"Kami tidak main politik".
Benarkah apa yang dikata oleh Abd Khir Hj Mohamad semasa berdialog dengan Ahli Parlimen Johor Bahru pada majlis penerangan di Desa Melayu Johor Bahru malam tadi?.
Beliau mengaku sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Setinggan yang terlibat dengan projek pembinaan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) yang menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Cagar dengan Lebuhraya Utara Selatan di Pandan.

Saranannya hanyalah ciplakkan dari apa yang telah diungkapkan oleh Dato' Shahrir dalam ucapan sebelumnya.
Dato' Shahrir sangat menekankan perkara ini sebagaimana yang telah dilakukan semasa memindahkan penduduk Tok Siak ke penempatan baru pada tahun lalu. Beliau tidak mahu penduduk tertipu dari karenah pemaju seperti yang berlaku di projek penswastaan Larkin Perdana dan Desa Larkin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan