Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Oktober 27, 2008

MESYUARAT MEMBINCANGKAN USUL UNTUK PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN






Gambar-gammbar di atas adalah mesyuarat membincangkan usul-usul yang diterima dari UMNO Cawangan-cawangan untuk dibawa ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Adam Sumiru, Naib ketua UMNO Bahagian.

DEEPAVALI DI RUMAH KETUA MIC JOHOR BAHRU




Sempena perayaan Hari Deepavali pada hari ini, Datuk Shahrir Samad dan isteri bersama-sama dengan kesemua Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru yang baru terpilih telah pergi ke rumah YB Dato’ S. Balakrishnan, Ketua MIC Bahagian Johor Bahru beralamat di Jalan Tarum.

Kelihatan tetamu lain yang hadir adalah YB Mok Chek Hou, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Stulang.

LAWATAN PESERTA KURSUS THE INTERNATIONAL INSTITUTE OF PUBLIC POLICY AND MANAGEMENT (INPUMA) DARI SUDAN









Pada 24 Oktober 2008 (Jumaat), Sekolah Agama Bandar Baru Uda telah menerima kunjungan 30 orang peserta kursus terdiri pegawai-pegawai kanan kerajaan Republik Sudan yang dianjurkan oleh The International Institute of Public Policy And Management (INPUMA), Universiti Malaya. Mereka terdiri dari 20 orang beragama Islam dan selebihnya adalah Kristian telah diberi penerangan mengenai sistem pembelajaran agama Islam oleh Kerajaan Johor.

Peserta kursus ini telah berada di negara ini sejak 18 Oktober yang lalu dan dijangka akan berlepas pulang pada 1November, 2008. Sepanjang 14 hari berada di negara ini, mereka telah dibawa ke merata tempat seperti di Melaka, Johor bahru, Nusajaya, Desaru, homestay di Felda Semenchu, Cyberjaya dan Putrajaya.

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU






























Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru yang diadakan di Hotel New York, Johor Bahru pada hari Ahad 26 Oktober 2008 telah mencalunkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden. Naib-Naib Presiden yang dicalunkan adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shahrir Samad telah mencalunkan sendiri nama-nama tersebut untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk Naib Presiden dan telah mendapat sokongan sebulat suara dari perwakilan.

Bagi jawatan Naib Presiden, 3 nama lagi telah dicalunkan oleh perwakilan termasuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun beliau telah gagal dalam pengundian.

Selain mengangkat tangan tanda sokongan, perwakilan seramai 425 orang dari 84 cawangan telah diminta berdiri dan pengiraan telah dilakukan oleh penyelaras Perhubungan UMNO Negeri dari UMNO Bahagian Tenggara yang diketuai oleh Dato' Haji Baderi Dasuki.

Perwakilan juga telah bersetuju dengan cadangan Datuk Shahrir Samad untuk jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi. Mereka adalah Dato' Abdul Ghani Othman, Datuk Shahrir Abdul Samad, Dato' Seri Azalina binti Othman Said, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Datuk Dr Mohamed Fuad Zarkashi, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Musa Aman, Datuk Anifah Aman, Datuk Lajim Ukin, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Noh Omar, Datuk Seri Adnan Yaacob, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Md Alwi Che Ahmad.

Dalam pemilihan Pegawai UMNO Bahagian Johor Bahru, mereka yang terpilih adalah sebagaimana berikut:-

Ketua: Datuk Shahrir Abdul Samad (Tanpa bertanding)

Timbalan ketua: Datuk Haji Ali bin Mohammad (Tanpa bertanding)

Naib Ketua: YB Haji Adam Sumiru (258) dengan mengalahkan Mohammad Kasbi (191)

Jawatankuasa: Datuk Yahya Jaafar (310), Azman Hj Dawam (286), Faizaul Azmi Haji Jaafar (278), Datuk Haji Ahmad Kemin (271), Hamid Halidek (263), Haji Abu Bakar Ibrahim (259), Haji Mohd Raf Murad (258), Hajah Sadiah Hussin (246), Haji Mohd Zin Sungip (232), Faridah Mustafa (226), Borahan Kassim (216), Haji Abu Talib Alias (212), Haji Abd Jalil Long (202), Haji Hashim Ahmad (197), Hajah Inzura Kosnin (194), Misnan Ahmad (193), Syed Yasin Ali (189), Noraini Haji Juhari (189), Mohd Sunawan Hj Md Som (188), Ali Khan Isa (185), Hjh Salmah Sainal (178), Alias Abd Rahman (176), Hj Mohd Said Ibrahim (171), Omar Mohamad (166), Mohd Zamri Sapawi (164), Kamak Kadir (147), Hj Raihan Baba (146), Hj Hairuddin Hamid (146), Idris Iran (146), Mohd Rafie Hussin (144), RAzmi Md Aris (142), Idris Mohd Yassin (146), Hj Ali Senawi (138), Hjh Zaleha Yusoff (131), Dr Hj Yahya Ahmad (122), Azhar Makjizat (108), A Samad Hamid (107), Raja Samion Salim (86), Nordin Ahmad (83), Nasaruddin Mohd Yunus (79), Abu Bakar Sidek (73), Wan Zuraimi Jamil (70), A Razak Sulaiman (70), Arjuna A Hamid (70), Azuki Hj Ngah (66), Hjh Zahrah Yusoff (64), Rahmatullah Ajar (61), Sharifah Noor A Rahman (58), Nor Hakim Yusof (54), Hj Aziz Hashim (54), Mohd Nasir Ahmad (54), Hjh Husniah Abdullah (52), Ismail Ibrahim (37), A Rashid Saadon (31) dan Zaaba Abd Samad (26).

Perwakilan G7: Datuk Haji Ahmad Kemin (221), Faridah Mustaffa (215), Datuk Yahya Jaafar (203), Haji Abu Bakar Ibrahim (171), Azman Haji Dawam (160), Hamid Halidek (160) dan Haji Abu Talib Alias (141), Mohd Sunawan Hj Md Som (127), Hj Mohd Zin Sungip (118), Hj A Jalil Long (113), Borahan Kassim (111), Hj Mohd Raf Murad (104), Nuraini Hj Juhari (102), Syed Yasin Ali (102), Hj Raihan Baba (99), Hj Mohd Said Ibrahim (86), Misnan Ahmad (84), Hjh Radin Maimunah Mohamad (83), Hjh Salmah Sainal (79), Hj Hashim Ahmad (73), Hjh Sadiah Hussin (65), Hj Ali Senawi (58), Dr Hj Yahya Ahmad (47), Mohd Zamri Sapawi (37), R Azmi Md Aris (35), Nasaruddin Md Yunus (29), A Razak Sulaiman (23), Hj Aziz Hashim (20), Hjh Zahrah Yusoff (22) dan Wan Zuraimi Jamil (16).

Setelah perbahasan, Mesyuarat Perwakilan ini juga telah menerima dua usul yang berkaitan dengan dominasi UMNO dalam Barisan Nasional, kemelut dan perjuangannya yang dibawa oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian dan usul yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda tentang penilaian semula peranan generasi muda Melayu ke arah matlamat memartabatkan bangsa.

Mesyuarat yang dihadiri sama oleh Dato' Seri Shahidan Kassim sebagai pemantau Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah berakhir pada jam 9.30 malam.

Gambar-gambar yang disiarkan di sini jelas memperlihatkan bagaimana suasana persidangan dari awal dan akhir. Pertandingan adalah amalan biasa walaupun terdapat pelbagai insiden, perlakuan dan pelbagai karikator manusia untuk mencapai kemenangan sehingga ada yang sanggup mengorbankan kesetiaan rakan demi mencapai kepuasan diri masing-masing. Mereika sanggup berbelanja (cuma belum sampai ke peringkat memberi wang kepada perwakilan) untuk makan minum, menyedia manifesto, menyerlahkan kejayaan diri, kad nama dan pelbagai lagi.

Akhirnya perwakilan seramai 425 yang menentukannya dan pada jam 8.30 malam segala-galanya diketahui melalui keputusan yang dibaca oleh Pengerusi Tetap. Dan sebahagiannya dilihat bersalam-salaman dalam suasana gembira dan ceria!

Betul ke? entahlah.. kerana mungkin ada yang tak dapat tidur semalam-malaman mengenangkan nasib dan tidak tau apa yang akan berlaku untuk masa mendatang. Saya sendiri merasa SEDIKIT kecewa kerana dalam pemilihan Perwakilan G7 mendapat tempat ke 8. Menang tempat ke 19 dari 20 AJK Bahagian juga menampakkan kemerosotan kepercayaan perwakilan berbanding tahun 2004 (tempat ke 5).

Saya dan semua yang bertanding perlu bermuhasabah. Jangan lupa, Parti, bangsa, agama dan negara lebih penting dari kejayaann pemilihan dan pertandingan.

Isnin, Oktober 06, 2008

BERHARI RAYA DI RUMAH MAK UCU



Dari Dewan Raya Kampong Melayu, kami berhari raya di rumah Mak Ucu iaitu emak saudara isteriku. Bapa mertuaku, Allahyarham Hj Mansor Ahmad mempunyai tiga orang adik beradik iaitu Salim Ahmad (Ayah Lim) dan Hjh Hendon Ahmad (Mak Ucu). Hanya Mak Ucu yang masih ada dan beliau mendiami rumah peninggalan suaminya, Allahyarham Hj Hamzah (Cek Menjah) di Jalan Mahmodiah.

Rumah-rumah di persekitaran Jalan Mahmodiah pastinya mempunyai kenangan silam yang indah kepada isteriku kerana dia dilahir dan dibesarkan di kawasan ini. Untuk mengenali kawasan ini amat mudah kerana ia bersempadan dengan perkuburan Mahmodiah iaitu perkurburan orang-orang Islam terulung serta terletaknya permakaman sultan-sultan dan keluarga diraja Johor.

Dahulu, perkampungan ini dikenali sebagai Kampong Kubur dan saya dapati nama ini telah tidak lagi digunakan oleh masyarakat di Johor Bahru bahkan pihak yang berkuasa seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Yayasan Warisan Johor sepatutnya mengambil inisiatif memugar semula kampung ini. Kampung yang banyak sejarah ini tidak sepatutnya dibiarkan tertinggal oleh arus kemajuan.

Di Jalan Mahmodiah atau Kampung Kubur ini juga salah seorang adik iparku, Azman mendirikan sebuah rumah di tanah wakaf atas kebenaran Jabatan Agama Islam Johor. Kami ke rumahnya untuk berhari raya dan kami menikmati mee rebus tulang yang sangat sedap. Saya mencadangkan supaya mee rebus tulang ini di jual di restorannya.

BERHARI RAYA DI RUMAH TERBUKA DATUK SHAHRIR SAMAD




Hari Raya Ke 5, sebelah pagi kami berhari raya di rumah jiran-jiran dan seterusnya ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee.

Ramai tetamu yang hadir, bukan sahaja dari masyarakat Melayu tetapi dari semua kaum. Mereka bersalam-salaman dengan Datuk Shahrir dan ada juga yang menyampaikan beberapa masalah. Seperti biasa, beliau akan melayan semua tetamu yang hadir dan memberi penjelasan serta cuba menyelesaikan masalah yang dikemukakan kepadanya.

Petugas media massa juga sentiasa mengerumuninya untuk mencari sumber berita apatah lagi beliau bukan sahaja sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam perdagangan dalam negeri serta hal ehwal pengguna, bahkan juga sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pasti banyak berita yang boleh didapatkan darinya. Diantaranya adalah sebagaimana yang terpapar di Utusan Malaysia:-

Sudah terlambat – Shahrir

JOHOR BAHRU 5 Okt. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad merasakan beliau sudah agak terlambat untuk bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Mac tahun depan memandangkan usianya sudah 59 tahun.

Beliau berkata, justeru beliau tetap dengan pendirian untuk hanya mempertahankan jawatan sedia ada yang dianggap munasabah dengan kedudukannya sekarang.

“Dalam pertandingan kali ini, saya rasa agak terlambat dari segi usia untuk menawarkan diri bagi jawatan yang tinggi.

“Tetapi bagi jawatan lebih bawah daripada jawatan naib presiden dan bagi jawatan ahli MT, saya rasa bolehlah menawarkan diri saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee di sini hari ini.

Shahrir ditanya pemberita adakah beliau berhasrat untuk menawarkan diri bagi jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menjelaskan, beliau boleh menyumbang kepada parti dan kerajaan dalam apa jua jawatan dan tidak merasakan sesuatu jawatan itu menjadi sekatan atau dorongan untuk menyampaikan pandangan.

“Kedudukan saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru pun merupakan sumbangan yang kritikal kerana jawatan itu membuatkan saya lebih rapat dengan akar umbi untuk mengetahui masalah di peringkat bawah,” katanya.

Shahrir menambah, UMNO ketika ini berada di persimpangan iaitu satu keadaan untuk pemimpin dan ahli membuat keputusan yang bijak bagi mengisi jawatan yang kosong seperti Timbalan Presiden dan naib presiden.

“Saya pernah dan sentiasa menyatakan ingin melihat perubahan generasi dalam UMNO,” katanya.

Ahad, Oktober 05, 2008

TETAMU HARI RAYA: NAEMAH MANSOR DAN KELUARGA



Naemah atau panggilannya Abang Nong adalah kakak kepada isteriku. Suaminya, Naim tidak dapat bersama kerana pergi ke Pontian untuk urut kaki. Abang Nong mempunyai tiga orang anak perempuan yang kesemuanya sudah berumahtangga dan masing-masing mempunyai cahaya mata.