Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Jun 06, 2010

INGIN MELANCONG KE JAWA TENGAH DAN JAWA TIMUR


Tarikh: 26.07.2010/Isnin hingga 01.08.2010/Ahad (7 hari 6 malam)


Penerbangan: LCCT Sepang ke Yogyakarta dan balik dengan Air Asia


Pergi AK 594 jam 7.00 pagi dan balik AK595 jam 9.00 pagi

Atau:

Singapura ke Yogyakarta dan balik dengan Air Asia

Pergi QZ7139 jam 11.00 pagi dan balik QZ7138 pada 7.35 pagi


Bandar

dilawati: Yogyakarta, Magelang, Semarang, Demak, Kudus, Jepara, Pati, Tuban, Surabaya, Malang, Sidoarjo, Malang, Blitar, Kediri, Madiun, Ngawi dan Surakarta (Solo).


Antara tempat

Dilawati: Istana/keraton, Borobodor, Perambanan, Mesjid Agung Demak, Lapindo, ukiran kayu, pembuatan kulit, batik, tanaman epal dan lain-lain.


Bagaimana ingin mengikuti lawatan ini:-

- Menempah sendiri tiket penerbangan seawal yang mungkin dan memaklumkan kepada saya dengan segera. (ketika ini tiket melalui Sepang lebihkurang RM500 dan melalui Singapura RM430).

- Semua perbelanjaan di Indonesia (kenderaan, minum pagi, tengahari, malam, tiket tempat lawatan dan pemandu pelancong) sepanjang lawatan adalah sebanyak RM800.00.

- Menyediakan paspot antarabangsa (tarikh luput tidak kurang dari 6 bulan pada masa ketibaan). Boleh mengambil paspot berkumpulan untuk satu perjalanan sekurang-kurangnya untuk 5 orang.

- Sekiranya ramai yang ingin menyertai, perjalanan dari Johor Bahru ke LCCT Sepang atau Singapura boleh diaturkan.


Untuk makluman, lawatan ini dibuat secara santai dengan mengambil kira keadaan semasa perjalanan.


Sehingga ini mereka yang telah membeli tiket (dari LCCT Sepang) untuk mengikuti lawatan ini adalah:-

1. Indera Putra Ismail dan isteri

2. Maaulut Manas dan isteri

3. Abu Bakar Dawi dan isteri

4. Mohd Katur bin Salleh dan isteri

5. Zakaria dan isteri

6. Mohd Sunawan Hj Md Som dan isteri


Segala pertanyaan boleh menghubungi saya:

Mohd Sunawan Hj Md Som - 0197731264


SUATU INGATAN KEPADAKU

.
Lama benar saya tidak melayari blog sendiri, mungkin asyek dengan facebook. Tidak mengapalah, tetapi hari ini saya menguatkan hati untuk menulis sesuatu kerana beberapa hari lepas saya telah diberi peringatan apabila tekanan darah saya sampai kepada 180/120.

Petang 3 Jun, saya ke Klinik Fatimah di Bandar Baru Uda. Doktor meminta saya berehat dan tidak membenarkan saya berjalan kemanapun, namun saya memberitahunya ingin menemui Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada malam tersebut di Melaka.

Doktor memberi saya sebutir teblet dan meminta saya berjaga-jaga dan sekiranya sakit kepala hendaklah memakan panadol.

Malam itu, saya dapat bertemu dan berbincang agak lama juga di Kota Cemerlang Melaka walaupun sudah lewat malam dan masuk ke pagi. Jam 1.30 pagi Datuk Seri meneman saya pulang hingga ke pintu lif. Saya sampai di rumah sekitar jam 4.30 pagi.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam,
Presiden Alumni 4B Malaysia

Mungkin saya tidak memperdulikan kesihatan kerana dua hari sebelumnya, saya beserta beberapa orang rakan telah ke PWTC kerana majlis makan malam anjuran Alumni 4B Malaysia. Malam itu saya sampai di rumah sewaktu azan Subuh berkumandang. Semuanya kerana ingin menghidupkan wawasan bekas ahli Gerakan Belia 4B yang masih ingin menyambung khidmat bakti dengan menubuhkan alumni.

Bersama Ustaz Shahrin Jamaluddin (berbaju hitam),
Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor di PWTC

Keesokkannya, tengkok dan kepala terasa berat ketika sujud, dada sakit, tangan terketar-ketar dan badan lemah longlai.

Allah telah memberi peringatan kerana pada hari itu jugalah salah seorang jiran meninggal dunia kerana penyakit kencing manis dan seorang lagi jatuh akibat darah tinggi dan mendapat strok.

Semalam, saya mula membaca surah-surah Al-Quran dari Al-Baqarah.


Sabtu, Mei 15, 2010

ABDUL AZIZ HALIL, (71) BAKAL PENDAKI EVEREST

.
Abdul Aziz Halil yang dilahirkan pada 17 September 1939 yang kini berumur 71 tahun mempunyai cita-cita untuk menjejaki puncak Everest, gunung tertinggi di dunia pada tahun 2011.

Untuk mencapai cita-citanya yang dipendam sejak berumur 16 tahun, beliau akan melakukan pendakian pada hujung bulan ini sehingga ke ketinggian 21,500 kaki sebagaimana yang diperlukan bagi memenuhi cita-citanya pada tahun hadapan. Beliau bersama 7 pendaki lain dari Malaysia termasuk Datuk Khalid Yunus akan melakukannya dan akan bertolak dari Kuala Lumpur pada 19 haribulan ini.

Abdul Aziz, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Taman Kebun Teh, cawangan yang dipimpin oleh YB Datuk Seri Utama Hj Shahrir Samad, pernah mendaki tujuh buah gunung di serata dunia termasuk Gunung Kinabalu (2000), Kilimanjaro (2001), Mont Blanc, Perancis (2002), Aconcagua, Argentina (2003), Elbrus, Rusia (2005) dan Kalapathar, Nepal (2009).

Sejarahnya sebagai olahragawan pejalan kaki pernah mengharumkan nama negera seperti mendapat pingat emas dalam sukan SEAP 1971 serta beberapa kejohanan lainnya.

Satu majlis doa selamat dan menyerahkan bendera negara serta bendera UMNO telah diadakan selepas solat Maghrib tadi di Surau Taman Suria Johor Bahru.

Semasa diberi peluang untuk berucap, beliau menjelaskan bahawa segala perancangan yang dijalankan ini adalah atas usahanya sendiri dengan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri sehingga beliau sanggup menjual sebuah kereta Mercedes kepunyaannya.

Beliau juga berharap kejayaannya nanti mendaki Everest akan memahatkan namanya sebagai peserta ketiga tertua di dunia selepas peserta Nepal dan Jepun.

Kata-kata peniup semangatnya kepada kami yang hadir adalah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai".


MEREKOD HARTA DAN INVENTORI MASJID

.
Ini bukan speakers corner. Mana boleh ruang dan perkarangan masjid dijadikan tempat melampiaskan pernyataan isi hati yang mungkin berbaur dengan politik, hasutan dan sebagainya.

Sebenarnya apa yang berlaku di tangga agung Masjid Bandar Baru Uda ini adalah taklimat oleh Dr Mohd Shariff Ammu untuk memulakan tugas mendaftarkan harta dan iventori kepada semua pemilikan masjid.

Kerja-kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa khas ini dibuat secara sukarela dengan harapan dapat merekodkan harta, inventori dan stok masjid diurus dengan baik.

Selepas kerja-kerja merekod selesai, diharapkan jawatankuasa ini akan dapat mengenalpasti kelemahan dan masalah yang dihadapi supaya pengurusannya dapat berfungsi dengan betul dan teratur.

Diantara perkara yang mungkin dapat dikenalpasti adalah seperti bagaimana untuk membuat pemeriksaan stok tahunan, harta usang tidak berpanjangan dengan syur melupuskannya supaya tidak menimbulkan kesesakan ruang dan pelbagai lagi.


PELAWAT DARI FELDA SUNGAI SAYONG

,
Hari ini Kelab Warga Emas Masjid Bandar Baru Uda membuat lawatan ke Melaka. Seramai 40 orang mengikuti lawatan ini. Diantara tempat lawatan adalah Ladang Herba Nasuha di Pagoh.

Pada hari ini juga, masjid kami dilawati oleh Jawatankuasa Masjid Ar-Ridzwan Felda Sungai Sayong, Kulai.

Tujuan lawatan mereka adalah untuk melihat perkembangan dan pengimarahan masjid ini yang dikatakan diantara masjid terbaik di negara kita.

Kali ini, saya terpaksa menjadi juruacara majlis kerana Hj Yahya Muhtaram, Setiausaha MJBBU mengikuti rombongan ke Melaka.

Mereka yang menyambut dan memberi taklimat dalam lawatan ini adalah Ustaz Hj Suliman Sujak, Hj Hussein Ismail, Zahrin Saniman dan Hjh Kamariah.

Pelawat yang diketuai oleh Encik Dawam Jaafar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan juga Ketua Kampong telah menyatakan kekagumannya dengan kegiatan yang dijalankan oleh masjid BBU dan berharap akan berusaha untuk menjadikan model di tempatnya.

Seperti biasa, sebelum majlis berakhir, para tetamu telah disajikan dengan jamuan makan tengahari.

PERASMIAN MESYUARAT BERKELOMPOK

.

UMNO Bahagian Johor Bahru telahpun selesai mengadakan persamian persidangan cawangan secara berkelompok. Ia telah diadakan pada hari semalam dengan menjemput Naib Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikannya.

Majlis telah diadakan di Dewan Raya Kg Melayu Majidi dengan dihadiri pimpinan Bahagian dan Cawangan yang bermula pada jam 8.30 malam.

Bagi memulakan majlis, seperti biasa saya akan mengetuai bacaan doa dengan diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, UMNO Bersatu dan UMNO Johor.

Di majlis ini juga telah diadakan penyampaian hadiah pelajar cemerlang PMR dan SPM 2009 yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pelajar cemerlang dari semua kaum yang terpilih adalah dari sekolah-sekolah di kawasan Perlimen Johor Bahru.

Isnin, Mei 10, 2010

HADIR DALAM PROGRAM HALAQH

.

Di Johor Bahru, sebut sahaja Sure Heboh TV3, tentunya ia sudah sinonem dengan Danga Bay dan penduduk negeri Johor dan Singapura. Ribuan orang yang mengunjunginya.

Hari Sabtu dan Ahad baru lalu, program yang hampir sama telah mengunjungi Johor Bahru. Kali ini TV9 bersama Celcom mengadakan Sua Rasa di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru.

Dua minggu sebelumnya, saya turut menghadiri mesyuarat bagi melaksanakan program ini yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Razak, Bangunan Sultan Ibrahim. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Md Jais Sardy, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor. Saya mewakili Masjid Jamek Bandar Baru Uda diminta memberi makluman kepada warga penduduk BBU untuk turut sama memeriahkan program berkenaan.

Selama 2 hari program tersebut berjalan, cuaca tidak menyebelahi dengan hujan turun berselang seli. Begitupun, saya sempat bersama dalam program siaran langsung Halaqah yang menampilkan YB Dato'Hj Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor.

Program yang bermula pada jam 10 malam dihadiri tidak kurang dari 1,000 orang penonton. Kelihatan ramai juga yang mengalirkan air mata kerana kesyahduan program. Inilah pula kelainannya dengan Sure Heboh yang lebih kepada hiburan berbanding Sua Rasa yang lebih mendekati rakyat dengan program kerohanian.