Radio Internet FuhYooFm

Ahad, Februari 07, 2010

SAMBUTAN 25 TAHUN PASAR TANI JOHOR

.
Pasar Tani yang diusahakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA telahpun mencapai usia 25 tahun. Penubuhannya pada 31 Januari 1985 telah memberi manfaat kepada petani, peladang dan nelayan untuk memasarkan hasil keluaran mereka. Pembeli juga dapat menikmati hasil segar dengan harga yang lebih murah berbanding di pasaran.

Di Johor, sambutan ulangtahun ini telah diadakan di Bandar Bar Uda. Pagi tadi, saya telah dijemput ke program ini. Diantara tetamu lain adalah Pengarah FAMA Johor.

Sambutan dipenuhi dengan bacaan ikrar, puisi, memotong kek dan merenjis karavan.

Sabtu, Februari 06, 2010

PIMPINAN KELAB WARGA EMAS DIKEKALKAN

.
Kelab Warga Emas Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah berjaya mengadakan mesyuarat agong tahun 2010/2011 sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaannya pada pagi tadi.

Seramai 150 orang ahli telah hadir di mesyuarat yang diadakan di Dewan Kuliah. Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh Dato' Haji Zalil Baron, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor telah meluluskan laporan yang telah dibentangkan oleh pimpinan Kelab.

Ahli-ahli yang hadir telah mengekalkan kesemua pegawai dan AJK yang ada kerana kepercayaan atas segala perjalanan persatuan sepanjang dua tahun lalu.


ALUMNI 4B JOHOR DITUBUHKAN

.
Petang tadi saya ke Batu Pahat untuk menghadiri mesyuarat penaja Alumni 4B Malaysia Negeri Johor. Mesyuarat yang diadakan di pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia Johor ini telah dipengerusikan oleh Syed Hood Syed Edros. Beliau adalah mantan Pengerusi 4B Johor.

Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Timbalan Pengerusi, jawatan sebelum ini adalah Pengerusi Tetap 4B Johor.

Penubuhan Alumni ini yang mempunyai cogankatan "Berprinsip - Bermoral - Berwibawa - Berbakti" adalah sebagai kelansungan dan persaudaraan bersama ahli-ahli 4B setelah mencapai umur 40 tahun. Tujuan lain boleh dibaca di dalam Perlembagaan Alumni.


Rabu, Februari 03, 2010

JANGAN CAKAP SEMBRONO

.
Apa sudah jadi dengan Datuk Nasir Safar?. BERNAMA.Com melaporkan beliau akan meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri. Puncanya, dikatakan beliau membuat kenyataan yang berunsur perkauman semasa berucap di seminar 1Malaysia di Melaka pada hari Selasa.

Mengikut Malaysiakini, Datuk Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila ia melebelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang. Dikatakan juga mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran untuk peperiksaan SPM akan ditarikbalik kerakyataannya.

Kemarahan MIC dilahirkan melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu yang menyatakan ia sebagai isu perkauman yang melampau dan meminta Perdana Menteri mengambil tindakan yang sewajarnya.

Begitulah bila bercakap sembrono. Walaupun Datuk Nasir telah melahirkan permohonan maafnya, ia sudah memalitkan dan menjadi sejarah.

Isnin, Februari 01, 2010

PERASMIAN M.K.M. ZON SELATAN

.
Pagi tadi saya ke Majlis Perasmian Maktab Kerjasama Malaysia Zon Selatan bertempat di Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby, Johor Bahru.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Sei Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir adalah Datuk Haji Maulizan Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.

Di majlis tersebut, beberapa koperasi telah diberi bantuan pembangunan. Diantaranya adalah Koperasi Usahawan Nur Johor Bahru Berhad yang menerima RM30,000.

Ahad, Januari 31, 2010

KURSUS BIRO LATIHAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU

.
UMNO Johor Bahru melalui Biro Latihan pada petang tadi telah mengadakan kursus pentadbiran setengah hari untuk Setiausaha dan Bendahari Cawangan.

Seramai 120 orang telah hadir di Dewan Raya Kampong Melayu Majidi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Hj Mohd Zin Sungip, Naib Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Johor Bahru.

Memulakan ucapan adalah Puan Hjh Saadiah Hussin, Pengerusi Biro Latihan yang menjelaskan mengenai keperluan mengadakan kursus ini.

Setiausaha UMNO Bahagian, Tuan Haji Misbah Haji Zainuddin telah menyampaikan taklimat dan perkembangan terakhir dalam urusan pentadbiran UMNO samada di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ibu Pejabat.

Diantara perkara yang diperjelaskan adalah yang berkaitan dengan:- Pindaan Perlembagaan UMNO
  • Yuran Tahunan
  • Permohonan dan Pertukaran Ahli
  • Sistem Kuota dan Kelayakan
  • Jawatnkuasa Pemilihan UMNO (JPU)
  • Penambahan Perwakilan Ke Perhimpunan Agung
  • Penambahan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Di Semua Peringkat
  • Penambahan Perwakilan Ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian
  • Perlaksanaan Pindaan Perlembagaan
Ketua Bahagian, Dato' Shahrir Samad tidak dapat turut hadir kerana menghadiri mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri pada masa yang sama.

Sabtu, Januari 30, 2010

BLOGGER MENGHINA ALMARHUN SULTAN JOHOR DITUDUH DI MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN

.
Aduka Taruna bersanding
sehari selepas pertuduhan di mahkamah


Khairulizam Abdul Ghani, nama sebenar blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban.

Tertuduh berumur 29 tahun dan bekerja sebagai Pereka Grafik telah menghina Almarhum dalam blognya dengan tajuk "Dah mampos buat cara mampos la".

Dia yang telah melangsungkan perkahwinannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi pada hari Sabtu semalam, telah membuat entri berbunyi "Dah mampos buat cara mampos la. Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datuk Bendahara balik dari shooping. Boleh meeting isytihar sedang terlentang. Pada hal dah mampos pagi tadi. Pergi mampos sama lu. Bodoh punya kerajaan spesis stupid".

Mahkamah telah mengenakan ikat jamin RM5,000 dan kesnya akan disebut pada 31 Mac 2010.

Khairulnizam didakwa mengikut Seksyen 233(1)(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1008 (Akta 588) yang boleh dikenakan humuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Saya telah mendapatkan maksud Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dalam Bahagian X-Am (Bab 2 - Kesalah Dan Penalti Tambahan). Ia sangat penting kepada blogger bagi memperlengkap dan menyedarkan diri sebagai garis panduan dalam penulisan terutamanya dalam blog.

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang - (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar - (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta, dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain: atau (b) memulakan sesuatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang yang secara sedar - (a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau (b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperhalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.