Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Mei 15, 2010

ABDUL AZIZ HALIL, (71) BAKAL PENDAKI EVEREST

.
Abdul Aziz Halil yang dilahirkan pada 17 September 1939 yang kini berumur 71 tahun mempunyai cita-cita untuk menjejaki puncak Everest, gunung tertinggi di dunia pada tahun 2011.

Untuk mencapai cita-citanya yang dipendam sejak berumur 16 tahun, beliau akan melakukan pendakian pada hujung bulan ini sehingga ke ketinggian 21,500 kaki sebagaimana yang diperlukan bagi memenuhi cita-citanya pada tahun hadapan. Beliau bersama 7 pendaki lain dari Malaysia termasuk Datuk Khalid Yunus akan melakukannya dan akan bertolak dari Kuala Lumpur pada 19 haribulan ini.

Abdul Aziz, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Taman Kebun Teh, cawangan yang dipimpin oleh YB Datuk Seri Utama Hj Shahrir Samad, pernah mendaki tujuh buah gunung di serata dunia termasuk Gunung Kinabalu (2000), Kilimanjaro (2001), Mont Blanc, Perancis (2002), Aconcagua, Argentina (2003), Elbrus, Rusia (2005) dan Kalapathar, Nepal (2009).

Sejarahnya sebagai olahragawan pejalan kaki pernah mengharumkan nama negera seperti mendapat pingat emas dalam sukan SEAP 1971 serta beberapa kejohanan lainnya.

Satu majlis doa selamat dan menyerahkan bendera negara serta bendera UMNO telah diadakan selepas solat Maghrib tadi di Surau Taman Suria Johor Bahru.

Semasa diberi peluang untuk berucap, beliau menjelaskan bahawa segala perancangan yang dijalankan ini adalah atas usahanya sendiri dengan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri sehingga beliau sanggup menjual sebuah kereta Mercedes kepunyaannya.

Beliau juga berharap kejayaannya nanti mendaki Everest akan memahatkan namanya sebagai peserta ketiga tertua di dunia selepas peserta Nepal dan Jepun.

Kata-kata peniup semangatnya kepada kami yang hadir adalah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai".


MEREKOD HARTA DAN INVENTORI MASJID

.
Ini bukan speakers corner. Mana boleh ruang dan perkarangan masjid dijadikan tempat melampiaskan pernyataan isi hati yang mungkin berbaur dengan politik, hasutan dan sebagainya.

Sebenarnya apa yang berlaku di tangga agung Masjid Bandar Baru Uda ini adalah taklimat oleh Dr Mohd Shariff Ammu untuk memulakan tugas mendaftarkan harta dan iventori kepada semua pemilikan masjid.

Kerja-kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa khas ini dibuat secara sukarela dengan harapan dapat merekodkan harta, inventori dan stok masjid diurus dengan baik.

Selepas kerja-kerja merekod selesai, diharapkan jawatankuasa ini akan dapat mengenalpasti kelemahan dan masalah yang dihadapi supaya pengurusannya dapat berfungsi dengan betul dan teratur.

Diantara perkara yang mungkin dapat dikenalpasti adalah seperti bagaimana untuk membuat pemeriksaan stok tahunan, harta usang tidak berpanjangan dengan syur melupuskannya supaya tidak menimbulkan kesesakan ruang dan pelbagai lagi.


PELAWAT DARI FELDA SUNGAI SAYONG

,
Hari ini Kelab Warga Emas Masjid Bandar Baru Uda membuat lawatan ke Melaka. Seramai 40 orang mengikuti lawatan ini. Diantara tempat lawatan adalah Ladang Herba Nasuha di Pagoh.

Pada hari ini juga, masjid kami dilawati oleh Jawatankuasa Masjid Ar-Ridzwan Felda Sungai Sayong, Kulai.

Tujuan lawatan mereka adalah untuk melihat perkembangan dan pengimarahan masjid ini yang dikatakan diantara masjid terbaik di negara kita.

Kali ini, saya terpaksa menjadi juruacara majlis kerana Hj Yahya Muhtaram, Setiausaha MJBBU mengikuti rombongan ke Melaka.

Mereka yang menyambut dan memberi taklimat dalam lawatan ini adalah Ustaz Hj Suliman Sujak, Hj Hussein Ismail, Zahrin Saniman dan Hjh Kamariah.

Pelawat yang diketuai oleh Encik Dawam Jaafar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan juga Ketua Kampong telah menyatakan kekagumannya dengan kegiatan yang dijalankan oleh masjid BBU dan berharap akan berusaha untuk menjadikan model di tempatnya.

Seperti biasa, sebelum majlis berakhir, para tetamu telah disajikan dengan jamuan makan tengahari.

PERASMIAN MESYUARAT BERKELOMPOK

.

UMNO Bahagian Johor Bahru telahpun selesai mengadakan persamian persidangan cawangan secara berkelompok. Ia telah diadakan pada hari semalam dengan menjemput Naib Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikannya.

Majlis telah diadakan di Dewan Raya Kg Melayu Majidi dengan dihadiri pimpinan Bahagian dan Cawangan yang bermula pada jam 8.30 malam.

Bagi memulakan majlis, seperti biasa saya akan mengetuai bacaan doa dengan diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, UMNO Bersatu dan UMNO Johor.

Di majlis ini juga telah diadakan penyampaian hadiah pelajar cemerlang PMR dan SPM 2009 yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pelajar cemerlang dari semua kaum yang terpilih adalah dari sekolah-sekolah di kawasan Perlimen Johor Bahru.

Isnin, Mei 10, 2010

HADIR DALAM PROGRAM HALAQH

.

Di Johor Bahru, sebut sahaja Sure Heboh TV3, tentunya ia sudah sinonem dengan Danga Bay dan penduduk negeri Johor dan Singapura. Ribuan orang yang mengunjunginya.

Hari Sabtu dan Ahad baru lalu, program yang hampir sama telah mengunjungi Johor Bahru. Kali ini TV9 bersama Celcom mengadakan Sua Rasa di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru.

Dua minggu sebelumnya, saya turut menghadiri mesyuarat bagi melaksanakan program ini yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Razak, Bangunan Sultan Ibrahim. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Md Jais Sardy, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor. Saya mewakili Masjid Jamek Bandar Baru Uda diminta memberi makluman kepada warga penduduk BBU untuk turut sama memeriahkan program berkenaan.

Selama 2 hari program tersebut berjalan, cuaca tidak menyebelahi dengan hujan turun berselang seli. Begitupun, saya sempat bersama dalam program siaran langsung Halaqah yang menampilkan YB Dato'Hj Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor.

Program yang bermula pada jam 10 malam dihadiri tidak kurang dari 1,000 orang penonton. Kelihatan ramai juga yang mengalirkan air mata kerana kesyahduan program. Inilah pula kelainannya dengan Sure Heboh yang lebih kepada hiburan berbanding Sua Rasa yang lebih mendekati rakyat dengan program kerohanian.

Khamis, April 29, 2010

LAWATAN MENTERI BESAR JOHOR KE PARLIMEN JOHOR BAHRU

.
Hari ini, YAB Dato' Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor telah membuat lawatan ke parlimen Johor Bahru. Sejak dari pukul 8 pagi, beliau telah sampai ke program pertama di Taman Sri Setia. Sedia menunggu adalah YB Dato' Shahrir Samad beserta dengan ADUN Tanjung Puteri dan Stulang.

Taman Sri Setia yang dahulu dikenali sebagai Serene Park adalah diantara kawasan perumahan tertua di Johor Bahru. Kebanyakan penghuninya berbangsa Cina. Begitupun, komuniti di sini begitu kuat dan sepakat.

Program dimulakan dengan senaman J-Robik dan diikuti oleh penyerahan kunci gelanggang serbaguna KBS kepada Persatuan Belia Taman Sri Setia.

Setelah mendengar taklimat oleh Pengerusi Persatuan Penduduk, lawatan seterusnya adalah ke Pondok Bit Polis.

Sebelum meneruskan program kedua, YAB Menteri Besar telah menandatangi buku pelawat yang disediakan oleh Persatuan Penduduk,

Program berikutnya adalah majlis penyerahan Sijil Layak Memiliki Rumah kepada penduduk setinggan di Desa Melayu, Desa Jaya, Desa Makmur, Kg Tengah, Belantik dan Kg Dato' Hajah Hasnah Ahmad.

Kesemua penduduk kampong tersebut akan dipindahkan ke penempatan baru Perkampongan Melayu Iskandar Malaysia.

Di majlis ini, Dato' Shahrir telah mengimbau semula sejarah penduduk kawasan yang mula meneroka kawasan sehingga mendapat pelbagai kemudahan seperti jalan, letrik, air, telefon dan sebagainya.

Bagaimanapun, keperluan pembangunan moden memaksa penyusunan semula penduduk. Tempat perpindahan mereka tidak begitu jauh dari kampung asal. Rumah yang ditawarkan juga amat munasabah iaitu setiap penduduk ditawarkan sebuah rumah bertingkat seluas 850 kaki persegi dengan harga RM35,000.

Dato' Shahrir juga menyebut tentang dana yang mesti disediakan oleh kerajaan kepada setiap blok bagi persiapan menguruskan bangunan agar tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari.

Dalam ucapan balas, Menteri Besar menyatakan banyak perkara yang dibawa oleh Dato' Shahrir yang memberi banyak manfaat kepada penduduk dan tidak pernah diterima oleh pihak lain. Mereka sepatutnya berterima kasih kerana kos membangunkan sebuah rumah termasuk harga tanah mencecah kepada RM139,000 sedangkan harga yang ditawarkan adalah hanya RM35,000.

Menteri Besar juga bersetuju untuk mempertimbangkan membangunkan sebuah masjid di Kg Bakar Batu bagi kegunaan penduduk di kawasan pemindahan baru ini.

Sebelum menikmati jamuan tengahari, lawatan ke rumah contoh telah diadakan dan keseluruhannya memberi kepuasan kepada penduduk yang bakal berpindah. Diantara mereka adalah ketua-ketua masyarakat setempat tabg mengambil kesempatan bergambar di beberapa ruang rumah berkenaan.

Kegembiraan penduduk jelas terbayang di wajah mereka atas segala pengorbanan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Mereka melaungkan selogan "1 Malaysia" atas kegembiraan tersebut di hadapan YAB Dato' Hj Abdul Ghani Othman.

Sebelum meneruskan lawatan, pelawat di bawa ke Klinik 1Malaysia di Sri Stulang. Di sini mereka dapat melihat kesebukan petugas klinik melayan pesakit yang ingin menerima rawatan dan nasihat kesihatan.

Program seterusnya adalah penyerahan Sijil Layak Menduduki (sementara) dari Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru kepada pemaju Taman Sri Setanggi.

Rumah yang dibina di kawasan ini adalah jenis pangsapuri sederhana rendah RM80,000 dan RM50,000.

Pembeli rumah juga menerima replika kunci rumah dari pemaju.

Selepas menunaikan solat Zuhor di Masjid Jamek Kg Melayu, JKR telah menyampaikan taklimat mengenai projek menaiktaraf Jalan Tampoi dan projek persimpangan bertingkat di Jalan Tampoi-Lebuhraya Tebrau.

Majlis Bandaraya melalui konsultan telah menyampaikan taklimat projek pembangunan semula pasar di Kampong Melayu.

Lawatan seterusnya adalah ke laman herba di Sungai Sebulung. Projek ini adalah program pengindahan dan pemeliharaan sungai dengan menggunakan bio teknologi EM (Efektif Mikroorganisma).

Di sini, pelawat diminta menanam beberapa batang pokok sebagai tanda lawatan dan kenang-kenangan.

Pelawat juga diminta menabur EM di Sungai Sebulung bagi tujuan merawat sungai supaya tidak berbau busuk di samping menjernihkan air dan membiakkan hidupan air seperti ikan.

Penduduk di persekitaran Sungai Sebulung terutama Kampong Sepakat yang merupakan sebuah perkampungan setinggan telah berusaha sendiri menyediakan EM dari bahan makanan terbuang.

Selain itu, mereka menjadikan kawasan belakang rumah sebagai kawasan taman dan membuat penghijauan dengan menanam tanaman herba yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.



Selain kawasan yang cantik, boleh kelihatan di setiap rumah peralatan yang digunakan untuk membuat EM.

Beginilah keadaan Sungai Sebulung setelah dirawat dengan EM dan persekitarannya ditumbuhi dengan tanaman herba.

Pada jam 3.40 petang, Menteri Besar dibawa berjumpa penduduk setinggan Kg Aman, Seri Kenangan dan Seri Paya yang telah diwarkan rumah kos rendah di Taman Desa Larkin. Perumahan mereka telahpun dirobohkan untuk pembinaan baru. Namun sehingga kini setelah hampir 10 tahun, pembinaannya masih boleh dipersoalkan.

Apa yang dapat dilihat adalah beberapa dereta rumah kos sederhana yang telah siap dan sedang menunggu CFO. Rumah kos rendah RM25,000 sedang dalam peringkat awal pembinaan sementara rumah RM50,000 masih terbengkalai.

Setelah Taman Desa Larkin, Menteri Besar dan rombongan dibawa ke Terminal pengangkutan awam Larkin Central.

Terminal ini diambilalih dan diuruskan oleh Perbadanan Johor (J-Corp).. Diantara pembangunan baru di terminal ini adalah membangunkan sebuah masjid dan juga pengubahsuaian bangunan.

Menteri Besar juga dibawa melawat kawasan tapak kereta sewa luar bandar. Diantara mereka yang menunggu lawatan ini adalah jawatankuasa persatuan pemandu teksi serta juga Pengerusi LPKP, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Menteri Besar juga dibawa melawat kawasan belukar dan takungan air di tanah kepunyaan Perbadanan Johor. Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Ir Hj Sulaiman Taib telah memberi penjelasan dan pembangunan yang akan dilakukan di kawasan berkenaan.

Bersebelahan Terminal Larkin Central adalah apartmen Sri Impian. Di sini Menteri Besar telah dibawa ke bangunan yang mempunyai masalah keretakan dan pengurusan yang kurang sempurna.

Tempat akhir lawatan adalah di Surau An-Nur, Taman Larkin Perdana. Di sini, Menteri Besar dan rombongan yang beragama Islam telah menunaikan solat Asar berjemaah.

Dalam ucapan terima kasih, Ahli Parlimen Johor Bahru, Dato' Shahrir Samad telah memaklumkan tentang pengurusan rumah pangsa Larkin Perdana yang telah diuruskan oleh JMB dengan sempurna.

Begitupun, masih terdapat beberapa masalah terutama keadaan bangunan yang kurang selamat dan perlu pembaikan semula dengan kos yang tinggi. Beliau mengharapkan Kerajaan Negeri dapat memberi bantuan kepada penduduk berkenaan.

Dalam ucapan menamatkan lawatan, Menteri Besar telah bersetuju untuk menyumbangkan RM3 juta untuk membaiki rumah pangsa berkenaan dan berharap akan dapat membuat lawatan sekali lagi di seluruh kawasan parlimen Johor Bahru.

Lawatan berakhir pada jam 6 petang.

KEDATANGAN KARAM SINGH SATU PETANDA BURUK

.
"Satu petanda buruk"

"Bersedialah untuk saya datang lagi ke Johor Bahru"

Benarlah kata Hj Ahmad Daud, Ahli Majlis MBJB bagi Zon Rinting yang mengatakan kehadiran Karam Singh Walia dari TV3 memberi petunjuk buruk kepada Majlis Bandaraya (klik di sini).