Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, November 13, 2009

ADA TEH TARIK DI BANGKOK

.
Terkejut juga saya melihat seorang pemuda Muslim melambung teh tarik. Ketika melambungkan aksinya, ramai pelancong yang melihatnya bahkan rakyat tempatan juga turut sama terpegun.

Saya melihat aksi ini yang dilakukan oleh 2 orang peniaga teh tarik yang berasingan di kawasan perniagaan (lupa nak tanya tempat tu).

Apabila melihat perlakuan mereka, saya teringat kepada peniaga teh tarik Mamak di negara kita. Sekarang bukan lagi peniaga Mamak yang melakukannya bahkan ramai rakyat Malaysia yang boleh melakukannya. Media massa terutama tv juga pernah mengadakan pertandingan, juga pernah diadakan oleh organisasi lain.

Saya tidak pasti dari mana dua orang pemuda Thai ini mendapat ilmu teh tarik. Mungkinkah dari India atau dari Malaysia, entahlah….

Rabu, November 11, 2009

MELAWAT TAMAN BUAYA DAN ROS GARDEN

.
Selepas melawat floating market, kami dibawa makan di tepi sungai. Saya hanya menjamah nasi kosong saja. Isteriku dan Shafikat makan juga dengan berlaukkan telor goreng. Sayurnya tidak dicuit kerana bercampur dengan ayam. Pastinya ayam pelangkung.

Kami dibawa pula ke Samphran Elephant Ground and Zoo atau Taman Buaya di Nakhon Pathom. Agak terhibur juga di sini melihat lakonan gajah, pelakon dan penggembalanya. Rasanya tidak terkilan kerana tidak ke Chiengmai. Mungkin permainan gajahnya sama saja.

Kami juga dipertontonkan dengan aksi beberapa ekor buaya. Permainan dengan buaya tidak banyak kelainan dengan tempat-tempat lain seperti yang pernah dilawati. Memasukkan tangan dan kpala ke mulut buaya yang ternganga adalah pertunjukan biasa. Isteriku sempat mengatakan buaya-buaya tu sudah diberi ubat tidur. Entahlah..

Berikutnya pula kami dibawa melihat pertunjukan kebudayaan di Taman Ros atau Ros Garden. Saya menjangka di tempat ini ada pertunjukan bunga-bunga kerana namanya pun Ros Garden, rupa-rupaya ditunjukkan kebudayaan masyarakat Thai seperti tarian, adat perkahwinan, boxing Tomoi dan sebagainya.

Berbaloi juga dengan bayan RM110 seorang kerana di ketiga-tiga tempat yang dilawati mengambil masa hampir 12 jam.

FLOATING MARKET BAKAL NOSTALGIA

.
Hari Ahad, hari ketiga di Bangkok, dapat juga kami melihat Floating Market atau Pasar Terapung. Isteriku beria-ia benar hendak melihatnya. Katanya lawatan ini tidak bermakna tanpa melawat pasar tersebut.

Saya membeli pakej lawatan iaitu RM110 untuk melawat Pasar Terapung, Taman Buaya dan Ros Garden. Untuk Shafikah yang berumur 5 tahun juga terpaksa membayar harga yang sama.

Kami bertolak dari tempat penginapan, Hotel Wood Land pada jam 6.15 pagi dan mengambil masa 3 jam untuk sampai ke tempat dituju setelah mengambil beberapa pelancong lain.

Sebelum menaiki kenderaan ke sana, apa yang terfikir di hatiku ialah jual beli sayur-sayuran dan segala macam barangansimpang-siur berlaku di sungai. Selain itu, saya juga terfikir ia berlaku di Sungai Chao Phraya atau tali-taliair berdekatan di Kota Bangkok.

Apabila sampai di sana, segala pemikiranku selama ini yang mungkin terlekat semasa belajar matapelajaran Geography di sekolah dahulu, semuanya meleset. Apa yang didapati adalah pasar sungai tersebut terletak begitu jauh dari Kota Bangkok. Barang yang dijual hanyalah makanan dan buah-buahan. Tidak ada yang menjual sayur-sayuran atau barangan dapur. Kalau adapun hanyalah barangan kraf yang dijual sebagai suviner.

Floating Market hanyalah tarikan kepada pelancong sahaja. Ia menjadi kenang-kenangan kepada genarasi kini dan akan datang. Yang ada cuma gambar-gambar ketika pasar ini begitu menjadi nadi kehidupan penduduk disitu suatu masa dahulu.

Begitupun kami dapat membayangkan suasana kesibukan pasar ini dahulu berdasarkan kedudukan bangunan seperti kedai dan rumah-rumah di tepi sungai yang mempunyai tangga untuk turun naik selain setiap rumah mempunyai sampan atau tempat meletak sampan.

Berdasar pemerhatianku, dahulu mungkin tidak ada jalan raya di sini. Kawasan ini adalah kawasan paya kerana tanahnya berair. Dimana-mana boleh dilihat sungai dan taliair. Pokok-pokok kelapa yang ditanam juga terendam air.

Bagiku, Floting Market akan menjadi nostalgia dalam tempoh 20-30 tahun akan datang.