
Keadaan ini berlaku disebabkan tiada laluan alternatif dari KIK ke Pusat Bandar dan difahamkan kejatuhan perniagaan sehingga 50 peratus yang menyebabkan mereka mungkin memikirkan untuk berpindah ke lokasi yang lain.
Difahamkan mengikut pelan asal terdapat jalan yang menghubungkan pusat bandar dan disebabkan oleh bantahan oleh seorang penduduk yang tanahnya enggan diambil untuk pembinaan jalan sehingga berlakunya pembatalan.
Dato' Shahrir Samad yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan membawa perkara ini ke mesyuarat kabinet dan seterusnya akan mengadakan lawatan ke tapak bagi mengenalpasti keadaan sebenar selain cuba mencadangkan syur yang difikirkan perlu.
Selain itu beliau juga akan melihat aduan orang ramai tentang kesesakan jalanraya pada waktu puncak.
Semasa berucap dalam majlis tersebut, Dato' Shahrir menyarankan semua lapisan rakyat terutama golongan muda supaya mempelajari sejarah perjuangan bangsa dan kelahiran negara Malaysia.










2 ulasan:
Dato' Sharir tu bangang pemimpin yg tak turun padang bukan dia tahu peniaga yg merosot tu bukan org melayu , yg meniaga tu mamak dgn cina, nasib peniaga bukan dia kisah nak bantu tahu cakap je lah...
Kalau marah pun tak perlulah guna bahasa kesat. Awak tu bagus sangat ke? Dah banyak tolong orang ke? Bagi malu orang JB aje...
Catat Ulasan