Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Ogos 09, 2010

MAJLIS PERSARAAN, PERTUKARAN KAKITANGAN PEJABAT DOJB DAN AJK MKD JB

.
Pada 2 Ogos lalu, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menjadi tetamu utama dalam majlis meraikan kakitangan Pejabat Daerah Johor Bahru yang berpindah dan bersara.

Majlis yang diadakan di Sangkar Kristal, Taman Pelangi ini juga meraikan Ahli Jawatankuasa baru dan lama Majlis Kebudayaan Daerah (MKD) Johor Bahru. Pegawai Daerah Johor Bahru adalah Pengerusi MKD Johor Bahru.

Selain jamuan, majlis ini dipenuhi dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan nyanyian.

PEMILIHAN KALI KE-2 G7 UMNO BHG JOHOR BAHRU

.

Hari Ahad baru lalu telah berlangsung pemilihan ulangan untuk 7 orang yang akan mewakili UMNO Bahagian Johor Bahru ke Perhimpunan Agung di Kuala Lumpur pada bulan Oktober yang akan datang. Majlis ini telah diadakan mulai jam 10 pagi bertempat di Dewan Sri Tebrau, Taman Sri Tebrau.

Perhubungan UMNO Negeri telah mewakilkan UMNO Bahagian Tebrau untuk menyelaras dan mengendalikan pemilihan kali ini.

Keputusan yang telah dibuat pada pemilihan sebelum ini telah dibatalkan oleh mesyuarat AJK UMNO Bahagian disebabkan terdapat kertas undi yang masih tidak dibuat pengiraan.

Dalam pengundian semula, didapati ketujuh-tujuh orang yang telah terpilih sebelumnya telah berjaya. Bagaimanapun, hanya beberapa kedudukan dan jumlah undi sahaja yang membezakannya.

Ketujuh mereka adalah Azman Dawam, Hjh Salmah Sainal, Hamid Halidek, Datuk Yahya Jaafar, Hj Misbah Zainuddin, Hj Md Zain Sungip dan mOhamad Kasbi.

ANUGERAH MASJID INOVASI MANDIRI

.
Alhamdullillah, Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah diberi penganugerahan Masjid Inovasi Mandiri dalam Karnival Inovasi Islam bertempat di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya dari 5 hingga 8 Ogos 2010.

Masjid BBu adalah satu-satunya masjid yang diberi peluang untuk membuat pamiran. Koperasi Masjid BBU mengambil peluang dengan mempamir dan menjual barangan dan mendapat sambutan menggalakkan.

Rabu, Ogos 04, 2010

GOTONG ROYONG BERSAMA AADK KEBANGSAAN

.
Program gotong royong membersih dan mengemas Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah diadakan pada hari semalam dari pagi hingga ke petang. Peserta dari Agensi Anti Dadah (AADK) Kebangsaan Johor Bahru telah mwngambil bahagian dengan kerjasama Kuwait Finance House (M) Berhad.
Diantara kerja yang telah dijalankan adalah membersih dapur, mengecat, baiki atap, bersih parit, menyusun perkakas dapur dan sebagainya.

Isnin, Ogos 02, 2010

KE KAMPUNG IMAM MUNADI

.
Kami sempat ke rumah Haji Munadi Muhajir ke mapungnya di Demak. Beliau adalah Ketua Imam di Masjid Bandar Baru Uda dan mengikuti rombongan kami.

Nasib kami kurang baik kerana ketika berjalan kaki ke rumahnya sejauh setengah kilometer, api letrik terpadam. Kami berjalan dalam gelap. Begitupun, kedatangan rombongan kami disambut begitu meriah oleh keluarga Imam. Kami disajikan makanan masakan Jawa termasuk goreng tahu dan tempe. Apalagi apabila ada sayur bening bayam. Memang menyegarkan.

Suasana sedih bila tiba masa perpisahan. Ibu kepada Imam Munadi tidak dapat menahan perasaan sedihnya apabila terpaksa berpisah dengan anaknya. Isteriku terpaksa mententeramkannya.

Walau apapun lawatan ke rumah Imam Munadi dapat mengingatkan kembali kepada suasana saya ketika masih kecil dahulu. Maklum saja, keluarga saya adalah berketurunan Jawa.