Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Jun 20, 2013

Usahlah Kita Ditipu Dengan Menonton Wrestling

.

Teringat arah bapa saya dulu yang sangat meminati Wrestling di tv. Bukan bapa saya saja yang meminati, bahkan di mana saja gerai makan pastinya menyediakan video memaparkan sukan lasak ini.

Itu cerita dulu yang sangat digemari penonton pada tahun 80an hingga 2000. Tetapi sekarang mungkin jauh berkurangan. Begitupun, masih ada peminat setianya. Bagi mereka yang meminati dan sangat ketagih dengan rancangan ini, jangan sekali-kali anda mengatakan ia adalah permainan bohong dan sengaja diatur seolah-olah seperti drama sebabak.

Saya juga pada satu ketika sangat meminati rancangan ini terutama pada tahun 1970an. Saya percaya pada awal permainan ini disiarkan di talivision terutama siaran yang dibuat dari London, ia adalah benar-benar pertandingan dan perlawanan yang sebenar. Cuma pada ketika itu perlawanannya tidak sekasar ketika ini, Begitupun permanan yang nampak ganas dan kasar ini, mungkin telah direncanakan.

Saya lebih memilih untuk melihat boxing berbanding wrestling sebab saya lebih percaya perlawanan boxing itu tidak direncanakan atau berpakat. Begitu juga dengan kick boxing dan Tomoi yang sangat popular di Thailand dan di utara tanah air kita.

Bagi sukan-sukan lasak yang melibatkan pertarungan ini, akhir-akhir ini saya sangat meminati Bellator iaitupertarungan gaya bebas Ultimate Fighting Championship (UFC). Pertandingan mixed martial arts (MMA) boleh kita tontoni di channel Astro 729.

Saya lebih percaya sukan ini lebih real berbanding wrestling.               

Ahad, Jun 16, 2013

MBJB DISARAN JANGAN SALAH GUNA FACEBOOK

.

Pada bulan Februari 2012, di dalam ucapan penanggohan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis, MBJB, saya telah menyarankan agar Datuk Bandar dan Ketua-Ketua Jabatan MBJB mempunyai akaun Facebook agar ia menjadi medan rakyat dan warga bandaraya meluahkan perasaan khusus mengenai permasalahan yang perlu diambil tindakan segera oleh MBJB.

Begitupun, saya mengharapkan akaun facebook ini tidak disalahguna yang akhirnya boleh menyebabkan permasalahan lain.

PELANJUTAN TEMPOH PERKHIDMATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS



Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah melanjutkan tempoh perkhidmatan semua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan di Negeri Johor sehingga 31 Disember 2013. Ini bermakna tugas saya sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sessi ini yang bermula pada 1 Mei 2009 akan berakhir pada 31 Disember 2013.

Perlantikan ini adalah sebagaimana yang dicalonkan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru yang diberi peruntukan 5 orang. Rakan Ahli Majlis yang lain adalah Hjh Salmah Saffar, Azman Dawam, Khalid Mohamad dan Datuk Yahya Jaafar.

Sebelum ini saya pernah memegang jawatan yang sama dari 1 Januari 1996 hingga 31 Disember 1998 mewakili UMNO Bahagian Pulai dan diberi tugas di Zon Tampoi.

Selasa, Februari 07, 2012

Aduan Lubang Di Jalan Barli 1/3, Taman Skudai Kanan

.
Lubang Di Jalan Barli 1/3. Taman Skudai Kanan, BBU, Johor Bahru

Saya mendapat aduan dari sahabat saya, Rafie Hussien tentang keadaan lobang amat kritikal, bila ada kereta atau van langgar lobang lobang ini air dalam lobang akan memericik ke halaman rumah dan tayar kereta penduduk Jalan 1/3 pasti diselubungi tanah merah ketika lalui lobang berkenaan.


Saya telah pergi ke Taman Skudai Kanan dan mengambil gambar lubang yang dimaksudkan. Saya paparkan di sini supaya dapat tindakan segera oleh petugas Majlis Bandaraya Johor Bahru.


Diharapkan media ini akan dapat digunakan untuk cara terbaik menyelesaikan masalah dan bukannya menambahkan masalah.

Rabu, Mei 04, 2011

BAGAIMANA NAK MENOLONG PESAKIT NI?

.
Petang semalam, seorang pesakit dari Hospital Sultanah Aminah JB (masih gunakan baju pesakit warna hijau) datang ke Pusat Dialisis Masjid Bandar Baru Uda. Tujuannya untuk mendapatkan rawatan dialisis kerana masalah ginjalnya. Kami diberitau beliau adalah juga pesakit Hepatitis B dan perlu mesin yg diasingkan dgn pesakit biasa. Di Hosp...ital HSA, mesinnya tidak mencukupi dan terpaksalah pesakit ini merayau di sekitar Johor Bahru mencari pusat rawatan yg boleh menerimanya. Di Masjid BBU, walaupun kami mempunyai 16 mesin tetapi tidak mempunyai kemudahan ini. Segala usaha dilakukan utk membantunya mencari di tempat lain tetapi tidak berhasil. Siapakah yang boleh membantu masalah pesakit ini?.

Sabtu, Februari 12, 2011

Selasa, Disember 21, 2010

JAWATAN PERTAMA SAYA "OFFICE BOY"

.

Saya dilahirkan pada 04 Oktober 1952. Mula bersekolah rendah pada umur 6 tahun dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1968. Pada bulan Mac 1969, keputusan SPM diketahui dan saya mendapat pangkat 3 dengan agg. 25, satu keputusan yang amat mengecewakan kerana abang Asmuni yang mengambil peperiksaan MCE pada tahun sama mendapat pangkat 2 dan telah ditawarkan ke Institut Teknologi Mara, Shah Alam.

Saya mengambil keputusan merantau ke Johor Bahru dari Benut, Pontian. Sebagai anak kampung, saya bertekad untuk melayari kehidupan di bandar. Untuk terus di kampung, pastinya saya akan membuat kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh ayah atau semua mereka yang ada di kampung, menoreh getah dan lain-lain.

Cita-cita untuk meneruskan pelajaran begitu tinggi tetapi ketika itu tidak ada ruang langsung di sekitar daerah Pontian. Mau tidak mau mesti berada di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru.

Di Johor Bahru, saya menumpang di rumah Pak Mahat, pemandu lori di Jabatan Kerja Raya. Kuartersnya di Jalan Kebun Teh. Sebagai imbalan, saya yang tidak dibekalkan wang merelakan diri membantu Mak Tipah, iseri Pak Mahat menjual nasi lemak dan sarapan pagi di tapak bangunan UMNO di Jalan Segget.

Di sinilah saya mula berkenalan dengan orang ramai dan diberitahu kekosongan jawatan Pelayan Pejabat "Office Boy" di pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) bertempat di Tingkat 7, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

Saya memohon jawatan tersebut dan setelah ditemuduga bersama 40 permohonan yang lain, saya telah diterima dan mula bertugas mulai 1 Januari 1969.

Orang yang bertanggungjawab menerima saya bekerja adalah Allahyarham Encik Abdul Razak bin Ahmad yang ketika itu berjawatan Setiausaha Cawangan, LKTP Johor Selatan.

Saya diberitahu mengapa saya dipilih adalah disebabkan saya ketika itu berumur 17 tahun, mempunyai kelulusan SPM, mempunyai 8 orang adik beradik yang masih belum bekerja dan berasal dari kampung.

Encik Abdul Razak Ahmad adalah seorang aktivis parti siasah berfahaman sosialis sehingga akhir hayatnya. Tentulah latar belakang saya menarik perhatiannya untuk melantik saya ke jawatan paling rendah di pejabat berkenaan.

Terima kasih Encik Razak dan alfatehah untuknya.