Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, September 18, 2009

MASAKAN ISTIMEWA INDONESIA: BABI GULING

.

Tirai Ramadhan tahun ini kemungkinan akan dilabuhkan pada hari esok. Pastinya ramai suri rumah dan pengemudi dapur akan bertungkus lumus membuat segala kelengkapan dan keperluan untuk menyediakan masakan bagi juadah pagi raya.

Pelbagai masakan kegemaran keluarga akan disediakan seperti ketupat, rendang, lemang dan sebagainya.

Bagi anak-anak gadis dan pasangan muda, ramai antara mereka akan bertanya-tanya dan tercari-cari resepi terbaik untuk menjadikan masakan mereka begitu enak dan mendapat sanjungan keluarga yang menjamahnya.

Bagi keluarga Melayu dan Muslim di negara kita Malaysia, masakan ketupat, rendang dan lemang sudah sinonim sejak berabad lalu. Makanan ini sudah tidak boleh dipisahkan seperti satu kemestian juadah yang dihidangkan di pagi raya. Pergilah kemana saja dari ceruk rantau Perlis hingga ke Johor atau Sabah dan Sarawak, pastinya hidangan ini menjadi keutamaan.

Saya sengaja membuat story ini kerana ingin menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa negara jiran dan serumpun kita, Indonesia sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mempatenkan pelbagai sumber kebudayaan mereka.

Difahamkan mereka telah berjaya mendapat paten Batik sebagai hasil kebudayaan tradisional dari World International Property Organization (WIPO). Sekarang mereka sedang berusaha pula untuk mempatenkan makanan kebangaan di Pulau Bali, Babi Guling.

Babi Guling (Pig Roasted) adalah seperti Babi Panggang atau mungkin Babi Golek kerana ia seakan-akan Kambing Golek. Ia lebih istimewa apabila Anak Babi Guling yang dihidangkan.

Saya pernah melihatnya sendiri di hotel-hotel serata Pulau Bali terutama hotel yang berbintang. Ia begitu istimewa sehingga dipamirkan di ruang masuk dan menjadi tarikan pengunjung, pastinya yang bukan beragama Islam.

Babi Guling inilah yang menjadikan iltizam kepadaku untuk tidak akan lagi ke pulau lagenda tersebut.

Allah SWT menurunkan beberapa ayat Al-Quran yang dengan sendirinya menjelaskan mengapa babi itu haram dimakan, diantara ayat-ayatnya adalah:-

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah." (Al-Baqarah: 173).

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah." (Al-Maa'idah: 3).

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah." (An-Nahl: 115).

Biarlah Indonesia mempatenkan masakan Babi Guling. Soalnya sekarang ialah apakah juga makanan kegemaran kita seperti ketupat, lodeh, rendang, lemang dan sebagainya juga akan dipatenkan oleh negara tersebut sebagai hak mereka?.

Isnin, September 14, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA

.

Pada hari Ahad yang baru lalu, satu program yang dinamakan m"Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Berbuka Puasa" telah diadakan di Plaza Angsana Tampoi yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan NGO, swasta dan UMNO Cawangan Uda Angsana.

YB Dato' Shahrir Samad dan YB Hj Adam Sumiru beserta dengan isteri masing-masing turut hadir untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak dari sekolah masalah penglihatan di Johor Bahru.

Kedua-dua wakil rakyat tersebut sempat membuat lawatan ke gerai-gerai jualan juadah puasa dan hari raya sambil beramah mesra dengan penjual dan pengunjung gerai.

Majlis telah diserikan dengan pancaragam dan artis pelawak Senario iaitu Azlie dan Lan Petpet.

Ahad, September 13, 2009

KEGIATAN BIRO AGAMA UMNO BHG JOHOR BAHRU SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1430H

.
Syukur alhamdullillah, sebagai Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Johor Bahru saya telah dapat mengadakan beberapa kegiatan untuk UMNO Bahagian Johor Bahru sepanjang bulan Ramadhan 1430 sebagaimana berikut:-
  1. 29/08/09: Majlis tahlil dan berbuka puasa bersama kariah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda
  2. 29/08/09: Solat Terawikh di Surau Hjh Aishah Bee, Padi Malinja BBU
  3. 29/08/09: Pembahagian bubur lambuk dan lawatan ke Gerai Ramadhan di BBU
  4. 30/08/09: Berbuka puasa bersama kariah di Masjid Taman Pelangi
  5. 30/08/09: Solat Terawikh di Surau Jalan Merah, Taman Pelangi
  6. 31/08/09: Solat Terawikh di Surau Taman Suria
  7. 01/09/09: Solat Terawikh di Surau Al-Jauhar, Taman Sentosa
  8. 02/09/09: Solat Terawikh di Surau Taman Skudai Kanan
  9. 03/09/09: Solat Terawikh di Surau Al-Mubarak, Kg Bakar Batu
  10. 04/09/09: Solat Terawikh di Surau Kg Seri Paya
  11. 05/09/09: Majlis tahlil dan berbuka puasa bersama kariah di Masjid Nurul Takzim, Kampong Dato' Sulaiman Menteri
  12. 05/09/09: Solat Terawikh di Surau Darussalam, Kg Tengah
  13. 06/09/09: Majlis tahlil dan berbuka puasa bersama kariah di Masjid Tun Hussin Onn, Larkin Jaya
  14. 06/09/09: Solat Terawikh di Surau Haji Omar, Jalan Perling Larkin
  15. 07/09/09: Solat Terawikh di Surau Bayu Puteri 2, Taman Bayu Puteri
  16. 08/09/09: Solat Terawikh di Surau Al-Muhajirin, Taman Sinaran Kempas
  17. 09/09/09: Solat Terawikh di Surau Al-Ekhsan, Jalan Hujung, Kg Melayu Majidee
  18. 10/09/09: Majlis tahlil dan berbuka puasa bersama pemimpin cawangan DUN Stulang di Surau Kampong Setanggi
  19. 11/09/09: Solat Malam (Qiamullail) bersama pemimpin dan kariah di Masjid Jamek Kampong Kurnia
  20. 12/09/09: Majlis tahlil, berbuka puasa dan berterawikh bersama pemimpin cawangan DUN Tanjung Puteri di Surau Bulatan, Kampong Melayu Majidee
Bertahlil di Masjid Nurul Takzim KDSM

Bertahlil di Masjid Nurul Takzim KDSM

Melawat Gerai Ramadhan di Bandar Baru Uda

Membaca Al-Quran dalam Qiamullail
di Masjid Jamek Kg Kurnia

Berbuka puasa di Surau Bulatan

Bertahlil di Surau Bulatan

Bertahlil di Surau Bulatan

Sabtu, September 12, 2009

JARI HANTUKU BELUM SEMBUH SEPENUHNYA

,


Saya ingin mengucap terima kasih kepada anak saudara sepupuku, Dr Ahmad Tarmimi Bokhari yang telah merawat penyakit Trigger Finger pada jari hantu tangan kiriku. Beliau yang mengusahakan Klinik Perling di No 300 Jalan Simbang, Taman Perling telah membuat 2 suntikan pada telapak tangan. Mengikutnya, penyakit ini boleh dirawat dengan membuat suntikan dan juga membuat pembedahan kecil kiranya perlu. Selain itu, rawatan acupuncture juga boleh digunakan.

Untuk ketika ini saya terpaksa membataskan pergerakan jari yang sakit. Saya cuba juga menaip dengan tidak menggunakan jari ini dan tentulah sedikit rumit.

UMNO JOHOR BAHRU MENGHAYATI MALAM QIAMULLAIL

.
10 hari terakhir Ramadhan 1430 Hijrah ini, UMNO Bahagian Johor Bahru melalui Biro Agama ingin membawa pimpinan di peringkat bahagian untuk menunaikan amalan yang dianjurkan oleh junjungan besar Nabi Mohammad SAW untuk melakukan solat-solat qiamullail.

Untuk tujuan itu, program ini telah dijalankan pada malam kedua di Masjid Kampong Kurnia Johor Bahru. Solat yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Haji Sadikan Abdul Hamid telah memberi pengharapan kepada para pemimpin untuk melakukannya pula bersama-sama ahli di kawasan masing-masing.

Majlis yang dimulakan pada jam 3 pagi bacaan ayat-ayat Alquran dari Surah Al-Imran dan dituruti dengan solat-solat Tahajjud, Taubat, Tasbih dan Hajat.

Selain dari menikmati jamuan sahur yang disediakan, mereka juga dapat berjemaah solat Subuh sebelum pulang ke rumah masing-masing.

PERBEZAAN KETIKA SAYA MENGIKUTI QIAMULLAIL BERGELAR KANAK-KANAK DAN SEKARANG

.
Malam semalam yang merupakan malam Satu Likur, saya tidak melepaskan peluang untuk menghayatinya. Peluang yang saya ambil bukanlah dengan memasang lampu pelita di sekeliling rumah sebagaimana kebiasaan orang-orang kita menyambut Malam Likur. Tetapi saya berusaha menyambutnya dengan melakukan solat-solat qiamullail.

Saya masih teringat bagaimana ketika saya berumur kurang dari 9 tahun telah dibawa oleh bapaku bersama dengan Abang Asmuni ke masjid di Parit Tengah Benut. Kami berdua akan diminta untuk tidur dahulu dan pada jam 2 pagi bapak akan membawa kami berdua ke masjid dengan menaiki basikal sejauh hampir 2 kilometer. Bayangkan bagaimana bapak dengan begitu kasih sayang membonceng kami berdua dengan mengayuh sebuah basikal!. Bapaku juga membawa bekal makanan untuk sahur kami bertiga.

Untuk apa ini semua sehingga bapaku sanggup lakukan?.

Tidak malu saya katakan bahawa saya sedang menangis ketika saya mencoretkan cerita ini. Saya begitu sebak bagaimana allahyarham bapak begitu mengambil berat tentang hal-hal agama kepada anak-anaknya. Kenapa saya sendiri tidak dapat melakukan sepertinya.

Bersyukur saya kepada Allah yang telah menjadikan saya sebagai seorang anak dari seorang hambuMu yang bernama Md Som (Ma'asom) dan isterinya Sarmi. Kedua-duanya terutama sekali bapakulah yang terus-terusan mahukan anak-anaknya tidak meninggalkan suruhan Allah.

Ketika dibawa ke masjid untuk berqiamullail, saya agak takut kerana suasana di situ agak menyeramkan, mungkin kerana terdapat perkuburan bersebelahan masjid dan hanya beberapa orang sahaja datang untuk qiam. Bukan itu sahaja, bapaku hanya membenarkan sebuah pelita sahaja dipasang dan diletak di bahagian belakang yang menjadikan ruang solat masjid menjadi samar-samar sahaja.

Apa yang menjadi kehairananku sehingga sekarang adalah mengapa bapaku menyuruh kami berzikir dengan membuat hitungan tidak menggunakan tasbih sebaliknya meminta kami membawa batu-batu kecil. Saya tidak pernah bertanya tentang perkara ini sehingga beliau meninggal dunia. Mungkin beliau mempunyai alasan sendiri atau mungkin itulah cara yang diajar oleh bapanya dahulu di Tanah Jawa.

Walau apapun yang diajar oleh bapaku, ia merupakan satu cara pendidikan yang tidak dapat kami lupakan dan tentunya saya akan menghampakan harapannya untuk menghidupkan khususnya 10 malam terakhir bulan ibadah, kemuliaan dan kedermawanan ini.

Di Masjid Bandar Baru Uda, saya membawa sekali isteri kecintaanku dan sedikit berbeza suasananya ketika saya melakukannya di kampung dahulu. Pada malam pertama sahaja, saya menganggarkan lebih dari 200 orang yang hadir. Mereka melakukan solat-solat Tahajjud, Taubat, Tasbih dan Hajat bermula pada jam 3 pagi dengan pimpinan Ustaz Haji Jaafar Kassim.

Ia dimulakan dengan meminta jemaah melihat suasana alam di luar masjid dan seterusnya Ustaz Jaafar akan memimpin bacaan ayat-ayat Alquran dari Surah Al-Imran dari ayat 190 hingga 200 serta mentafsirkannya.

Suasana di masjid ini terang benderang dan imam menggunakan pembesar suara untuk memandu jamaah yang melakukan solat.

Program qiamullail diakhiri dengan sajian sahur yang disediakan oleh Biro Kebajikan kepada mereka yang ingin bersahur di masjid.

Seperti tahun-tahun lalu, mereka yang mengikuti qiamullail di masjid ini akan bertambah pada setiap malam terutama pada malam-malam ganjil. Mereka yang hadir bukan sahaja dari kariah masjid ini bahkan dari perumahan lain di sekitar Johor Bahru.

Qiamullail pada malam pertama
di Masjid Bandar Baru Uda

Sebahagian jemaah sedang bersahur

Khamis, September 10, 2009

KEGIATAN SEPANJANG RAMADHAN DAN SYAWAL DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA

.

Paparan menunjukkan kegiatan yang dijalankan

Bertadarus

Amil untuk bayaran zakat dan fitrah

Solat Tarawih

Tabung derma di Bazar Ramadhan

Mengadakan 140 gerai Bazar Ramadhan

Menyediakan 8 periuk Bubur Lambuk