Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Jun 19, 2008

MENANTI PELANCARAN LAMAN WEB PBKF

Cadangan saya agar Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) mewujudkan laman web sendiri nampaknya hampir terlaksana.

Petang tadi, Erma dari Prodata Felda telah menunjukkan hasil kreatifnya membina 3 contoh dan agak menarik. Mungkin ada beberapa cadangan lain perlu dimasukkan seperti bagaimnana untuk berinteraksi antara ahli dan juga pelawat.

Pengalaman ahli persatuan juga boleh dipaparkan selain bagaimana untuk menghubungi dan mendapatkan maklumat rakan-rakan yang pernah bekerja sepejabat dan sebagainya.

Tak sabar rasanya menanti pelancaran laman web PBKF dan pastinya ucapan tahniah awal kepada Erma dan Noradabi atas usaha-usaha ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pun tak sabar dengan pelancaran laman web PBKF tu..Sememangnya design erma memang meletop...dia seorang designer yg berkaliber. Hasil usaha beliau mmg sepatut dapat pujian dari awal hingga akhir....Syabas di ucapkan dan Selamat berjaya!!!!...-)MA