Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Mei 12, 2009

ALLAHYARHAMAH KAK MINAH YANG AKAN SENTIASA DIINGATI

.
Puan Aminah binti Abdul Rahman yang pernah bekerja sebagai Jurutaip di pejabat Felda Johor Selatan, Johor Bahru telah meninggal dunia pada hari semalam di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Jenazahnya telah disemadikan di kampung halaman menantunya, Parit Bunga, Muar pada tengahari tadi.

Allahyarhamah yang lebih dikenali oleh kakitangan Felda dan rakan-rakannya sebagai Kak Minah sangat mesra dan sangat rapat dengan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya.

Beliau adalah diantara orang pertama yang saya temui semasa saya mula bekerja di pejabat Felda (dahulunya LKTP atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) Cawangan Johor Selatan bertempat di Tingkat 7, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Pada waktu itu (1 Jun 1969), umur saya belumpun mencapai 17 tahun tetapi telah diterima kerja sebagai Pelayan Pejabat.

Saya sebagai anak kampung dan baru menjejak kaki ke bandar Johor Bahru, Kak Minahlah banyak memberi nasihat dan motivasi kepadaku untuk bekerja dan mengharungi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Bahkan kepandaianku menaip inipun, beliaulah orang yang bertanggunjawab menunjukajarnya.

Saya sangat mengenalinya kerana pernah bekerja sebumbung dengannya. Sebab itu saya faham karektornya terutama mengambil berat dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah dan berusaha membantu setakat yang beliau mampu.

Ketika beliau berada di Kuala Lumpur dan terpaksa meninggalkan rumahnya di Jalan Shukor, Kampong Melayu Johor Bahru kerana ingin bersama dengan anak lelaki tunggalnya, beliau sering menghubungi rakan-rakan bahkan beberapa minggu lalu beliau menghubungiku bertanya mengenai beberapa perkara tentang hal persatuan.

Ketika saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk satu majlis di PWTC, saya terkejut apabila diberitahu oleh Fauziah Harun tentang Kak Minah yang sedang tenat di Hospital Pantai. Seterusnya saya memaklumkannya kepada pemimpin persatuan bekas kakitangan Felda seperti Tuan Haji Jayos Pawiro, Datin Norsiah Sulaiman dan Haji Indera Putra Ismail.

Saya rasa terkilan kerana tidak sempat melawatnya di hospital bahkan tidak dapat juga melawat jenazahnya di Muar kerana pada hari ini saya terpaksa menghadiri mesyuarat persatuan di Desaru.

Saya akan sentiasa mengenanginya kerana beliau sering akan bertanya dengan saya tentang keluarga seperti isteri dan ibu saya di kampung yang menunjukkan betapa eratnya hubungan persahabatan.

Dan kata-katanya yang tidak akan saya lupakan ialah apabila ada orang bertanya dengannya mengapa beliau tidak mahu menikah lagi, inilah jawapannya "buat menyemak kelambu aku aje".

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman, para ambiya' dan syuhada', amin ya robbalalamin.

Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari

.

KUALA LUMPUR: Selepas 96 hari, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai Menteri Besar sah, tetapi keputusan semalam belum memberi petanda jelas sama ada krisis politik Perak yang memasuki bulan ketiga akan menemui jalan penyelesaian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan itu kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan SUK Perak.

Ratusan penyokong Nizar berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak tengah hari tadi dengan kawalan keselamatan ketat.

ALASAN MAHKAMAH

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan.

Selain itu tiada sebarang usul undi tidak percaya dibawa terhadap Nizar yang menyebabkan beliau hilang kepercayaan majoriti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," katanya.

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham untuk menangguhkan keputusan pengesahan kedudukan Nizar sebagai MB Perak tetapi mereka boleh mengemukakan rayuan.

Dalam kertas penghakiman yang dibacakan lebih satu jam bermula pukul 2.30 petang itu, Abdul Aziz berkata, satu-satunya cara untuk melucutkan jawatan Nizar sebagai Menteri Besar adalah melalui keputusan undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) membawa 31 ADUN termasuk tiga wakil rakyat Bebas menghadap Sultan Perak telah menyebabkan bukti yang menunjukkan Nizar kehilangan undi majoriti itu datang daripada pelbagai sumber.

Abdul Aziz berkata, seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.

Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.

Katanya, walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar sebaik dilantik hanya bertanggungjawab kepada anggota DUN yang dipilih dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Beliau juga menolak hujah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon untuk membubarkan DUN iaitu apabila tempoh penggal Dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti.

Beliau juga tidak bersetuju dengan hujah Abdul Gani dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.

Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi.

"Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," katanya.

- mStar Online

SAMBUTAN ULANGT TAHUN UMNO KE-63

.

Malam tadi saya menghadiri majlis tahlil, yaasiin dan menaikkan bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur bersempena sambutan ulang tahun UMNO ke-63.

Bersama-sama saya menghadiri majlis tersebut adalah YB Haji Adam Sumiru, Sdr Azman Haji Dawam, Sdr, Nuraini Haji Juhari, Sdr. Hamid Halidek dan Sdr Omar Muhammad.

Isnin, Mei 11, 2009

MB Nizar tetap kecundang jikapun masih MB

.

Isu samada Dato Seri Nizar masih MB yang sah sudah tidak penting lagi kerana jika pun Mahkamah tinggi mengatakan beliau masih MB yang sah, hakikatnya beliau sudah kehilangan kepecayaan majoriti diDUN dan suatu usul undi tidak percaya oleh BN terhadapnya dapat tidak akan berjaya. Pun begitu, pada pandangan saya, Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak sememangnya memberikan Sultan Perak kuasa menyingkir (remove) mana-mana MB yang kehilangan kepercayaan majoriti jika pernmintaan MB membubarkan DUN tiada mendapat perkenan Sultan.

Oleh kerana sidang DUN 7 Mei telah mendapat perkenan Baginda Sultan, sidang DUN 7 Mei itu (bukan bawah pokok) dikira sah dan dalam hal ini, perlantikan Speaker baru dan pembatalan usul-usul bawah pokok tersebut dengan undian majoriti tidak boleh dipersoalkan diMahkamah. Bermakna, BN telah mengukuhkan kedudukannya dalam DUN Perak dan jika Dato Seri Nizar masih MB pun, beliau akan berdepan dengan usul tidak percaya dan dalam hal ini, beliau (dan Pakatan Rayat) tetap akan kecundang.

Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;

“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

Artikel 72 hanya terpakai apabila pada mulanya sidang DUN itu adalah sidang yang sah. Dalam penggantungan MB Dato Zambry dan Exconya, apakah jawatankuasa Hak dan Keistimewaan telah terlebih dahulu mendapatkan mandat dari DUN dan kemudian merujukkan semula keputusan jawatankuasa itu kedalam DUN untuk pengesahan (endorsement) DUN?

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat

Apakah titah Baginda Sultan Perak?
Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Ini adalah keputusan bukan pandangan Baginda Sultan dan keputusan Baginda Sultan adalah muktamad. Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Baginda Sultan Perak tidak boleh menyingkir MB hanyalah sekadar pandangan/ pendapat beliau. Siapapun boleh memberikan pendapat namun Baginda Sultanlah yang berkuasa membuat keputusan dan keputusan Baginda Sultan bukan pandangan tetapi kuputusan atau titah – ianya sesuatu yang tidak boleh dirayu (not appealable).

BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

05 Februari, 2009 16:45 PM
Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

(petikan sebahagian sahaja)

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:

…once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

Menurut Akta Interpretasi:

ELEVENTH SCHEDULE PROVISIONS OF THE INTERPRETATION AND GENERAL CLAUSES ORDINANCE, 1948 (MALAYAN UNION ORDINANCE NO. 7 OF 1948), APPLIED FOR INTERPRETATION OF THE CONSTITUTION

29. Power to appoint includes power to dismiss – Where a written law confers upon any person or authority a power to make appointments to any office or place, the power shall, unless the contrary intention appears, be construed as including a power to dismiss or suspend any person appointed and to appoint another person temporarily in the place of any person so suspended or in place of any sick or absent holder of such office or place: (diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

Adat pertandingan bola ialah pasukan mana yang mendapat gol lebih, pasukan itulah yang menang. Referee tidak peduli samada gol itu diperolehinya sendiri atau “dibantu” pasukan lawannya.

Dalam DUN Perak apa yang penting adalah undian majoriti jika pun undian tersebut disokong oleh pasukan lawan atau yang sudah bergelar bebas.

Dalam perkara yang sama, referree bertanggungjawab kepada Persatuan Bola/ FIFA -bukannya referee mengaturkan jadual perlawanan tetapi hanya sekadar “moderator” kepada perlawanan yang diadakan.

Dalam hal yang sama, Speaker menjawab kepada Sultan bukan sebaliknya. Seterusnya, Jawatankuasa duduknya dibawah DUN dan apa-apa keputusannya hendaklah diluluskan oleh DUN yang bersidang (setelah mendapat perkenan Sultan) – ikut suka hati Speaker seperti dibawah pokok itu sebenarnya mengingkari titah Sultan.

Apabila DUN meluluskan usul merujuk mana-mana ahli DUN kepada jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, baharulah Jawatankuasa ada kuasa, dan keputusan itu hendaklah kemudiannya dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan majoriti ADUN2 diDUN.

Saya tidak pasti samada DUN ada memberikan mandat kepada Jawatankuasa untuk merujuk Dato Zambry dan enam exco tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Kalau adapun, keputusan jawatankuasa hendaklah dirujuk semula kepada DUN untuk pengendosan DUN.

Ini digantungnya dulu Dato Zambry dan 6 exconya sebelum diendoskan (dibawah pokok pula itu). Bukankah perbuatan demikian melanggar titah Sultan?

Akhir kata, bukankah BN yang memiliki majoriti (demokrasi) dan dengan demikian hak mentadbir kerajaan negeri Perak bagi pihak Sultan?

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Ahad, Mei 10, 2009

KETENTUAN PERPINDAHAN PENDUDUK 8 KAMPUNG AKIBAT PEMBINAAN LEBUHRAYA JB-EDL

.
Dato' Shahrir menjelaskan tujuan perjumpaan

Perpindahan penduduk 8 kampong di Lembangan Sungai Tebrau dan kawasan Bakar Batu hampir menjadi kenyataan apabila perjumpaan diantara ketua-ketua masyarakat kampong berkenaan dengan Dato' Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru di Hotel Mutiara pada hari ini telah memutus dan menentukan blok serta plot yang akan diduduki.

Turut sama dalam perjumpaan ini adalah Tuan Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman (Timbalan Pengarah Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor,) Encik Fadhly Suffian bin Laili (Penolong Setiausaha Cawangan Perumahan Negeri Johor) dan wakil dari Tebrau Teguh Berhad.

Turut hadir, Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman

Seramai 2,932 keluarga dari perkampongan setinggan Desa Melayu, Desa Makmur, Desa Jaya, Kampong Dato' Hajah Hasnah Ahmad, Kampong Tengah, Kampong Belantik, Kampong Tok Siak dan Kampong Bakar Batu perlu ditempatkan semula berikutan pembinaan projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (Johor Bahru Eastern Dispersal Link - JB EDL) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Bahru.

Wakil dari penduduk terlibat perpindahan

Lebuhraya sepanjang 8.1 km yang dibina oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dengan Tebrau Teguh Berhad (anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Negeri Johor) akan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Iskandar dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan yang dijangka siap pada tahun 2012.

Projek ini telah menyebabkan penduduk setinggan berkenaan perlu dipindahkan dan bantahan awal penduduk melalui Ahli Parlimen Johor Bahru telah menyebabkan Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri melakukan beberapa tindakan susulan seperti melantik Perunding TAJMA dari Universiti Teknologi Malaysia untuk melakukan bancian serta kajiselidik penduduk terlibat.

Dato' Shahrir bersama Dato' Hamsan Saringat (Pengarah UPEN)

Hasil kajian Perunding TAJMA telah dilapurkan melalui pertemuan serta dialog pada 19 April 2009 bertempat Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim. Malangnya kajian tersebut telah ditolak oleh Dato' Shahrir dan perlu dilakukan sekali lagi kerana tidak menepati keperluan seperti jumlah anak penduduk dan penyewa yang berhak untuk dipindahkan serta perlu dibuat penyelidikan.

Perjumpaan UPEN dengan wakil penduduk

Perjumpaan pada hari ini pada dasarnya telah bersetuju penduduk asal yang menduduki tanah berstatus TOL akan ditawarkan rumah jenis pangsa kos sederhana rendah seluas 850 kaki persegi dengan harga RM35,000.00. Unit yang akan ditempatkan adalah dari tingkat 1 hingga tingkat 5.

Dato' Shahrir meminta supaya surat tawaran dari Cawangan Perumahan Johor hendaklah menunjukkan harga yang ditawarkan adalah RM80,000.00 dan Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P) juga menunjukkan harga yang sama walaupun harga yang perlu dijelaskan adalah RM35,000.00.

Bagi anak-anak penduduk dan penyewa rumah asal akan ditawarkan unit-unit dari tingkat 6 ke tingkat 12 untuk unit berkeluasan 750 kaki persegi dengan harga RM50,000.00.

Turut sama dalam perjumpaan pada 19 April
adalah Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru

Dato' Shahrir juga memberitahu kesediaan kerajaan untuk memperuntukkan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan lif dan juga usaha hendaklah dilakukan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak mampu untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan kewangan dengan cara sewabeli.

Ketua-ketua masyarakat juga diberi ingatan supaya tidak menyalahgunakan amanah yang diberi dengan memasukkan nama yang tidak berhak seperti kaum keluarga dan saudara mara kerana ia akan menyebabkan pertelingkahan dan jalan terbaik adalah mempamirkan nama mereka yang berjaya di balai-balai raya.


CARA BEKERJA DATO' SHAHRIR SAMAD MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT

.
Dato' Shahrir berhati-hati mendengar aduan
dan serius mengambil tindakan

Lihat bagaimana YB Dato' Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru menyelesaikan masalah rakyat;

Apabila Dato' Shahrir menerima aduan dari penduduk di Taman Abad (Century Garden), Johor Bahru tentang tindakan Kerajaan Johor mengambil tanah perumahan mereka melalui Akta Pengambilanbalik Tanah atau 'Land Acquisition Act', setelah membincangkan dengan wakil penduduk, beliau bersedia menemui Menteri Besar Johor untuk mendapat penjelasan terutama kepentingan rakyat atas isu berkenaan.

Dalam pertemuan dengan Menteri Besar Johor yang dihadiri sama oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru di Saujana pada minggu lalu, Dato' Shahrir telah menyatakan bahawa tindakan Kerajaan Johor adalah tidak wajar kerana perkara yang dibangkitkan tidak pernah dibawa berunding kepada penduduk atau wakil-wakil penduduk.

Tindakan seperti ini boleh ditafsirkan sebagai tindakan yang tidak adil kerana ia dilihat mengikut kehendak pemaju perumahan yang sedang membangunkan dua blok perumahan mewah mengandungi 592 unit dan terpaksa mengorbankan 20 unit rumah penduduk asal yang mempunyai status pemilikan kekal.

Bagaimana dengan feng shui bangunan ini
berhadapan dengan 20 unit rumah yang dibangunkan
sejak 40 tahun yang lalu?

Bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Dato' Sulaiman dan dijangka akan siap pada tahun 2011 ini sangat memerlukan kawasan untuk dijadikan tapak penghijauan dan rekreasi sebagai satu keperluan pembangunan serta menambah nilai aset yang sedang dibangunkan.

Sasaran utama pemaju adalah untuk mencari pembeli dari Singapura kerana ia dapat dilayari dari iklan dalam blog yang berkaitan dengan iklan jualan bangunan.

Apabila perkara ini dibangkitkan, YAB Dato' Abdul Ghani Othman melahirkan rasa terkejut dan tidak bersetuju dengan tindakan mengambil tanah berkenaan.

Apa yang dimuskhilkan ialah mengapa pada 18 Disember 2008, Pejabat Tanah dan Galian Johor boleh mengedarkan surat untuk mengambilalih tanah untuk tujuan rekreasi?.

Dalam perjumpaan tersebut, Menteri Besar telah bersetuju untuk membatalkan projek pembinaan taman rekreasi dan telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan iaitu MBJB untuk mencari akta yang sesuai untuk membatalkannya.

Salah seorang dari 20 keluarga yang terlibat, B Suria Ganeson melahirkan rasa bangga atas usaha yang telah dilakukan oleh Dato' Shahrir Samad dan berharap tindakan membatalkan pengambilanbalik tanah ini akan menjadi kenyataan.

Dato' Shahrir dan Mok Chek Hou (ADUN Stulang)
bersama penduduk berhimpun secara aman
menunjukkan bantahan

Sabtu, Mei 09, 2009

MENONTON PERTANDINGAN AKHIR BINTANG BANDARAYA 2009

.
Malam tadi, saya bersama isteri dan Syafikah menonton pertandingan akhir Bintang Bandaraya 2009 bertempat di Auditorium Pusat Penerangan Pelancongan (JOTIC), Jalan Air Molek, Johor Bahru.

Seramai 10 peserta akhir telah tampil dengan persembahan yang begitu mantap serta amat mempersonakan.

Selain dari YB Dato' Mohd Naim Nasir, Datuk Bandar Johor Bahru, dua orang Ahlimajlis lain yang turut hadir adalah Tuan Haji Abd Rashid Kasman dan Encik Ng Puay Wah.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru.

Saya juga telah diminta untuk menyampaikan cenderahati kepada para juri yang mengadili pertandingan.

Ini adalah majlis dan program pertama anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru yang saya hadiri setelah saya mengangkat sumpah sebagai Ahlimajlis.

Kombo Bandaraya Johor Bahru
mengiringi perserta pertandingan akhir


Barisan 10 peserta berjaya memukau
hadirin yang memenuhi Auditorium JOTIC


Zaraudin Rahman, Johan pertandingan
menerima hadiah dari Datuk Bandar


Mohd Zabri Zakaria, Naib Johan pertandingan
menerima hadiah dari Datuk Bandar


Ng Yee Lei, mendapat tempat ketiga
sedang menerima hadiah dari Datuk Bandar


Senarai Peserta Akhir Bintang Bandaraya 2009:

1. MAZLIN BINTI ABU BAKAR (Leen), 29 tahun dari Taman Sri Lambak, Kluang menyampaikan lagu Matahari dari penyanyi asal Agnes Monica.

2. MOHD KHAIRUDDIN BIN JAAFAR (Din PP), 37 tahun dari Kg Pasir Putih, Pasir Gudang menyampaikan lagu Gerhana Cinta Luka dari penyanyi asal kumpulan Iklim.

3. NOR ASNIDA BINTI MOHD AZHAR (Shida), 17 tahun dari Taman Pasir Emas, Pasir Gudang menyampaikan lagu Teringin dari penyanyi asal Shima.

4. ZARUDIN BIN RAHMAN @ DERAMAN (Udin @ Zack), 28 tahun dari Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi menyampaikan lagu Dir dari penyanyi asal Rahim Maarof.

5. NUR ULFA BINTI GHAZALI (Ulfa), 17 tahun dari Jalan Pahlawan, Johor Bahru menyampaikan lagu Bertakhta Di Hati dari penyanyi asal Farahdiya.

6. MOHD FAIRUZ BIN MANSOR (Bob), 25 tahun dari Taman Dahlia, Johor Bahru menyampaikan lagu Di Sudut Kamar Hatiku dari penyanyi asal Jamal Abdillah.

7. MARLIAH BINTI HAMID (Ermyshah), 20 tahun dari Taman Sri Pulai Perdana, Skudai menyampaikan lagu Bisikan Hati dari penyanyi asal Siti Nourhaliza.

8. MOHD ZABRI BIN ZAKARIA (Ayie), 31 tahun dari Kg Bendahara, Johor Bahru menyampaikan lagu Sampai Syurga dari penyanyi asal Faizal Tahir.

9. SHAHRIL BIN TOWAHID (Airil), 32 tahun dari Taman Desa Rahmat, Johor Bahru menyampaikan lagu Merisik Khabar dari penyanyi asal Sudirman Hj Arshad.

10. NG YEE LEI, 18 tahun dari Taman Johor Jaya, Johor Bahru menyampaikan lagu Anggapanmu dari penyanyi asal Ziana Zain.