Petang semalam, seorang pesakit dari Hospital Sultanah Aminah JB (masih gunakan baju pesakit warna hijau) datang ke Pusat Dialisis Masjid Bandar Baru Uda. Tujuannya untuk mendapatkan rawatan dialisis kerana masalah ginjalnya. Kami diberitau beliau adalah juga pesakit Hepatitis B dan perlu mesin yg diasingkan dgn pesakit biasa. Di Hosp...ital HSA, mesinnya tidak mencukupi dan terpaksalah pesakit ini merayau di sekitar Johor Bahru mencari pusat rawatan yg boleh menerimanya. Di Masjid BBU, walaupun kami mempunyai 16 mesin tetapi tidak mempunyai kemudahan ini. Segala usaha dilakukan utk membantunya mencari di tempat lain tetapi tidak berhasil. Siapakah yang boleh membantu masalah pesakit ini?.Rabu, Mei 04, 2011
Sabtu, Februari 12, 2011
Selasa, Disember 21, 2010
JAWATAN PERTAMA SAYA "OFFICE BOY"
.
Saya dilahirkan pada 04 Oktober 1952. Mula bersekolah rendah pada umur 6 tahun dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1968. Pada bulan Mac 1969, keputusan SPM diketahui dan saya mendapat pangkat 3 dengan agg. 25, satu keputusan yang amat mengecewakan kerana abang Asmuni yang mengambil peperiksaan MCE pada tahun sama mendapat pangkat 2 dan telah ditawarkan ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Saya mengambil keputusan merantau ke Johor Bahru dari Benut, Pontian. Sebagai anak kampung, saya bertekad untuk melayari kehidupan di bandar. Untuk terus di kampung, pastinya saya akan membuat kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh ayah atau semua mereka yang ada di kampung, menoreh getah dan lain-lain.
Cita-cita untuk meneruskan pelajaran begitu tinggi tetapi ketika itu tidak ada ruang langsung di sekitar daerah Pontian. Mau tidak mau mesti berada di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru.
Di Johor Bahru, saya menumpang di rumah Pak Mahat, pemandu lori di Jabatan Kerja Raya. Kuartersnya di Jalan Kebun Teh. Sebagai imbalan, saya yang tidak dibekalkan wang merelakan diri membantu Mak Tipah, iseri Pak Mahat menjual nasi lemak dan sarapan pagi di tapak bangunan UMNO di Jalan Segget.
Di sinilah saya mula berkenalan dengan orang ramai dan diberitahu kekosongan jawatan Pelayan Pejabat "Office Boy" di pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) bertempat di Tingkat 7, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.
Saya memohon jawatan tersebut dan setelah ditemuduga bersama 40 permohonan yang lain, saya telah diterima dan mula bertugas mulai 1 Januari 1969.
Orang yang bertanggungjawab menerima saya bekerja adalah Allahyarham Encik Abdul Razak bin Ahmad yang ketika itu berjawatan Setiausaha Cawangan, LKTP Johor Selatan.
Saya diberitahu mengapa saya dipilih adalah disebabkan saya ketika itu berumur 17 tahun, mempunyai kelulusan SPM, mempunyai 8 orang adik beradik yang masih belum bekerja dan berasal dari kampung.
Encik Abdul Razak Ahmad adalah seorang aktivis parti siasah berfahaman sosialis sehingga akhir hayatnya. Tentulah latar belakang saya menarik perhatiannya untuk melantik saya ke jawatan paling rendah di pejabat berkenaan.
Terima kasih Encik Razak dan alfatehah untuknya.
Jumaat, Disember 17, 2010
MENYELESAI MASALAH FLAT FASA 15A SKUDAI KANAN
.

Bertempat di Bilik Mesyuarat COB, Pesuruhjaya Bangunan MBJB, petang tadi saya bersama YB Hj Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri menghadiri mesyuarat untuk menyelesaikan masalah penduduk Flat Fasa 15A, Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda.
Isu utama adalah sama seperti permasalah di rumah-rumah bertingkat apabila pemilik rumah tertunggak bayaran yuran pengurusan sehingga agen pengurusan mengundur diri.
Di antara permasalahan di sini berpunca apabila Jawatankuasa JMB (Joint Management Body) tidak berfungsi. Ini menyebabkan beberapa penduduk membentuk Jawatankuasa Bertindak dan menjalankan kutipan wang bulanan dengan kadar bayaran RM10 sebulan. Mereka menggunakan wang ini untuk menguruskan bangunan. Ia memang tidak mengikuti peraturan dalam Akta 663. Hanya sebahagian sahaja pemilik dan penyewa yang bersama dengan Jawatankuasa Bertindak.
Tindakan selanjutnya yang akan dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa JMB yang telah terlantik pada masa yang akan ditentukan.
Khamis, Disember 16, 2010
Hari ini saya menerima sms dari seorang yang katanya berstatus "ibu tunggal". Saya catatkan semula pesanan tersebut:
"A'skum.. Terima kasih atas jsa baik Tuan haji yg nk tolong rakyat mcm sye..sye tau slah sye tpi Tuan hji x tau sush sye sebagai ibu tunggal untk mencri rezki yg halal..dgn rumah n keta tak tebayar setakat dpt mkn je tuan hj tak tau..klau sye senang tak kn niaga tmpt lain dri pukul 3pm smpi 3am dh 3ari dpt rm30 dgn bermodal kn pjm dwit kwn2 sb nk bayar hutang dgn buat ape semua seorang diri..anyanyi la ibu2 tungal pasti blasan Tuhan semua akn dpt 1 hari nti..".
Gerai beratap rumbia di bawah bumbung inilah yang diambil tindakan oleh penguatkuasa MBJB untuk membersihkan kawasan ini kerana ia adalah laluan awam.
Pemilik bangunan bersebelahan yang membina bumbung tanpa kelulusan telah menyewakan pula kepada peniaga kecil dengan sewaan bulanan antara RM600 hingga RM1200. Dahulu terdapat 5 gerai di sini dan usaha telah dibuat untuk memindahkan mereka buat sementara waktu dari kawasan ini namun peniaga di atas tidak mahu mengikut.
Kini, ia terpaksa berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan demi menjaga kebersihan dan kemudahan pengguna.
MENGHADIRI KURSUS ASAS PENGGUNAAN INTERNET
.


Walaupun agak sebok dalam masa tiga hari ini, saya dapat juga menghadirkan diri untuk menyertai kursus pengenalan internet yang di anjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Selatan di Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby, Johor Bahru.
Kursus yang dihadiri oleh peserta dari beberapa koperasi di selatan tanah air amat berguna bagi mereka yang tidak memahami internet. Begitupun, bagi saya yang mempunyai sedikit ilmu tentangnya, saya berterima kasih kepada pengajar di MKM kerana dapat menambahkan ilmu yang ada.
Kursus telah bermula pada 14 haribulan dan akan berakhir pada hari esok.

PENDUDUK SKUDAI KANAN LEGA
.
Pokok mati telah ditebang menunggu untuk dibersihkanLaporan saya ke pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru tentang pokok mati di Taman Skudai Kanan telah diambil tindakan segera, pokok berkenaan telah ditebang.
Tindakan ini pastinya telah melegakan penduduk di taman berkenaan yang keseluruhannya menduduki rumah-rumah kos rendah dan sederhana rendah. Pastinya bahaya ditimpa pokok mati ini dapat dielakkan sebagaimana yang telah berlaku di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)




