Radio Internet FuhYooFm

Rabu, Ogos 04, 2010

GOTONG ROYONG BERSAMA AADK KEBANGSAAN

.
Program gotong royong membersih dan mengemas Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah diadakan pada hari semalam dari pagi hingga ke petang. Peserta dari Agensi Anti Dadah (AADK) Kebangsaan Johor Bahru telah mwngambil bahagian dengan kerjasama Kuwait Finance House (M) Berhad.
Diantara kerja yang telah dijalankan adalah membersih dapur, mengecat, baiki atap, bersih parit, menyusun perkakas dapur dan sebagainya.

Isnin, Ogos 02, 2010

KE KAMPUNG IMAM MUNADI

.
Kami sempat ke rumah Haji Munadi Muhajir ke mapungnya di Demak. Beliau adalah Ketua Imam di Masjid Bandar Baru Uda dan mengikuti rombongan kami.

Nasib kami kurang baik kerana ketika berjalan kaki ke rumahnya sejauh setengah kilometer, api letrik terpadam. Kami berjalan dalam gelap. Begitupun, kedatangan rombongan kami disambut begitu meriah oleh keluarga Imam. Kami disajikan makanan masakan Jawa termasuk goreng tahu dan tempe. Apalagi apabila ada sayur bening bayam. Memang menyegarkan.

Suasana sedih bila tiba masa perpisahan. Ibu kepada Imam Munadi tidak dapat menahan perasaan sedihnya apabila terpaksa berpisah dengan anaknya. Isteriku terpaksa mententeramkannya.

Walau apapun lawatan ke rumah Imam Munadi dapat mengingatkan kembali kepada suasana saya ketika masih kecil dahulu. Maklum saja, keluarga saya adalah berketurunan Jawa.



BAS PARIWISATA

.

Dalam bahasa Indonesia, sebutan Pariwisata adalah pelancung. Sepanjang 7 hari di pulau Jawa, saya telah menggunakan sebuah bas bermuat 25 orang dengan bayaran RM400 sehari. Amat lumayan sekali kerana ia termasuk pemandu bas, pemandu pelancong dan segala kos penggunaannya seperti minyak, bayaran tol, pakir dan sebagainya.

Petugas bas seperti pemandu pelancong dan pemandu bas tidak mengenal penat lelah. Dari awal pagi hingga malam sehingga awal pagi mereka sanggup bertugas. Hairannya, seorang pemandu bas boleh bertugas dengan penuh gigih dan tanpa sebarang rungutan.

BERSANTAI DALAM LAWATAN KE JAWA TENGAH DAN TIMUR




Sekali lagi saya melawat negara kelahiran ayahku, Indonesia. Kali ini bersama 21 orang yang lain kami menjejaki Adisucipto International Airport di Yogyakarta (Jogja) pada pagi Isnin 26 Julai lalu.

Lawatan kali ini yang kebanyakannya dari rakan pesara Felda dengan isteri masing-masing bersama juga dengan beberapa orang rakan saya dari Johor Bahru. Kami telah bersetuju perjalanan ini adalah secara santai dan segala perbelanjaan ditanggung bersama. Saya mengendalikan pengangkutan dan bayaran masuk ke tempat lawatan, Indra Putra menguruskan penginapan dan Maaulut Manas bertanggungjawa kepada segala makan minum.

Perbelanjaan seperti ini lebih murah dan tidak tergopoh gapah kerana segala aturcara perjalanan adalah mengikut keadaan semasa.

Setibanya di Jogja, tempat pertama yang kami lawati adalah kraton atau istana lama. Istana ini adalah dari Kesultanan Ngayogyakarta yang mula dibangunkan pada tahun 1755. Kawasan asalnya seluas 5 km dan di dalamnya terletak perkampungan penduduk. Begitupun, sekarang ia hanyalah sebagai tinggalan sejarah yang dijaga rapi dan tempat lawatan pelancong atau disebut pariwisata.

Pelbagai barangan lama diabadikan di sini. Pelancong pula dapat menikmati alunan lagu bergemersik dari musik tradiri seperti gemelan dan sebagainya.



MENUNAIKAN SOLAT DI MASJID JAWA TIMUR DAN TENGAH

.
Saya berkesempatan menunaikan solat di beberapa buah masjid dalam lawatan ke Jawa Timur dan Jawa Tengah. Hampir semua masjid yang disinggahi adalah masjid lama melainkan masjid-masjid di sepanjang jalan Pantura atau Pantai Utara.

Di Tuban, terdapat banyak surau dan masjid walaupun kedududakannya berdekatan. Mungkin sekitar satu kilometer terdapat 2 atau 3 buah surau atau masjid. Begitulah sepanjang dari Tuban ke Demak.

Agak berbeza dengan kawasan di sebelah selatan Jawa seperti di Jogja yang agak kurang. Sedikit perbezaan ketika melakukanh solat di sini kerana mereka tidak melakukan wirid beramai-ramai selepas solat. Berbanding dengan mereka di sebelah utara seperti di Demak, didapati mereka berwirid beramai-ramai dan dengan suara yang kuat, berlagu dan lenggok badan.

Saya sempat melakukan solat Jumaat di Kudus. Masjidnya terletak bersebelahan Pasar Kliwon iaitu sebuah pasar borong serta beberapa buah gedung membelibelah. Di sini khatib membaca khutbah dengan menggunakan bahasa Jawa. Saya sempat merakam bacaan khutbahnya dengan mp3 yang saya bawa. Insyaallah akan saya perdengarkan kepada ibu di kampung kerana saya tidak faham bahasa yang digunakannya.

MELAWAT MAKAM BUNG KARNO

.

Setelah melalui perjalanan yang agak jauh dari Surakarta atau lebih dikenali dengan Solo, rombongan kami sampai ke makam Bung Karno di Blitar agak lewat. Dengan hujan renyai-renyai dan hampir maghrib, kami terus menuju ke makam dan mensedekahkan al-Fatehah.

Azam kami untuk melawat makan Presiden Pertama ini adalah sebagai penghargaan dan mengenang usahanya memerdekakan dari penjajah Belanda.

Di pintu masuk makam ini, terdapat deretan kedai-kedai yang menjual cenderamata dan pakaian yang memberi hasil kepada penduduk setempat.

Makam Bung Karno telah dirasmikan oleh Presiden Megawati Soekarno Putri iaitu anaknya yang juga telah menjadi Presiden pada 3 Julai 2004.

Sebelum kami meninggalkan makan, terdapat rombongan rakyat tempatan yang datang dan mengadakan bacaan tahlil. Begitulah mereka menghormati pemimpinnya.

MENIKMATI JAMUAN