Selasa, Februari 07, 2012
Aduan Lubang Di Jalan Barli 1/3, Taman Skudai Kanan
Saya mendapat aduan dari sahabat saya, Rafie Hussien tentang keadaan lobang amat kritikal, bila ada kereta atau van langgar lobang lobang ini air dalam lobang akan memericik ke halaman rumah dan tayar kereta penduduk Jalan 1/3 pasti diselubungi tanah merah ketika lalui lobang berkenaan.
Saya telah pergi ke Taman Skudai Kanan dan mengambil gambar lubang yang dimaksudkan. Saya paparkan di sini supaya dapat tindakan segera oleh petugas Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Diharapkan media ini akan dapat digunakan untuk cara terbaik menyelesaikan masalah dan bukannya menambahkan masalah.
Rabu, Mei 04, 2011
BAGAIMANA NAK MENOLONG PESAKIT NI?
Petang semalam, seorang pesakit dari Hospital Sultanah Aminah JB (masih gunakan baju pesakit warna hijau) datang ke Pusat Dialisis Masjid Bandar Baru Uda. Tujuannya untuk mendapatkan rawatan dialisis kerana masalah ginjalnya. Kami diberitau beliau adalah juga pesakit Hepatitis B dan perlu mesin yg diasingkan dgn pesakit biasa. Di Hosp...ital HSA, mesinnya tidak mencukupi dan terpaksalah pesakit ini merayau di sekitar Johor Bahru mencari pusat rawatan yg boleh menerimanya. Di Masjid BBU, walaupun kami mempunyai 16 mesin tetapi tidak mempunyai kemudahan ini. Segala usaha dilakukan utk membantunya mencari di tempat lain tetapi tidak berhasil. Siapakah yang boleh membantu masalah pesakit ini?.Sabtu, Februari 12, 2011
Selasa, Disember 21, 2010
JAWATAN PERTAMA SAYA "OFFICE BOY"
Saya dilahirkan pada 04 Oktober 1952. Mula bersekolah rendah pada umur 6 tahun dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1968. Pada bulan Mac 1969, keputusan SPM diketahui dan saya mendapat pangkat 3 dengan agg. 25, satu keputusan yang amat mengecewakan kerana abang Asmuni yang mengambil peperiksaan MCE pada tahun sama mendapat pangkat 2 dan telah ditawarkan ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Saya mengambil keputusan merantau ke Johor Bahru dari Benut, Pontian. Sebagai anak kampung, saya bertekad untuk melayari kehidupan di bandar. Untuk terus di kampung, pastinya saya akan membuat kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh ayah atau semua mereka yang ada di kampung, menoreh getah dan lain-lain.
Cita-cita untuk meneruskan pelajaran begitu tinggi tetapi ketika itu tidak ada ruang langsung di sekitar daerah Pontian. Mau tidak mau mesti berada di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru.
Di Johor Bahru, saya menumpang di rumah Pak Mahat, pemandu lori di Jabatan Kerja Raya. Kuartersnya di Jalan Kebun Teh. Sebagai imbalan, saya yang tidak dibekalkan wang merelakan diri membantu Mak Tipah, iseri Pak Mahat menjual nasi lemak dan sarapan pagi di tapak bangunan UMNO di Jalan Segget.
Di sinilah saya mula berkenalan dengan orang ramai dan diberitahu kekosongan jawatan Pelayan Pejabat "Office Boy" di pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) bertempat di Tingkat 7, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.
Saya memohon jawatan tersebut dan setelah ditemuduga bersama 40 permohonan yang lain, saya telah diterima dan mula bertugas mulai 1 Januari 1969.
Orang yang bertanggungjawab menerima saya bekerja adalah Allahyarham Encik Abdul Razak bin Ahmad yang ketika itu berjawatan Setiausaha Cawangan, LKTP Johor Selatan.
Saya diberitahu mengapa saya dipilih adalah disebabkan saya ketika itu berumur 17 tahun, mempunyai kelulusan SPM, mempunyai 8 orang adik beradik yang masih belum bekerja dan berasal dari kampung.
Encik Abdul Razak Ahmad adalah seorang aktivis parti siasah berfahaman sosialis sehingga akhir hayatnya. Tentulah latar belakang saya menarik perhatiannya untuk melantik saya ke jawatan paling rendah di pejabat berkenaan.
Terima kasih Encik Razak dan alfatehah untuknya.
Jumaat, Disember 17, 2010
MENYELESAI MASALAH FLAT FASA 15A SKUDAI KANAN
Khamis, Disember 16, 2010
MENGHADIRI KURSUS ASAS PENGGUNAAN INTERNET

Walaupun agak sebok dalam masa tiga hari ini, saya dapat juga menghadirkan diri untuk menyertai kursus pengenalan internet yang di anjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Selatan di Bangunan Kerjasama, Jalan Dhoby, Johor Bahru.
Kursus yang dihadiri oleh peserta dari beberapa koperasi di selatan tanah air amat berguna bagi mereka yang tidak memahami internet. Begitupun, bagi saya yang mempunyai sedikit ilmu tentangnya, saya berterima kasih kepada pengajar di MKM kerana dapat menambahkan ilmu yang ada.
Kursus telah bermula pada 14 haribulan dan akan berakhir pada hari esok.





