Radio Internet FuhYooFm

Isnin, September 27, 2010

BERHARI RAYA DI RUMAH DATUK WIRA JAMALUDDIN

.
Dari kiri Anis (isteriku), Hj Abd Lah Awang dan

Malam tadi saya ke Puncak Meru, Ipoh untuk perjumpaan Hari Raya di kediaman Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim (Uncle). Bertolak dari JB jam 3 petang dan sampai semula di rumah jam 6.30 pagi. Memang meletihkan. Begitulah bila nak beraya. Sebelum balik sempat juga bergambar dengan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Gaddafi yang juga anak Datuk Wira Jamaluddin.

SAMBUTAN HARI RAYA MASJID BANDAR BARU UDA

.
Sekali lagi, pada tahun ini Masjid Jamek Bandar Baru Uda mengadakan sambutan Hari Raya dengan menjemput para kariah bersama meraikannya yang diadakan di Dewan Jubli Perak pada hari Ahad 26 September 2010.

Majlis yang bermula pada jam 10 pagi telah menjemput Haji Abdul Rahman Jaafar, Pengarah Jabatan Agama Johor sebagai tetamu utama. Y.B. Datuk Seri Utama Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru juga turut hadir walaupun agak sedikit lewat kerana terpaksa memenuhi beberapa jemputan lain sebelumnya.

Kedua-dua tetamu utama ini telah memberi ucapan dan menyampaikan cenderamata kepada Peradia (penerima rawatan dialisis) Pusat Dialisis Masjid BBU. Mereka yang datang juga berpeluang menerima hadiah sekiranya berjaya dalam soalan kuiz mudah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Kemuncak pada majlis ini adalah soalan kuiz yang membawa hadiah melancong ke Bandung dan Jakarta pada bulan Disember. Dua hadiah utama ini telah dimenamgi oleh Puan Hjh Norlia Abd Ghani dan Hjh Zaharah Yusof.

Bacaan selawat yang diketuai Imam Munadi Muhajir

Ucapan wakil Peradia

Dari kiri Ustaz Sulaiman Sujak, Hj Abd Rahman Jaafar,
Hj Hussein Ismail dan Ustaz Abu Bakar Watak

Para tetamu

Ucapan Ahli Parlimen Johor Bahru

Salah seorang Peradia menerima cenderamata

Gembiranya Puan Hjh Norlia menerima
hadiah lawatan ke Bandung dan Jakarta

Puan Hjh Zahrah Taib (kiri) adalah
salah seorang penerima hadiah lawatan

Sabtu, September 25, 2010

CERAMAH KETATANEGARAAN

.
Peserta anjuran KEMAS Johor Bahru

Saya telah diminta oleh KEMAS Kawasan Johor Bahru untuk memberi ceramah dalam satu program yang telah diadakan di Balairaya Desa Melayu, Majidi Baru, Johor Bahru.

Saya tlah mengambil masa yang pendek sekitar setengah jam untuk menjelaskan tanggungjawab kaum wanita menghadapi suasana yang penuh mencabar ketika ini khususnya melayani karenah keluarga dari kalangan anak-anak muda.

Mudah-mudahan apa yang telah saya utarakan akan dapat menjadi ingatan dan panduan menghadapi masa depan.

UPACARA MERENJIS PENGANTIN BERSANDING

.
Tarian mengiringi persandingan pengantin

Tengahari tadi saya menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Datuk Nasir Safar, bekas pegawai khas YAB Perdana Menteri Malaysia. Saya bersama isteri ke majlis yang diadakan di kediamannya, Taman Sri Pulai Perdana, Skudai. Tetamu yang hadir termasuk wakil-wakil rakyat dan pemimpin kerajaan seperti Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan. Tidak ketinggalan juga pemimpin dari parti komponan Barisan Nasional seperti MCA dan MIC.

Saya telah diberi penghormatan untuk turut sama merenjis semasa pengantin sedang bersanding. Saya tidak menolak penghormatan tersebut tetapi menukarkannya dengan membaca doa selamat dan diaminkan oleh kedua-dua mempelai. Mudah-mudahan jodoh dan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

MENJAMAH NASI GUDEG DI JOGJAKARTA

.
Dua minggu sebelum Ramadan lalu, saya bersama 21 orang rakan bekas kakitangan Felda dan rakan dari Johor Bahru telah membuat lawatan ke beberapa tempat sejarah di Jawa Tengah dan Jawa Timur.

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur terus ke Yogyakarta atau Jogjakarta dan lebih mudah disebut Jogja. Setibanya di kota yang dipenuhi pelajar berbanding kota-kota lain di Indonesia, kami terus dibawa oleh pemandu pelancong untuk makan tengahari. Katanya, makanan istimewa di Jogja adalah Gudeg yang diperbuat dari nangka muda dan dimasak dengan santan. Kami diberitahu tentang makanan ini amat lazat sehingga kami sangat teringin untuk merasainya.

Diantara perkara lain yang diberitau adalah Gudeg ini dimasak dalam tempoh yang amat lama sehingga berwarna coklat. Difahamkan daun jati adalah diantara bahan yang dimasak bersekali dengan nangka muda. Lebih menarik selera kami apabila dimaklumkan ia akan dimakan bersama nasi putih, ayam kampung, telur, tahu, tempe dan sambil goreng.

Bagaimanapun, apabila kami mula menjamahnya, kami mula berpandangan sesama sendiri dan ramai yang tidak dapat menghabiskannya. Selama seminggu di beberapa kota sekitar Jawa Timur dan Jawa Tengah, itulah sekali kami merasainya dan tidak ada siapa pun di dalam rombongan kami yang meminta untuk menikmatinya lagi!.

MBJB MENURUNKAN GANTUNGAN LAMA DAN YANG TIDAK MENDAPAT KEBENARAN

.
Petugas Majlis Bandaraya sedang menurunkan gantungan termasuk
satunya yang mempunyai tanda nama "JAKEL" dengan keadaan
koyak rabak dan "berserabai"

Beberapa hari lalu saya telah melaporkan di dalam laman facebook saya atas kerja menurunkan banner dan segala gantungan usang dan tidak mendapat kebenaran di Bandar Baru Uda (http://www.facebook.com/profile.php?id=749224830#!/photo.php?pid=4826920&fbid=435617569830&id=749224830) - Hari ni ramai kakitangan (penguatkuasa) MBJB diketuai sendiri Puan Hjh Aishah Kapi (Setiausaha Majlis) menurunkan kain pemidang (banner) luput tempoh dan tidak mendapat kebenaran di sekitar Bandar Baru Uda. Diharapkan untuk masa hadapan tidaklah hanya bertindak apabila saya berkata "Apakah perlu saya sendiri yang menurunkan banner tersebut" pada mesyuarat pada hari semalam.

Mungkin ucapan saya sedikit keterlaluan tetapi apakah mungkin poster, banner dan sebagainya seperti di dalam gambar yang tertera bulan Januari 2010 masih tergantung sehingga hari ini.

Kesan dari kerja-kerja tersebut yang diketuai sendiri oleh Puan Hjh Aishah Kapi, Timbalan Setiausaha MBJB telah mendapat reaksi positif dari penduduk. Mereka menyatakan bahawa keadaan persekitaran nampak bersih tanpa gantungan yang telah berbulan-bulan tidak diturunkan.

Begitupun, keadaan ceria ini tidak bertahan lama apabila pada hari semalam telah kedapatan poster "along" bergantungan di tiang, pokok dan papan tanda jalan.

Kelihatan Puan Hjh Aishah Kapi memantau
kerja menurunkan gantungan


MARHABAN KELUARGA

.
Tahun ini bermulanya episod baru apabila keluarga isteri saya mengadakan program marhaban. Ia dapat mengumpulkan sanak saudara di Johor Bahru untuk berhari raya ke rumah dengan diketuai oleh Haji Shafie Hashim. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kamaludin (Kamal) adalah suami kepada bekas Setiausaha Kerajaan Johor, Datin Paduka Norsiah Haron.

Turut sama dalam rombongan marhaban ini adalah Hajah Hendon Ahmad. Beliau adalah emak saudara isteri saya atau adik kepada ayahnya. Kami memanggilnya Mak Ucu kerana kedudukannya sebagai adik bungsu.

Program ini telah dapat diadakan pada beberapa malam yang lalu dengan melawati dari rumah ke rumah sanak saudara. Ia tidak menitikberatkan makanan yang disajikan, sebaliknya yang lebih penting adalah untuk mengukuhkan ukhuwah selain memperkenalkan golongan yang lebih muda supaya dapat mengenali hubungan kekeluargaan mereka.