Hari keempat di bumi Kemboja, perjalanan kami adalah di Siem Reap ke Phnom Penh. Pada tigasuku perjalanan, kami singgah di Masjid Al-Rahman Kampong Kunathari.
Mesjidnya terletak di tebing Sungai Tonle Sap. Saya sempat meninjau sungai yang agak luas dengan tebingnya berpasir. Sungai ini menjadi nadi kehidupan 780 keluarga Islam berketurunan Champa kerana kebanyakannya adalah nelayan.
Lihatlah gambar yang dirakamkan dari pintu masjid, terdapat banyak sampan atau bot-bot kecil yang digunakan untuk menangkap ikan. Airnya tenang, tidak berombak. Mungkin begitulah kehidupan penduduk di sini, tenang dengan hidup ala kadar.

Apabila melihat nasi diletak dalam besen dengan pinggan mungkum dan basoh tangan dalam mangkok, teringat saya kepada cara makanan yang dihidangkan di kampong tradisional kita. Cuma bezanya ialah nasi di sini lebih enak disebabkan banyak sawah padi di Kemboja.
Kami diberitahu Kampuchea atau Kemboja adalah negara pengeksport beras terutama ke Thailand. Saya tidak pasti mengapa mengapa dieksport ke negara Gajah Putih.
Cara makan juga menggunakan garpu asli, tangan dan jari. Tidak ada sudu yang disediakan melainkan sudu untuk mencedok. Ini sangat berbeza dengan masyarakat Indonesia terutama di Tanah Jawa atau Pulau Jawa.
Di Jawa, cara makan mereka terutama di perkampongan menggunakan sudu tanpa garpu. Budaya seperti ini mungkin disebabkan cara kehidupan mereka sebagai petani yang sukar untuk mencuci tangan ketika bertani.
Di Pulau Jawa, antara masalah besar mereka adalah air dan ini sangat berbeza dengan Kemboja yang terlebih air. Tanah-tanah dan perkampongan di kiri kanan Sungai serta Tasek Tonle Sap akan banjir pada bulan Ogos hingga Disember.
Usai makan, saya menyampaikan ucapan terima kasih dan salam dari Jawatankuasa Masijid BBU kerana sudi menerima rombongan kami serta disediakan jamuan tengahari.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Us Ashari, ketua masyarakat yang juga abang kepada Us Musa yang kami temui di Masjid Seam Reap.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Us Ashari, ketua masyarakat yang juga abang kepada Us Musa yang kami temui di Masjid Seam Reap.
Sebelum melangkah keluar dari masjid, kami bersalam-salaman dengan begitu mesra dan berharap akan berjumpa lagi pada suatu masa yang lain.
Untuk kelas agama, mereka tidak mempunyai uniform khusus sebaliknya boleh menggunakan sebarang pakaian yang menutup aurat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan