap di negeri Johor dan pemenangnya akan mewakili MKDJB ke pertandingan di peringkat negeri Johor.

Dua jenis pertandingan akan dijalankan iaitu masakan yang dimasak di rumah dan dibawa ke tempat pertandingan iaitu Nasi Beryani Gam (Kambing, Ayam dan Acar), Telor Pindang, Botok-Botok, Mee Bandung, Laksa Johor, Bubur Som-Som, Wajik, Kuih Dangai, Halwa Maskat, Kuih Kering Pintal daripada Tepung Pulut dan Batang Buruk.

Bagi kategori yang lain ialah masakan yang dimasak di tempat pertandingan iaitu Asam Pedas Ikan dan Tempeyek atau Tumpi.

Borang penyertaan dan segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada Puan Hajah Rosnah Jalil, Pengerusi Biro Kebudayaan MKDJB melalui talian bimbit 0197461216.

Puan Hajah Rosnah Jalil

Rabu, Mac 11, 2009

KEJAYAAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL M.J.B.B.U.

.
Sambutan Maulidul Rasul S.A.W. Masjid Jemak Bandar Baru Uda untuk tahun ini berjalan dengan lancar sebagaimana dirancangkan.

Jawatankuasa Tadbir mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama memberi kerjasama dan bertungkus lumus serta mengorbankan tenaga dan wang ringgit sehingga mencapai kejayaan sebagaimana yang dirakamkan dalam gambar-gambar di bawah:-

07.03.2009 (Sabtu):
- Kuliah subuh oleh Ustaz Faizal Chik
- Bengkel pemantapan solat khusus muslimat bermula 8.00 pagi



- Bengkel pemantapan solat khusus kanak-kanak bermula 8.00 pagi

08.03.2009 (Ahad):
- Kuliah subuh oleh Ustaz Ismail Mustari
- Ceramah motivasi warga emas oleh Ustaz Fairuz Ali Akhbar bermula 8.30 pagi





- Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bermula 8.30 pagi



- Kuiz sirah maulidul rasul khusus muslimat bermula 5.30 petang



09.03.2009 (Isnin):
- Kuliah subuh oleh Ustaz Md Isa Deraman



- Perarakan pelajar sekolah rendah dan menengah bermula 7.30 pagi











- Ceramah motivasi, kuiz, tayangan filem dan penyampaian hadiah untuk pelajar sekolah




- Ceramah maulid oleh Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri bermula 9.00 malam







10.03.2009 (Selasa):
- Khatam Al-Quran, tajwid dan fasahah bermula 7.45 malam



.

Selasa, Mac 10, 2009

MINATKU PADA KAMERA

.





Melihat beberapa gambar yang dipaparkan, tentunya anda mengatakan saya meminati bidang fotografi.

Memang benar, cuma sekadar sesuka sahaja. Tidak pernah belajar dalam bidang seni ini tetapi ia sangat memberi kepuasan diri.

Gambar-gambar yang dipotret tidaklah cantik atau menarik. Ia hanya sebagai kenang-kenangan. Bukan sahaja untuk ingatan kita sahaja bahkan sesiapa saja terutama anak dan cucu kita akan dapat melihatnya.

Gambar-gambar ini pula mempunyai ceritanya sendiri. Terkadang apabila kita melihat gambar-gambar lama terutama semasa muda, tentu kita akan tersenyum sendiri kerana mengenag kisah silam atau melihat cara pakaian dahulu dan sebagainya.

Ketika ini saya mempunyai sebuah kamera digital dan sebuah video kamera bahkan talipon bimbit yang ada ini pun boleh digunakan untuk mempotret.

Ada juga kisah duka tentang kamera ini apabila filem untuk gambar yang saya ambil semasa menunaikan fardhu haji pada tahun 1990 telah dirampas oleh pihak berkuasa di Airport Jeddah. Ketika itu saya tidak sedar ada larangan mengambil gambar dalam kawasan airport sedangkan saya telah sedia untuk menaiki pesawat untuk penerbangan balik. Tentulah segulung filem tersebut penuh bermakna kerana ada beberapa gambar tentang tragedi ribuan kematian di terowong Muaasim.

Pernah juga saya kehilangan sebuah kamera kepunyaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda yang saya tinggalkan di dalam kereta.

Walau apapun peristiwa, kepuasan menikmati gambar-gambar yang kita potret sendiri adalah segala-galanya.