Malam tadi, kami AJK UMNO Bahagian Johor Bahru mengiringi ketua kami, Dato' Shahrir Samad ke Majlis Ulangtahun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Bahagian Johor Bahru di Restoran Pekin Sutera, Taman Sutera Utama, Skudai.

Kedua-dua mereka adalah pemimpin yang sangat disegani kerana mempunyai prnsip dan stail kepimpinan tersendiri disamping telah diterima oleh rakyat walaupun dua kali masuk dan keluar dalam kerajaan.


Beliau juga berharap segala perjuangan bukan kerana ketua kerana perjuangan seperti ini akan menjadikan kita kalah. Segala perlakuan dan tindakan hendaklah semata-mata kerana masyarakat.
Dengan sebab itu, apabila beliau telah bersara dalam kabinet, beliau telah menumpukan kerja-kerja di kawasan dengan menggemblengkan kedua-dua ADUN dalam kawasannya dan kesemua Ahli Majlis Parlimen Johor Bahru dari UMNO, MCA dan MIC dengan membuat lawatan pada setiap bulan.
Datuk Shahrir juga berjanji akan mempelawa seorang Ahli Majlis Bandaraya dari PGRM untuk bersama-sama dalam kegiatan tersebut walaupun beliau tidak berkhidmat dalam Zon Parlimen Johor Bahru, sebaliknya di Parlimen Pulai.
Maklum balas yang diterima amat positif apabila banyak masalah dapat diselesaikan dengan cepat dan memberi gambaran serta imej yang baik.

Setelah lebih 50 tahun kerajaan BN memerintah, kerajaan tidak seharusnya menunjukkan kuasa dengan tidak mengambilkira kepentingan rakyat.
Beliau juga melahirkan sokongan kepada usaha yang dibuat oleh Datuk Shahrir kerana ia amat penting dalam suasana sokongan rakyat yang berkurangan semasa pilihanraya yang lalu.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan