Radio Internet FuhYooFm

Rabu, April 30, 2008

GAGAP LAGIKAH AKU?



Allah memberi aku hidayah

Mulut dan lidahku untuk perkara baik dan kebajikan

Sesiapa sahaja yang mengenali Sunawan Md Som di Sekolah Menengah Dato' Penggawa Barat, Pontian pada tahun 1964 hingga 1968, tentu tahu bahawa beliau adalah salah seorang murid yang GAGAP. Seorang lagi dalam tingkatan yang sama adalah Pakarawru @ Pakarawara Abdul Rahman. Aku berketurunan Jawa dan seorang lagi tu berketurunan Bugis. Walau kami berdua gagap, api mempunyai kepakaran tersendiri, aku dalam bidang bacaan Alquran dan Pakarawaru pula pakar dalam subjek Math.

Masih kuat diingatanku satu peristiwa yang berlaku pada awal tahun 1966. Ketika di Tingkatan 3, Cikgu Sulaiman Hasrin (seorang guru yang sangat kuat pegangan nasionalis dan iltizam membantu murid Melayu) telah memperkenalkan diri sebagai guru matmatik dan meminta setiap murid menghafal sifir 12. Aku tak mempunyai masalah dalam hafalan sifir. Yang menjadi masalah ialah Cikgu Sulaiman meminta kami membaca dari belakang ke hadapan, maksudnya baca 12x12 hingga ke 12x1. Apabila aku tergagap membaca sifir (dia tak tau aku ni gagap), apa lagi... aku menerima satu dendaan yang tidak dibuat oleh cikgu-cikgu lain. Dua jarinya, jari telunjuk dan hantu akan memulas pusat dengan cara menarik dan menolak kehadapan dan kebelakang. Hoi.. sakitnya. Sebab itulah sampai bilapun aku tak akan lupa peristiwa ini.

Pelik juga, semasa di Tingkatan 5, aku memasuki pertandingan bahas di sekolah. Diantara yang memasuki perbahasan adalah Ismail Manas dan Mohsin Ali. Rasanya, aku dapat mengawal gagap kerana faktor penting adalah tekanan, perasaan dan suasana semasa kita bercakap. Kalau kita dapat mengawalnya, insyallah percakapan akan menjadi lancar.

Kelancaran percakapanku masih lagi tergagap-gagap ketika aku telahpun berumahtangga. Isteriku akan cepat menyambung percakapanku. Contohnya, ketika aku nak bercakapi TETAPI dengan berkata "te te te", secepat kilat isteriku akan menyampuk "tetapi". Mungkin dia rasa malu juga mempunyai suami gagap.

Pernah juga berlaku sesetengah orang mengherdek ketika aku tergagap-gagap. Sebenarnya cara ini memang salah dan mungkin si gagap tadi akan bertambah teruk lagi disebabkan dia terkejut dan menjadi rendah diri.

Kini, gagapku sudah jauh berkurangan. Walaupun ada ketikanya percakapanku kurang lancar, tetapi aku bersyukur ke hadrat Allah Swt yang telah memberi kemudahan kepadaku lancar dalam pertuturan. Aku percaya kiranya lidah yang dianugerahkan ini digunakan dalam perkara kebaikan, pasti mendapat kemudahan dari Allah. Sampaikanlah walau sekadar hanya sepotong ayat, begitulah sebagaimana maksud dari surah An-Nahl, Ayat 165.

Bermula pada tahun 1972, aku mula berjinak dengan anak-anak muda di Felda Ulu Tebrau, perkampongan tempat aku bekerja. Di sinilah aku mula menceburkan diri dalam persatuan belia dan lain-lain. Tidak secara langsung aku mula diketengahkan untuk bercakap di khalayak ramai. Secara tidak sedar, aku mulai berani menghadapi suasana berhadapan dengan belia-belia, penduduk dan orang ramai. Perasaan takut mula hilang. Keberanian menghadapinya inilah yang menyebabkan gagapku hilang.

Selasa, April 29, 2008

21 DALIL PAS TERMASUK PERKARA AJAIB DI DUNIA

Aku saja paste dari TranungKite Online, sesama kita fikir dan renungkan.

21 DALIL PAS TERMASUK DALAM PERKARA-PERKARA
AJAIB DI DUNIA

Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi.

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA...

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.dan Wan azizah kata negara islam tak relaven

PADA MULANYA...

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Ahad, April 27, 2008

CABARAN KEPADA JAYUS PAWIRO






Ucapan Haji Jayos Pawiro dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke Sembilan pada 26 April 2008 telah memperlihatkan kesungguhan beliau untuk menjadikan Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) sebagai wadah yang dapat memberi menfaat kepada ahli-ahli sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan Persatuan. Ia sedar ramai diantara bekas kakitangan yang dianggap sebagai warga emas dan terdapat yang telah berumur melebihi 80 tahun. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian terhadap golongan ini. Sumbangan mereka semasa membangunkan Felda dengan meredah hutan, paya, sungai, berhadapan dengan pelbagai bahaya seperti binatang liar dan buas, kesukaran dan kesulitan hidup tanpa air bersih dan letrik sehingga Felda berjaya ke tahap sekarang, tidak harus dipandang remeh. Bekas kakitangan yang telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk mnembangunkan kehidupan peneroka yang terdiri dari masyarakat kurang berada, sepatutnya diberi pengiktirafan dan penghargaan sebagaimana yang diterima oleh masyarakat peneroka dan keluarga mereka. Pengurusan Felda dan Kerajaan seharusnya memberi penghargaan dengan menganggap bekas kakitangan sebagai warga Felda sebagaimana juga peneroka dan keluarga mereka.

Dalam ucapan mengalu-alukan kehadiran Dato' Mohd Bakke Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Felda Holdings Berhad, Haji Jayos menyatakan bahawa Persatuan percaya bahawa beliau telah dapat memberi perkhidmatan terbaik dan berjaya. Sehubungan dengan itu beliau amat mengharapkan agar Dato' Mohd Bakke dapat memberi perhatian pula kepada bekas kakitangan Felda yang telah banyak menyumbangkan khidmat bakti dan ini hendaklah dihargai mengikut yang sepatutnya. Pastinya beliau akan mengambilkira segala sumbangan yang telah diberikan. Dan sekiranya ini diambilkira tentu Kumpulan Felda Holdings Berhad boleh memberi sumbangan dalam bentuk kewangan tahunan yang akan dapat membiayai perbelanjaan kebajikan dan kesihatan ahli. Ahli-ahli bukan sahaja terdiri dari mereka yang berpencen malahan juga dari kakitangan yang mengambil pilihan secara mencarum kepada KWSP.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Mohd Bakke Salleh mengucapkan tahniah atas kejayaan PBKF memantafkan organisasinya. Beliau memahami pengorbanan yang dilakukan oleh bekas
kakitangan Felda bahkan oleh anak, isteri dan keluarga sehingga kejayaan Felda dalam membangunkan tanah dan peneroka. Komitmen PBKF menjaga dan membantu ahli selama 17 tahun telah dapat menarik ahli seramai 2800 orang, sepatutnya diberi pujian dan telah menjalankan berbagai kegiatan yang memberi menfaat kepada ahli.

Dato' Mohd Bakke menyatakan bahawa Kumpulan Felda Berhad bersedia dan ingin membantu PBKF memantapkan organisasinya sehingga ia boleh menarik lebih ramai ahli dan memberi pulangan setimpal terutama di dalam bidang kebajikan dan kesihatan. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa PBKF boleh meneruskan kegiatan mengambil kerja-kerja kontrak dan sekiranya ia mempunyai rekod kerja yang baik dan harga yang kompatetif, beliau bersedia memberi keutamaan dalam pemberian kerja. Beliau juga akan menyampaikan hasrat PBKF mengenai pengiktirafan bekas kakitangan sebagaimana yang diterima oleh peneroka dan keluarganya kepada pengurusan tertinggi Felda dan juga kepada YAB Timbalan Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab.

Sebelum mengakhiri ucapan perasmian, beliau berjanji untuk memberi sumbangan tahunan sebanyak RM150,000 dengan syarat PBKF mengemukakan permohonan rasmi dan memberi peluang kepada bekas kakitangan syarikat di bawah Kumpulan Felda Berhad untuk menjadi ahli PBKF.

Setelah upacara perasmian dan jamuan, mesyuarat diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat agung yang lalu, penyata tahunan, penyata kewangan dan pindaan undang-undang tubuh persatuan. Perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit perbalahan. Ini semua menunjukkan demokrasi diamalkan dalam persatuan. Ahli-ahli berhak bersuara kerana itulah hak mereka dan kena pada tempatnya. Cuma perkara yang kurang wajar adalah seorang ahli jawatankuasa PBKF mempersoalkan beberapa perkara tentang perjalanan dan pentadbiran. Ini sepatutnya tidak berlaku walaupun perkara yang dibangkitkan adalah satu masalah penting tentang penolakan permohonan menjadi ahli. Dalam perkara ini beliau sendiri tidak sepatutnya membangkitkannya. Yang seeloknya adalah segala maklumat diberi kepada ahli lain yang hadir dan mereka ini boleh membangkitkannya. Ini adalah lebih wajar dan manis.

Beberapa ahli lain yang hadir termasuk beberapa orang yang pernah memegang jawatan dalam PBKF, telah menimbulkan beberapa isu penting termasuk kewangan, keahlian dan hubungan dengan ahli-ahli.

Dalam agenda pemilihan, ahli-ahli telah membuat keputusan dengan cara undian mengangkat tangan sebagaimana berikut:-

Yang Dipertua - Haji Jayos Pawiro
Naib Yang Dipertua I - Dato' Haji Khamis Md Som
Naib Yang Dipertua II - Dato' Raja Sharifuddin
Setiausaha Kehormat - Khairuddin Hassan
Bendahari Kehormat - Haji Shamsuddin Mohd Hassan
Ahli Jawatankuasa - Haji Zainal Abidin Abu Bakar
- Datin Nursiah Sulaiman
- Haji Abdul Latif Othman
- Indera Putera Ismail
- Mohd Sunawan Hj Md Som
- Haji Mohamad Hj Abd Rahman
- Haji Muhi Abdul Wahab
Pemeriksa Kira-Kira - Arif Jayos
- Karim Ujang

MANTAN PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA DALAM PBKF






Keputusan pemilihan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke 9 pada 26 April 2008 di Dewan Merak Kayangan Felda, telah memberi nafas baru kepada ahli-ahli yang terdiri dari bekas kakitangan Felda. Ini adalah kerana beberapa bekas pemimpin Kesatuan Sekerja Felda telah memenangi jawatan. Mereka adalah:-

1. Khairuddin bin Hassan (Setiausaha) - Bekas Bendahari Agung
2. Indera Putra bin Ismail (AJK) - Bekas Presiden
3. Mohd Sunawan bin Hj Md Som (AJK) - Bekas Timbalan Presiden
4. Mohamad bin Abdul Rahman (AJK) - Bekas Setiausaha Agung
5. Abdul Muhi bin Abd Wahab (AJK) - Bekas Ahli MJA

Mengikut laporan yang dikemukakan dalam Penyata Tahunan, jumlah keahlian terkini adalah seramai 2859 orang. Jumlah ini masih jauh berkurangan sekiranya dibandingkan dengan kakitangan yang telah bersara yang mungkin telah mencapai 8000 orang.

Pemilihan bekas pemimpin kesatuan sekerja ini menampakkan bahawa ahli-ahli mahukan PBKF memberi tumpuan kepada keperluan ahli serta mereka yang masih belum menjadi ahli. Mereka merasa bahawa jawatankuasa lama tidak dapat atau kurang memahami kehendak ahli atau tidak mendekatkan diri kepada golongan sasaran yang patut dibantu. Ini dapat dilihat dari cadangan pindaan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa PBKF dan dikemukakan kepada mesyuarat agung untuk perbahasan dan kelulusan. Diantaranya adalah cadangan hanya melantik Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Mereka yang dipilih ini pula berkuasa melantik 5 orang Jawatankuasa. Perkara seperti ini mungkin tidak pernah berlaku di dalam persatuan atau badan-badan sukarela. Mereka khuatir jawatan ini akan dimonopoli oleh bekas pegawai kanan sahaja. Selain dari itu, cadangan untuk menjadi ahli dengan memberi masa tidak melebihi 6 bulan selepas tarikh persaraan adalah satu cadangan yang tidak mesra kepada bakal ahli. Mereka sepatutnya memahami bahawa tidak semua bekas kakitangan mempunyai kefahaman dan faedah menyertai persatuan terutama kakitangan kumpulan rendah seperti boroh dan pemandu. Apa yang perlu iaialh PBKF mesti turun ke bawah dan pemerhatian serta keutamaan ditumpukan kepada golongan sasaran dari mereka yang berpendapatan serta menerima pencen yang kecil.

Keluhan dari bekas kakitangan mengenai proses penerimaan menjadi ahli sebelum ini dengan menolak sebahagian dari mereka telah menyebabkan ketidakpuasan hati. Diantaranya telah diluahkan di dalam mesyuarat kali ini dengan keadaan yang sedikit tegang tetapi dapat dikawal dengan penoh profesional oleh pengerusi mesyuarat iaitu Haji Jayos Pawiro. Cadangan meminda perlembagaan juga telah ditolak oleh ahli yang hadir dan mereka mahukan jawatankuasa baru menyediakan cadangan yang lebih baik sesuai dengan kehendak ahli dan bekas kakitangan Felda.

Semua ini menunjukkan suatu manifistasi yang lahir secara jujur dari mereka agar Persatuan tidak seumpama syarikat yang boleh ditadbirkan oleh pengarah-pengarahnya sahaja, sebaliknya ia hendaklah berperanan lebih jauh dari sekarang dengan memberi tumpuan kepada pesara yang sangat-sangat memerlukan bantuan dan sokongan.

Pengharapan mereka telahpun dilahirkan dalam mesyuarat ini. Soalnya ialah mampukan jawatankuasa baru dari bekas pemimpin kesatuan sekerja ini dengan diketuai oleh saudara Indera Putera Ismail menyelami hasrat dan memenuhi kehendak mereka?

MENGHADIRI MESYUARAT PBKF KALI KE 9





Setelah menunaikan solat subuh di rumah, isteriku menghantar ke Pejabat Felda Kawasan Johor Bahru. Di sana beberapa rakan sudahpun menunggu seperti Kak Timah (Fatimah Hamid)dan suaminya, Adnan, Raja Ismail, Othman (Man P2) dan Md Jati. Setelah beberapa rakan bekas Pegawai dan kakitangan Felda yang lain sampai, bas yang boleh muat 40 orang bertolak ke Kuala Lumpur melalui pekan Tiram, Kota Tinggi dan Kulai.

Seramai 39 orang berada di dalam bas iaitu setelah mengambil rakan di pekan Air Hitam. Di dalam bas, Haji Zainal Abidin Sulaiman yang menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menawarkan diri dan memegang jawatan. Sebaliknya, beliau mahukan ahli-ahli dari Johor memberi sokongan yang padu kepada sesiapa sahaja rakan yang bersedia dan sanggup memegang jawatan dan memberi perkhidmatan untuk ahli-ahli di Johor. Kak Timah dan Haji Ahmad Tumin (kedua-duanya diantara rakan yang banyak memberi khidmat dalam PBKF Johor) mencadangkan namaku untuk dicalunkan dalam pemilihan yang akan dijalankan. Nampaknya semua rakan-rakan di dalam bas bersetuju dan beberapa perbincangan telah dibuat mengenai beberapa perkara yang akan dibahaskan di dalam mesyuarat agung yang akan dijalankan. Aku telah diberi mandat untuk menjadi jurucakap.

Rombongan kami sampai di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Jalan Gurney, Kuala Lumpur kira-kira pada jam 12.30 tengahari dan terus mendaftar diri. Tujuh orang rakan lain yang menaiki kereta juga turut mendaftar. Di antara yang mendaftar dan bersama di dalam bas adalah Alif Sabikan, rakan yang pernah bersama sepejabat di Felda Ulu Tebrau. Aku sangat menghormatinya kerana dalam keuzurannya yang sedang menerima rawatan dialisis kerana kegagalan fungsi buah pinggang, beliau masih sanggup datang. Aku lihat beliau nampak uzur tetapi hati, azam dan semangatnya tidak uzur. Pastinya beliau mahu PBKF dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahli terutama mereka yang semakin tua dan uzur. Begitu juga dengan Syed Sulaiman, bekas Pengurus yang ketika ini berumur 81 tahun, masih sanggup bersama-sama dalam rombongan Johor. Di dewan mesyuarat juga aku dapati beberapa rakan dari negeri lain yang datang dalam keadaan uzur dan bertongkat. Ini sepatutnya memberi kesedaran kepada PBKF tentang betapa tingginya pengharapan ahli-ahli supaya Persatuan dapat memberi sumbangan dan perkhidmatan yang maksima.

Sesungguhnya kehadiran seramai 46 orang ahli dari Johor ini adalah hasil usaha yang bersungguh-sungguh dari rakan-rakan seperti Haji Zainal Abidin, Kak Timah, Haji Ahmad Tumin dan lain-lain. Cuma yang menjadi kemusykilan ialah kemana perginya rakan-rakan dari Kluang dan Segamat?

Apapun kehadiran kali ini jauh lebih baik dari kehadiran mesyuarat yang lalu yang dihadiri oleh hanya 5 orang wakil dari Johor.

Isnin, April 21, 2008

MELAWAT MAKAM WALISONGO






Perjalananku kali ini ke Jawa Tengah dan Jawa Timur membawa aku melawat kesan sejarah dan permakaman beberapa Walisongo (Sembilan Wali) yang dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. Kawasan ini adalah laluan perjalananku dari Surabaya ke Pati-Demak-Kudus-Malang-Surabaya.

Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga mempengaruhi kebudayaan masyarakat serta dakwah.

Walisongo berarti sembilan orang wali. Mereka adalah:

1. Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel
3. Sunan Giri
4. Sunan Bonang
5. Sunan Dradjad
6. Sunan Kalijaga
7. Sunan Kudus
8. Sunan Muria
9. Sunan Gunung Jati

Kesemua wali ini tidak hidup dalam waktu yang sama tetapi mereka mempunyai kaitan rapat seperti hubungan darah dan juga diantaranya adalah mempunyai hubungan guru dan murid.

Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua. Beliau mempunyai anak yang dikenali sebagai Sunan Ampel. Sunan Giri pula adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim yang bererti juga sepupu Sunan Ampel. Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak kepada Sunan Ampel. Sunan Kalijaga pula merupakan sahabat dan juga murid Sunan Bonang. Sunan Muria merupakan anak Sunan Kalijaga. Sunan Kudus juga murid kepada Sunan Kalijaga. Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan-Sunan yang lain kecuali Maulana Malik Ibrahim yang terlebih dahulu meninggal dunia. Kesemua mereka tinggal di pantai utara Pulau Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16 iaitu di tiga wilayah penting (Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah serta Cirebon di Jawa Barat). Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada zamannya. Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru seperti dalam bentuk kesehatan, bercocok tanam, perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan sehingga kepada pemerintahan. Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu. Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara. Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama tetapi ia juga merupakan pemimpin pemerintahan. Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah penyumbang karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga ke hari ini. Sementara Sunan Muria adalah pemimpin agama yang sangat rapat dengan rakyat jelata.

Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia terutama di Pulau Jawa. Mereka mempunyai peranan penting seperti Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit; Sunan Giri yang dianggap oleh kolonialis sebagai "paus dari Timur" serta Sunan Kalijaga telah mencipta karya kesenian dengan menggunakan gaya dan cara yang dapat difahami oleh masyarakat Jawa dengan tidak meninggalkan kebudayaan Hindu dan Budha.

Beberapa catatan mengenai kesemua wali ini adalah sebagaimana berikut:-

1. Maulana Malik Ibrahim:

Maulana Malik Ibrahim, atau Makdum Ibrahim As-Samarkandy diperkirakan lahir di Samarkand, Asia Tengah, pada paruh awal abad 14. Beliau meninggal dunia pada tahun 1419. Dikenali juga sebagai Syekh Magribi. "Kakek Bantal" adalah juga sebutan oleh penduduk Jawa. Ia bersaudara dengan Maulana Ishak, ulama terkenal di Samudra Pasai yang juga merupakan ayah dari Sunan Giri (Raden Paku). Ibrahim dan Ishak adalah anak dari seorang ulama Persia bernama Maulana Jumadil Kubro, yang menetap di Samarkand. Maulana Jumadil Kubro diyakini sebagai keturunan ke-10 dari Syayidina Husein iaitu cucu Nabi Muhammad SAW. Selama tiga belas tahun sejak tahun 1379 Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Campa atau sekarang dikenali Kamboja (Cambodia). Ia mempunyai seorang isteri dari putri raja dan mendapat dua orang anak iaitu Raden Rahmat yang dikenal sebagai Sunan Ampel dan Sayid Ali Murtadha atau Raden Santri.

Pada tahun 1392 iaitu setelah merasakan puas berdakwah di Kambodia, Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa meninggalkan dengan meninggalkan keluarganya. Terdapat beberapa versi yang menyatakan bahwa kedatangannya disertai oleh beberapa orang. Daerah yang dituju bagi pertama kali adalah Desa Sembalo, sebuah daerah yang masih berada dalam wilayah kekuasaan kerajaan Majapahit. Desa Sembalo kini adalah daerah Leran kecamatan Manyar iaitu sejauh 9 kilometer ke utara kota Gresik. Kegiatan pertama yang dilakukannya ketika itu adalah berdagang dengan cara membuka warung. Warung itu menyediakan keperluan harian dengan harga yang murah. Selain itu, beliau juga menyediakan diri untuk mengobati pesakit yang memerlukan bantuan secara percuma. Sebagai seorang tabib, ia pernah diundang untuk mengobati istri raja yang berasal dari Campa. Kemungkinan juga permaisuri tersebut masih bersaudara kepada istrinya. Selain itu, beliau yang juga dikenali sebagai Kakek Bantal telah mengajar cara-cara baru bercocok tanam. Ia merangkul masyarakat bawahan iaitu satu kasta yang disisihkan dalam masyarakat dan budaya Hindu. Misi pertama beliau sangat berjaya untuk mencari tempat di hati masyarakat yang ketika itu dilanda krisis ekonomi dan perang saudara. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1419, Maulana Malik Ibrahim sempat mendirikan tempat untuk pembelajaran agama di Leran. Jenazahnya dimakamkan di Desa Gapura, Gresik, Jawa Timur.

2. Sunan Ampel:

Sunan Ampel adalah anak sulung Maulana Malik Ibrahim. Nama asalnya adalah Raden Rahmat dan dilahirkan di Campa pada 1401 Masehi. Di daerah Ampel atau Ampel Denta, Surabaya (kota Wonokromo sekarang) adalah tempatnya bermukim dan menyibarkan agama Islam. Sunan Ampel datang ke Pulau Jawa pada tahun 1443 bersama adiknya iatu Sayid Ali Murtadho. Sebelum ke Jawa pada tahun 1440, mereka singgah dahulu di Palembang. Setelah tiga tahun di Palembang, mereka melabuh dan berhijrah ke daerah Gresik. Seterusnya mereka ke Majapahit untuk menemui ibu saudaranya, seorang putri dari Campa yang bernama Dwarawati. Ibu saudaranya ini telah dipersunting oleh salah seorang raja Majapahit beragama Hindu bergelar Prabu Sri Kertawijaya. Sunan Ampel menikah dengan putri seorang adipati di Tuban. Dari perkawinannya itu ia dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Diantaranya yang menjadi penerus tugas-tugas dakwah adalah Sunan Bonang dan Sunan Drajad. Ketika Kesultanan Demak iaitu 25 kilometer arah selatan kota Kudus hendak didirikan, Sunan Ampel turut bersama mendirikan kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa. Pada tahun 1475, Sunan Ampel telah mengesyurkan supaya Raden Fatah iaitu anak lelaki Prabu Brawijaya V (Raja Majapahit) untuk menjadi Sultan Demak.

Di Ampel Denta, daerah yang dihadiahkan oleh Raja Majapahit, ia membangun dan mengembangkan pondok pesantren. Pada pertengahan Abad 15, pesantren tersebut menjadi pusat pendidikan yang sangat berpengaruh di Nusantara. Di antara para santrinya adalah Sunan Giri dan Raden Fatah. Para santri tersebut kemudian berdakwah ke berbagai pelosok di Pulau Jawa dan Madura. Sunan Ampel menganut fikih mahzab Hanafi. Namun, pada para santrinya, ia hanya memberikan pengajaran sederhana yang menekankan akidah dan ibadah. Beliaulah yang mengenalkan istilah "Moh Limo" iaitu satu istilah dalam bahasa Jawa yang dimaksudkan sebagai "Tidak Mahu Lima Perkara" iaitu moh main (tidak bermain judi), moh ngombe (tidak meminum minuman keras), moh maling (tidak mencuri), moh madat (tidak mengguna dadah dan narkotik) dan moh madon (tidak berzina). Sunan Ampel meninggal dunia dan disemadikan di sebelah barat Masjid Ampel, Surabaya pada tahun 1481.

3. Sunan Giri:

Sunan Giri lahir di Blambangan pada tahun 1442. Memiliki beberapa nama panggilan iaitu Raden Paku, Prabu Satmata, Sultan Abdul Faqih, Raden 'Ainul Yaqin dan Joko Samudra. Ia dimakamkan di desa Giri, Kebomas, Gresik.

Terdapat beberapa silsilah Sunan Giri yang berbeza. Ada pendapat mengatakan ia adalah anak Maulana Ishaq, seorang mubaligh yang datang dari Asia Tengah. Maulana Ishaq diceritakan menikah dengan Dewi Sekardadu, iaitu putri dari Menak Sembuyu, penguasa wilayah Blambangan pada masa-masa akhir kekuasaan Majapahit. Pendapat lainnya menyatakan bahwa Sunan Giri juga merupakan keturunan Rasulullah SAW iaitu melalui keturunan Husain bin Ali, Ali Zainal Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja'far ash-Shadiq, Ali al-Uraidhi, Muhammad al-Naqib, Isa ar-Rummi, Ahmad al-Muhajir, Ubaidullah, Alwi Awwal, Muhammad Sahibus Saumiah, Alwi ats-Tsani, Ali Khali' Qasam, Muhammad Shahib Mirbath, Alwi Ammi al-Faqih, Abdul Malik (Ahmad Khan), Abdullah (al-Azhamat) Khan, Ahmad Syah Jalal (Jalaluddin Khan), Jamaluddin Akbar al-Husaini (Maulana Akbar), Maulana Ishaq, dan 'Ainul Yaqin (Sunan Giri). Umumnya pendapat tersebut adalah berdasarkan riwayat pesantren-pesantren Jawa Timur dan catatan nasab Sa'adah BaAlawi Hadramaut. Sunan Giri merupakan anak dari Maulana Ishaq, seorang mubaligh Islam dari Asia Tengah, dengan Dewi Sekardadu, putri Menak Sembuyu penguasa wilayah Blambangan pada masa-masa akhir Majapahit. Namun kelahirannya dianggap telah membawa kutukan berupa wabak penyakit di wilayah tersebut. Ia dipaksa untuk membuang anaknya, Dewi Sekardadu dengan menghanyutkannya ke laut. Kemudiannya, bayi tersebut dijumpai oleh sekelompok awak kapal (pelaut) dan dibawa ke Gresik. Di Gresik, dia diadopsi oleh seorang saudagar perempuan pemilik kapal iaitu Nyai Gede Pinatih dan dinamakan bayi tersebut sebagai Joko Samudra. Ketika dewasa, Joko Samudra dibawa ibunya ke Surabaya untuk belajar agama kepada Sunan Ampel. Apabila Sunan Ampel mengetahui latar belakang murid kesayangannya ini maka ia dihantar kepada Makdhum Ibrahim (Sunan Bonang), untuk mendalami ajaran Islam di Pasai. Mereka diterima oleh Maulana Ishaq yang tidak lain adalah ayah Joko Samudra. Di sinilah, Joko Samudra, yang ternyata bernama Raden Paku, mengetahui asal usul dan alasan mengapa dia dulu dibuang. Setelah tiga tahun berguru kepada ayahnya, Raden Paku atau lebih dikenal dengan Raden 'Ainul Yaqin kembali ke Jawa. Ia kemudian mendirikan sebuah pesantren giri di sebuah perbukitan di desa Sidomukti, Kebomas. Dalam bahasa Jawa, giri berarti gunung. Sejak itulah, ia dikenal masyarakat dengan sebutan Sunan Giri. Pesantren Giri kemudian menjadi terkenal sebagai salah satu pusat penyebaran agama Islam di Jawa, bahkan pengaruhnya sampai ke Madura, Lombok, Kalimantan, Sulawesi, dan Maluku. Pengaruh Giri terus berkembang sampai menjadi kerajaan kecil yang disebut Giri Kedaton, yang menguasai Gresik dan sekitarnya selama beberapa generasi sampai akhirnya ditumbangkan oleh Sultan Agung.

Terdapat beberapa karya seni tradisional Jawa yang sering dianggap mempunyai hubungkait dengan Sunan Giri, diantaranya adalah permainan-permainan anak seperti Jelungan, Lir-ilir dan Cublak Suweng serta beberapa gending (lagu instrumental Jawa) seperti Asmaradana dan Pucung.

4. Sunan Bonang:

Beliau adalah anak Sunan Ampel yang juga cucu Maulana Malik Ibrahim. Nama kecilnya adalah Raden Makdum Ibrahim. Dilahirkan pada tahun 1465. Ibunya bernama Nyi Ageng Manila, seorang puteri adipati di Tuban. Sunan Bonang belajar agama dari pesantren ayahnya di Ampel Denta. Setelah dewasa, ia berkelana untuk berdakwah di berbagai pelosok Pulau Jawa. Mula-mula ia berdakwah di Kediri, yang majoriti masyarakatnya beragama Hindu. Di sana ia mendirikan Masjid Sangkal Daha. Ia kemudian menetap di Bonang, di sebuah desa kecil di Lasem, Jawa Tengah sejauh 15 kilometer ke timur kota Rembang. Di desa itu ia membangun tempat pesujudan, zawiyah atau pesantren yang kini dikenali dengan nama Watu Layar. Ia kemudian dikenal pula sebagai imam resmi pertama Kesultanan Demak, bahkan sempat menjadi panglima tertinggi. Meskipun demikian, Sunan Bonang tidak pernah menghentikan kebiasaannya untuk berkelana ke daerah-daerah terpencil dan sukar untuk didakwahkan seperti di Tuban, Pati, Madura dan sehingga ke Pulau Bawean. Pada tahun 1525 beliau meninggal dunia di Pulau Bawean. Jenazahnya dimakamkan di Tuban iaitu di sebelah barat Masjid Agung. Sebelumnya, masyarakat Bawean dan Tuban telah berebutan jenazah. Sunan Bonang tidak seperti Sunan Giri yang memfokuskan fikih, ajaran Sunan Bonang memadukan ajaran ahlussunnah bergaya tassauf dan garis salaf ortodoks. Ia menguasai ilmu fikih, usuludin, tassauf, seni, sastra dan arkitektur. Masyarakat juga mengenal Sunan Bonang sebagai seorang yang mahir mencari sumber air di tempat-tempat gersang. Ajaran Sunan Bonang berintikan pada filsafah 'cinta' ('isyq). Ia sangat mirip dengan kecenderungan Jalalludin Rumi. Mengikut Sunan Bonang, cinta bersama iman, pengetahuan intuitif iaitu makrifat dan kepatuhan kepada Allah SWT atau haq al yaqqin. Ajaran tersebut disampaikannya secara popular melalui media kesenian yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, Sunan Bonang bekerjasama dan bersama dengan Sunan Kalijaga iaitu murid kesayangannya. Sunan Bonang banyak melahirkan karya sastra berupa suluk atau tembang tamsil. Salah satunya adalah "Suluk Wijil" yang banyak dipengaruhi kitab Al Shidiq karya Abu Sa'id Al Khayr (wafat pada 899). Suluknya banyak menggunakan tamsil cermin, bangau atau burung laut. Sebuah pendekatan yang juga digunakan oleh Ibnu Arabi, Fariduddin Attar, Rumi serta Hamzah Fansuri. Sunan Bonang juga menggubah gamelan Jawa yang saat itu kental dengan estetika Hindu, dengan memberi gaya dan nafas baru. Dialah yang menjadi pencipta gamelan Jawa seperti sekarang, dengan menambahkan instrumen bonang. Gubahannya ketika itu memiliki dzikir yang mendorong kecintaan pada kehidupan alam malakut. Salah satu karya Sunan Bonang adalah "Tombo Ati". Dalam pentas wayang kulit, Sunan Bonang adalah dalang yang sangat digemari penontonnya. Kegemarannya adalah menggubah lakon dan memasukkan tafsir-tafsir khas Islam. Kisah perseteruan Pandawa-Kurawa ditafsirkan oleh Sunan Bonang sebagai peperangan antara penafian dan 'isbah atau peneguhan iman.

5. Sunan Drajad:

Sunan Drajat dilahirkan pada tahun 1470. Namanya semasa kecil adalah Raden Qasim, kemudiannya digelar Raden Syarifudin. Dia yang terkenal dengan kecerdasannya adalah anak dari Sunan Ampel dan bersaudara dengan Sunan Bonang. Sunan Drajat mendirikan pesantren Dalem Duwur di desa Drajat, Paciran, Lamongan.

Setelah menguasai pelajaran dalam bidang agama islam, beliau menyebarkannya di desa Drajad di kecamatan Paciran. Tempat ini diberikan oleh kerajaan Demak. Ia digelar Sunan Mayang Madu oleh Raden Patah pada tahun 1442/1520 masehi. Makam Sunan Drajat boleh ditemui atau dilawati dari Surabaya ataupun Tuban melalui Jalan Dandeles (Anyer - Panarukan), dan boleh juga melalui Lamongan.

Setelah pelajaran Islam dikuasai, beliau me­ngambil tempat di Desa Drajat wilayah Kecamatan Paciran Kabupaten Daerah Tingkat II Lamongan sebagai pusat kegiatan dakwahnya. Beliau menguasai kerajaan Demak selama 36 tahun.

Sebagai Wali penyebar Islam yang terkenal, beliau sangat perihatin dengan rakyat miskin dengan terle­bih dahulu mengusahakan kesejahteraan sosial dan seterusnya memberikan pemahaman tentang ajaran Islam. Motivasinya lebih ditekankan pada etos kerja keras, menderma dan sedekah bagi membenteras kemiskinan dan menciptakan kemakmuran. Usahanya kearah itu menjadi lebih mudah kerana Sunan Drajat memperoleh kekuasaan untuk mengatur wilayahnya yang mempu­nyai otonomi.

Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaannya menyebarkan agama Islam dan usahanya membasmi kemiskinan dengan menciptakan kehidupan yang makmur bagi warganya, beliau diberi gelaran Sunan Mayang Madu dari Raden Patah, Sultan Demak I pada tahun 1442 atau 1520 Masehi.

6. Sunan Kalijaga:

Sunan Kalijaga adalah "wali" yang paling banyak disebut oleh masyarakat Jawa. Dilahirkan pada tahun 1450 dari bapanya yang bernama Arya Wilatikta iaitu Adipati Tuban berketurunan dari tokoh pemberontak Majapahit, Ronggolawe. Ketika itu Arya Wilatikta telah menganut agama Islam. Nama semasa kecil Sunan Kalijaga adalah Raden Said. Ia juga memiliki sejumlah nama panggilan seperti Lokajaya, Syekh Malaya, Pangeran Tuban atau Raden Abdurrahman. Terdapat berbagai versi mengenai asal-usul nama Kalijaga yang digunakannya. Masyarakat Cirebon berpendapat bahwa nama itu berasal dari dusun Kalijaga di Cirebon. Sunan Kalijaga memang pernah bermukim di Cirebon dan bersahabat erat dengan Sunan Gunung Jati. Kalangan Jawa mengaitkannya dengan kesukaan wali ini untuk berendam di sungai (kali) atau "jaga kali". Namun ada yang menyebut istilah itu berasal dari bahasa Arab "qadli dzaqa" yang menunjukkan statusnya sebagai "penghulu suci" kesultanan. Semasa hidupnya Sunan Kalijaga mencapai umur lebih dari 100 tahun. Dengan demikian ia mengalami masa akhir kekuasaan Majapahit yang berakhir pada tahun 1478, Kesultanan Demak, Kesultanan Cirebon dan Banten, bahkan juga Kerajaan Pajang yang lahir pada 1546 serta awal kehadiran Kerajaan Mataram dibawah pimpinan Panembahan Senopati. Ia ikut pula merancang pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak. Tiang "tatal" (pecahan kayu) yang merupakan salah satu dari tiang utama masjid adalah kreasi Sunan Kalijaga. Dalam dakwah, ia mempunyai pola yang sama dengan Sunan Bonang, mentor yang juga sahabat karibnya. Fahaman keagamaannya cenderung kepada "sufistik salaf" dan bukan sufi panteistik iaitu pemujaan semata. Ia juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai cara untuk berdakwah dan sangat bersesuaian dengan budaya tempatan. Ia berpendapat bahwa masyarakat akan menjauhkan diri jika diserang dengan pendirian dan pegangannya. Maka mereka harus didekati secara beransur-ansur iaitu mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah difahami, dengan sendirinya kebiasaan lama akan hilang. Maka ajaran Sunan Kalijaga sangat berkesan. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai cara berdakwah. Dialah pencipta Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, lakon wayang Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton dan masjid diyakini sebagai karya Sunan Kalijaga. Cara berdakwah tersebut sangat efektif. Sebagian besar adipati di Jawa memeluk Islam melalui Sunan Kalijaga. Di antaranya adalah Adipati Padanaran, Kartasura, Kebumen, Banyumas, serta Pajang (sekarang dikenali Kotagede Yogya). Jenazah Sunan Kalijaga dimakamkan di Kadilangu iaitu di selatan Demak.

7. Sunan Gunung Jati:

Sunan Gunong Jati dilahirkan pada tahun 1448. Ibunya adalah Nyai Rara Santang iaitu putri dari raja Pajajaran, Raden Manah Rarasa. Ayahnya pula adalah Sultan Syarif Abdullah Maulana Huda, pembesar Mesir berketurunan Bani Hasyim dari Palestin. Syarif Hidayatullah mendalami ilmu agama sejak berusia 14 tahun dari para ulama Mesir. Ia sempat berkelana ke berbagai negara. Setelah berdirinya Kesultanan Bintoro di Demak, dan atas restu kalangan ulama lain, ia mendirikan Kasultanan Cirebon yang juga dikenal sebagai Kasultanan Pakungwati. Begitupun banyak kisah yang tidak munasabah yang telah dikaitkan dengan Sunan Gunung Jati. Diantaranya adalah bahwa ia pernah mengalami perjalanan spiritual seperti Isra' Mi'raj dan bertemu dengan Rasulullah SAW, bertemu Nabi Khidir dan menerima wasiat Nabi Sulaeman. Semuanya hanya mengisyaratkan kekaguman masyarakat masa itu pada Sunan Gunung Jati.

Sunan Gunung Jati adalah satu-satunya "wali songo" yang memimpin pemerintahan. Sunan Gunung Jati menggunakan pengaruhnya sebagai putra Raja Pajajaran untuk menyebarkan agama Islam dari pesisir Cirebon ke pedalaman Pasundan atau Priangan. Dalam berdakwah, ia menganut kecenderungan Timur Tengah. Namun ia juga mendekati rakyat dengan membangunkan infrastruktur seperti jalan-jalan yang menghubungkan antara wilayah. Bersama dengan anaknya yang bernama Maulana Hasanuddin, Sunan Gunung Jati juga melakukan ekspedisi ke Banten. Beliau diterima sebagai bakal Kesultanan Banten. Sebaliknya pada usia 89 tahun, Sunan Gunung Jati mengundurkan diri dari jawatan yang dipegangnya dan hanya ingin meneruskan dakwah sahaja. Kekuasaan itu diserahkannya kepada Pangeran Pasarean. Pada tahun 1568 Sunan Gunung Jati meninggal dunia di Cirebon pada usia 120 tahun. Ia dimakamkan di daerah Gunung Sembung, Gunung Jati, 15 kilometer sebelum memasuki kota Cirebon dari arah barat.

8. Sunan Kudus:

Namanya senasa kecil adalah Jaffar Shadiq. Beliau adalah anak dari pasangan Sunan Ngudung dan Syarifah iaitu adik Sunan Bonang, anak Nyi Ageng Maloka. Disebutkan bahwa Sunan Ngudung adalah salah seorang putra Sultan di Mesir yang berkelana hingga di Jawa. Di Kesultanan Demak, ia pun diangkat menjadi Panglima Perang. Sunan Kudus banyak berguru pada Sunan Kalijaga. Kemudian ia berkelana ke berbagai daerah tandus di Jawa Tengah seperti Sragen, Simo hingga ke Gunung Kidul. Cara berdakwahnya juga meniru pendekatan Sunan Kalijaga yang sangat toleran pada budaya setempat. Cuma cara penyampaiannya lebih halus. Inilah yang menyebabkan para wali yang lain meminta beliau berdakwah ke Kudus yang dikatakan sangat sukar untuk ditembusi. Gaya dan caraa Sunan Kudus mendekati masyarakat Kudus adalah dengan memanfaatkan simbol-simbol Hindu dan Budha. Hal ini dapat dilihat dari arkituktur masjid Kudus. Bentuk menara, gerbang dan pancuran untuk berwudhu yang melambangkan delapan jalan Budha iaitu satu pendekatan dan kompromi oleh Sunan Kudus. Suatu ketika ia memancing masyarakat untuk pergi ke masjid mendengarkan dakwahnya dengan cara ia sengaja menambatkan lembunya yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Penganut Hindu sangat mengagungkan lembu, menjadi simpati. Apalagi setelah mereka mendengar penjelasan Sunan Kudus tentang surat Al-Baqarah yang bererti "Lembu Betina". Sehingga kini, sebahagian masyarakat tradisional Kudus, masih menolak untuk menyembelih lembu. Sunan Kudus juga menggubah cerita-cerita ketauhidan. Kisah tersebut disusunnya secara bersiri, sehingga masyarakat tertarik untuk mengikuti kisah selanjutnya. Inilah satu pendekatan yang nampaknya seperti memasukkan cerita 1001 malam dari Khalifah Abbasiyah. Begitulah cara Sunan Kudus mengikat masyarakat. Sebagaimana ayahnya, ia juga pernah menjadi Panglima Perang Kesultanan Demak. Ia ikut sama berperang di Demak diantara Sultan Prawata melawan Adipati Jipang iaitu Arya Penangsang.

9. Sunan Muria:

Sunan Muria adalah anak kepada Dewi Saroh iaitu adik kandung Sunan Giri yang juga merupakan anak Syekh Maulana Ishak, dengan Sunan Kalijaga. Nama kecilnya adalah Raden Prawoto. Nama Muria diambil dari tempat tinggal terakhirnya di lereng Gunung Muria iaitu 18 kilometer ke utara kota Kudus. Gaya berdakwahnya banyak mengambil cara ayahnya iaitu Sunan Kalijaga. Begitupun, perbezaan dengan ayahnya adalah Sunan Muria lebih suka tinggal di daerah sangat terpencil dan jauh dari pusat kota untuk menyebarkan agama Islam. Beliau bergaul dengan rakyat jelata, sambil mengajarkan cara bercocok tanam, berdagang dan menjadi nelayan adalah kesukaannya. Sunan Muria seringkali dijadikan pula sebagai orang tengah dalam sebarang konflik di Kesultanan Demak (1518-1530), Ia sangat dikenali dengan mempunyai kepribadian yang mampu memecahkan berbagai masalah walaupun ia sangat rumit. unan Muria berdakwah dari Jepara, Tayu, Juana hingga sekitar Kudus dan Pati. Salah satu hasil dakwahnya adalah melalui seni iaitu dari lagu Sinom dan Kinanti .

TANAMAN BUNGA, APPLE & STRAWBERRY






Kami terpaksa mengubah jadual perjalanan dari Kabupaten Pati ke Surabaya kerana ingin melawat kawasan berbukit bukau yang berhawa dingin di kawasan Malang. Mas Mamat, supir yang memandu mobil Kijang Super mencadangkan kami ke Kusuma Agrowisata di Kota Batu, Malang. Setelah menunaikan solat maghrib di salah sebuah masjid di Malang, kami terus menikmati makan malam di restoran masakan Sunda di Kota Batu. Masakannya sedap dan menyelerakan dengan harga berpatutan.

Sewaktu menikmati makanan, aku menghubungi Haji Alimat dengan menggunakan handphone (dalam bahasa Indonesia disebut telfon genggam). Ketika itu beliau juga sedang berada di Kota Batu dan menginap di rumah sesebuah yang dijadikan rumah tumpangan, harganya agak murah sekitar RM40. Hotel yang kami dapat adalah sebuah hotel yang agak lama. Hotel dan rumah tumpangan di sini tidak dilengkapkan dengan penghawa dingin (AC - sebutannya Ai Sei) kerana cuaca di luar agak dingin. Aku sukar melelapkan mata kerana kedengan beberapa gangguan bunyi di luar bilik dan juga deringan telefon. Haji Mohd Said pula mengatakan ia kepanasan.

Sarapan kami yang disediakan oleh hotel adalah nasi goreng yang dihantar ke bilik. Kami terus mengelilingi Kota Batu yang begitu bersih dan indah sebelum ke Kusuma Agrowisata Hotel Resort and Convention untuk melihat tanaman apple, limau dan strawberry. Kami adalah kumpulan pertama yang sampai ke projek wisata atau pelancongan ini yang mempunyai keluasan 35.5 hakter. Kawasan ini dilengkapkan dengan hotel, kemudahan sukan rekreasi dalam dan luar dewan. Untuk memasuki kawasan tanaman, pengunjung dikehendaki membeli tiket. Kawasan tanaman yang ada di sini adalah apple, limau manis, strawberry, buah naga, sayur-sayuran hidroponik serta tanaman bunga hiasan. Pengunjung juga akan dapat menikmati makanan dan minuman yang diperbuat dari buah-buahan seperti sari apple, limau, puding strawberry dan lain-lain. Sekitar kawasan tanaman juga terdapat binatang di dalam kandang seperti berbagai jenis ayam dari seluruh dunia. Kami juga dibenarkan memetik buah-buahan untuk dimakan dan dibawa balik dengan had yang dibenarkan adalah empat biji bagi setiap orang.

Keindahan pegunungan di sini sangat indah terutama di waktu pagi dengan kawasan bersih Kota Batu. Sebagai kota yang dikelilingi pegunungan menjadikan Kota Batu sebagai daerah yang berhawa sejuk dan mempunyai tanah yang subur, ratusan jenis tanaman dan buah-buahanan, kota batu juga merupakan salah satu daerah yang mempunyai tujuan pelancongan di Indonesia.

PEMBUATAN GARAM LAUT




Selepas singgah di Masjid Agung Demak dan makan siang di sebuah rumah makan (restoran) nasi padang yang aku rasa hanya untuk makan kerana masa pun agak lewat, Hussin membawa kami ke pasar membelibelah di Kudus. Barangan agak murah seperti di Pasar Tanah Abang, Jakarta. Banyak barangan untuk jualan glosir (borong). Hussin menyatakan disinilah tempatnya membeli barangan untuk dijual dikedainya. Aku membeli songkok dan isteri mencari kain tudung dan telekong. Haji Mohd Said membawa balik belangkon (songkok Jawa diperbuat dari kain batik). Isteriku melarang aku membeli belangkon. Dia tak akan berjalan beriringan denganku kiranya aku memakai belangkon! Katanya mana ada songkok atau topi yang ada "buah" di belakangnya, dia geli geleman.

Malamnya kami bermalam di sebuah hotel di Pati. Berpisahlah kami dengan Hussin dan beliau dihantar pulang oleh Mamat. Shopping lagi malam itu di Pati dan barangan yang dibeli adalah untuk Syafikah, Dini dan Danish.

Selepas sarapan pagi di hotel, kami meneruskan perjalanan menghala ke tanah tinggi di Malang. Kami diberitahu kawasan ini agak sejuk seperti di Bandung dan terdapat tanaman apple serta strawbarry.

Di dalam perjalanan menyusuri jalan pantai utara, banyak pemandangan penternakan ikan dan pembuatan garam. Kami mengambil kesempatan berhenti untuk melihat sendiri bagaimana garam dihasilkan. Kami sempat berjumpa dengan petani garam dan diberitahu bahawa garam hanya dapat dihasilkan sekali sahaja setahun iaitu pada setiap bulan Jun. Pada waktu yang lain, kolam tempat pembikinan garam akan digunakan untuk menternak ikan. Pada bulan Jun dan Julai merupakan musim yang sangat sesuai kerana musim panas dan hujan yang kurang.

Pantai utara Pulau Jawa adalah sangat sesuai kerana pantainya tidak mempunyai sungai yang banyak dan ia mempunyai kadar garam yang tinggi. Ia juga berkaitan dengan kelembaban udara, tiupan angin, serta panjangnya waktu musim kemarau. Sebab itu, bagi semua pantai di Malaysia, ia sangat tidak sesuai kerana banyak sungai dan curahan hujan yang cukup tinggi yang menyebabkan kadar garam yang rendah.

Difahamkan kawasan produksi garam adalah dari Jawa Timur yang boleh mengeluarkan sekitar 52 persen garam nasional untuk Indonesia.

Pembuatan garam agak mudah dengan mengalirkan semula air laut ke petak-petak yang telah tersedia. Dengan bantuan sinar matahari, air laut akan menguap dan meninggalkan kristal-kristal garam. Kristal garam tersebut biasa disebut garam krosok. Setelah menjadi garam krosok, para petani itu lalu mengumpulkannya di pondok. Garam yang terkumpul akan memutih di bahagian bawah dan segala kotoran akan berada di sebelah atas longgokan.

Pembuatan garam memerlukan waktu seminggu, dengan matahari bersinar terang. Akan tetapi, bila cuaca mendung pembuatannya memerlukan waktu lebih lama sehingga mencapai sepuluh hari.

Begitupun, beberapa masalah untuk menghasilkan garam biasanya disebabkan ketidakpastian musim kering atau kemarau. Selain dari itu air pasang di pantai utara juga boleh menyebabkan puluhan hektar tambak menjadi rosak walaupun mungkin tambak-tambak tersebut sudah menghasilkan kristal-kristal garam yang masih muda.

Musim kemarau yang tidak pasti dan terjadinya air pasang merupakan kesan dari pemanasan global yang kini mulai memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dunia. Masalah itu masih akan terus terjadi pada waktu mendatang dan ia harus ditangani supaya ia tidak memberi kesan yang besar kepada pengusaha garam laut.

Masalah lain adalah saluran air penghubung laut yang dangkal juga boleh mengakibatkan produktiviti menjadi susut. Di pantai utara pulau Jawa, saluran-saluran sepanjang laut menuju tambak sebenarnya selalu didalamkan oleh petani garam sendiri dengan tidak menggunakan sebarang mesin. Biasanya lumpur yang dibawa dari laut akan menyebabkan saluran menjadi cetek. Ini menyebabkan air laut sukar untuk memasuki kawasan petak-petak pengeringan.

Masalah lain yang sangat klasik ialah petani garam menghadapi permainan harga oleh orang tengah menjelang waktu penuaian garam. Harga garam pada waktu biasa adalah sekitar 200 rupiah bagi setiap kilo. Bagaimanapun, pada masa penghasilan garam pada bulan Jun dan Julai, ia boleh menurun sehingga ke 50 rupiah bagi setiap kilo.

Ramai orang tidak mengetahui bahawa sari air laut dari pembuatan garam ini dapat menurunkan kolesterol dan mencegah osteoporosis. Sari air laut ini adalah dari penguapan atau mendapan air laut di dalam pembuatan garam. Biasanya pembuat garam hanya menjadikannya sebagai bibit untuk membuat garam ulang atau mungkin sisanya dibuang ke laut. Di Jepun ia dijual cukup mahal dengan harga 9.9 dolar untuk setiap 200 mililiter.

Berita terkini menyebut bahawa penghasilan air garam ini boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah, mengganti kulit-kulit yang rusak, mencegah osteoporosis hingga menguatkan otot jantung.

Di Jepun, air garam ini disebut sebagai air nigari atau bittern yang dapat digunakan untuk berbagai keperluan tidak hanya untuk kesehatan tapi juga untuk bahan pembuat tofu, yakni tahu Jepun. Kandungan mineral yang terdapat dalam sari air laut ini adalah mineral-mineral seperti magnesium sulfat (MgS04), Natrium Chlorida (NaCl), Magnesium Chlorida (MgCl2) dan Kasium Chlorida (KCl).

Meskipun banyak yang memandang penghasilan garam dengan sebelah mata dan tidak mempunyai nilai bisnis, tetapi pada kenyataannya ialah hasil mendapan air laut ini mempunyai erti yang besar dalam kehidupan manusia. Ada ungkapan seperti 'sayur tanpa garam' akan menjadikan sayur sebagai makanan tanpa garam akan terasa hambar. Garam, harus diakui bahwa ia adalah komoditi yang multifungsi.

MASJID AGONG DEMAK



Melawat Mesjid Agung Demak seakan satu perkara wajib apabila kita berada di Jawa Tengah terutama di sekitar Semarang. Kesempatan ini tidak aku sesiakan kerana Haji Mohd Said dan isterinya bersungguh-sungguh untuk ke sana. Anaknya yang bernama Halim sepatutnya mengikut sama untuk tujuan ini. Ia berpesan supaya ibu bapanya dapat pergi dan membawa pesanan wang untuk didermakan ke masjid ini. Haji Mohd Said pernah datang sebelum ini bersama Dato' Wahid Dahlan, mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru. Aku sendiri sudah beberapa kali. Cuma aku tak berapa selesa dengan pengamen (orang yang meminta-minta), penjaga kasut dan penjual buku-buku yang boleh mengganggu konstrasi semasa mengabid diri di masjid.

Aku dapat menunaikan solat berjemaah bersama Haji Mohd Said dan sujud syukur atas kenikmatan yang diberi oleh Allah Swt sehingga aku dapat menunaikan solat di masjid agung ini. Isteriku dan Habsah (isteri Haji Mohd Said) juga tidak melepaskan peluang bersolat di sini.

Sedikit catatan mengenai masjid agung ini adalah sebagaimana berikut:-

Masjid Agung Demak adalah sebuah masjid yang tertua di Indonesia. Masjid ini terletak di Desa Kauman, Demak, Jawa Tengah. Masjid ini dipercayai pernah merupakan tempat berkumpulnya para ulama (wali) penyebar agama Islam yang disebut juga Walisongo. Mereka sering berbincang mengenai penyebaran agama Islam khususnya di Tanah Jawa. Individu utama yang membangun masjid ini adalah Raden Fatah, iaitu raja pertama dari Kesultanan Demak.

Masjid ini mempunyai bangunan-bangunan induk dan serambi. Bangunan induk memiliki empat tiang utama sebesar pemeluk yang disebut saka guru. Bangunan serambi merupakan bangunan terbuka. Atapnya berbentuk limas yang ditopang dengan lapan tiang yang disebut Saka Majapahit.

Empat tiang seri rumah ibadat itu sudah diganti dengan kayu baru. Tiang lama tidak dibuang begitu saja kerana ia mempunyai nilai sejarah. Tiang dan serpihan kayu asal Masjid Agung Demak diletakkan di tepi masjid dengan catatan lengkap mengenai sejarah bagi memudahkan pelancong.

Di dalam lokasi kompleks Masjid Agung Demak, terdapat beberapa makam raja-raja Kesultanan Demak dan para pembantunya. Di sana juga terdapat sebuah museum, yang berisi dengan berbagai hal mengenai sejarah bagaimana terdbangunnya Masjid Agung Demak.

Masjid ini menjadi monumen hidup penyebaran Islam di Nusantara. Walisonga (Wali Sembilan) sebagai penyebar ajaran Islam bersama-sama masyarakat Islam ketika itu bekerjasama mendirikan masjid. Sultan Demak (Raden Fatah) dan Sunan Kalijaga mengetuai pembangunan masjid.

Masjid Agung Demak didirikan dalam tiga tahap. Tahap pembangunan pertama adalah pada tahun 1466. Ketika itu masjid ini masih berupa bangunan Pondok Pesantren Glagahwangi di bawah asuhan Sunan Ampel. Pada tahun 1477, masjid ini dibangun semula sebagai masjid Kadipaten Glagahwangi Demak bermula pada hari Jumaat (perkiraan Jawa adalah pada hari Jumaat Legi) 1 Zulkaedah, Tahun 1478, ketika itu Raden Fatah dilantik sebagai Sultan I Demak, masjid ini direnovasi dengan penambahan tiga peringkat. Raden Fatah bersama Walisongo memimpin proses pembangunan masjid ini dengan dibantu masyarakat sekitar.

Para wali telah membuat pembahagian pekerjaan. Soko guru yang menjadi tiang utama penyangga masjid dikerjakan para wali. Empat wali memimpin pembuatan soko guru. Sunan Kalijaga mengetuai membuat soko guru di bagian timur laut, Sunan Bonang membuat soko guru di bagian barat laut, Sunan Ampel membuat soko guru di bagian tenggara dan Sunan Gunungjati membuat soko guru sebelah barat daya. Soko guru yang dibuat Sunan Kalijaga memiliki cerita tersendiri di masyarakat, kononnya soko guru yang tingginya tiga meter dengan garis tengah 1.45 meter tidak sama panjang sehingga perlu dibuat penyambungan.

Sunan Kalijaga yang bertanggungjawab membuat soko guru di timur laut menyusun sisa-sisa kayu yang diikat menjadi satu agar keempat soko guru menjadi sama panjang. Soko guru yang dikenal sebagai soko tatal (tatal dalam bahasa Jawa adalah serpihan dari kayu yang diketam atau ditakek) menjadi legenda masyarakat hingga sekarang.

Menurut cerita mitos sejarah Jawa, masjid yang dibina oleh para Walisongo ini berjaya disiapkan dalam satu malam saja.

Masjid ini spernah diperbetulkan arah kiblatnya oleh Sunan Kalijaga atau lebih dikenali RM Syahid, seorang wali yang mempunyai jiwa mantap, pejuang, pemimpin, mubaligh serta pujangga. Beliau adalah putera Raden Sahur Temenggung Wilatikya.

Masjid Agung Demak keluasan keseluruhan berukuran 31 x 31 meter persegi, serambi berukuran 31 x 15 meter dengan panjang keliling 35 x 2.35 meter, tatak rambat ukuran 25 x 3 meter dan ruang tempat diletakkan bedok berukuran 3.5 x 2.5 meter. Keseluruhan bangunan ditopang oleh 128 soko, empat diantaranya adalah soko guru yang menjadi penyangga utama bangunan masjid. Jumlah tiang penyangga masjid 50 buah, sebanyak 28 penyangga serambi dan 34 tiang penyangga tatak rambat, sementara tiang keliling sebanyak 16 buah.

Masjid Agung Demak yang berdiri di tengah kota menghadapkan halaman luas, diyakini oleh masyarakat Islam sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan. Berdasarkan pola pembangunan kota-kota di Jawa yang diawali dari Dinasti Demak Bintoro, ianya menjadi satu kesatuan antara masjid, kraton (istana) dan mereka yang mengharapkannya termasuk penduduk setempat. Bekas kraton Demak Bintoro terletak di sebelah selatan iaitu tidak jauh dari kawasan lapang dan Masjid Agung Demak sekarang.

Bangunan masjid ini banyak mengalami pembaikan dan pemugaran. Pembangunan terakhir adalah pada tahun 1987 atas bantuan kewangan dari pemerintah dengan kos 688 juta rupiah. Bantuan juga diterima dari negara-negara anggota Organisasi Konferensi Islam (OIC) termasuk Saudi Arabia dan negara-negara di Jazirah Arabia termasuk Turki, Malaysia dan Brunei Darussalam. OIC mengakui bahawa Masjid Agung Demak adalah sebagai monumen bagi masyarakat Islam yang memiliki ciri-ciri arkitek pada zamannya iaitu masyarakat Islam Nusantara. Ia sangat berbeza dengan bangunan masjid di Jazirah Arabia yang menggunakan kubah. Masjid Agung Demak menggunakan atap bersusun tiga berbentuk segitiga sama kaki, kononnya setiap bahagian mempunyai makna yang tersirat dari bentuk-bentuk yang wujud.

Atap bersusun tiga menjadi lambang bagi setiap orang yang beriman dimulai dari tingkat mukmin, muslim dan muhsin atau iman, islam dan ihsan. Begitu juga dengan lima buah pintu yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian yang lain yang diharapkan akan mengingatkan setiap manusia dengan adanya rukun Islam yang lima iaitu syahadah, solat, puasa, zakat dan haji. Sementara enam jendelanya pula melambangkan rukum iman iaitu percaya kepada Allah SWT, percaya kepada rasul-rasulNya, percaya kepada kitabNya, percaya kepada malaikatNya, percaya akan datangnya kiamat serta percaya akan qada' dan qadar.

Di tepi masjid ini masih terdapat kolam yang dijadikan tempat mengambil wuduk. Di dalam kolam ada barisan batu yang dijadikan pengalas kaki ketika berwuduk. Airnya sungguh jernih. Pihak pengurusan masjid membuat pagar sekeliling kolam kerana ia tidak lagi digunakan untuk tempat berwuduk. Kolam air ini menghubungkan bahagian luar dan dalam masjid. Selain diharapkan sebagai cara untuk mensucikan diri, ia juga melambangkan agar masyarakat selalu membersihkan diri dari berbagai kekotoran yang biasanya melekat di dalam diri dan hati.

Bentuk bangunan atap yang bersusun-susun hanya terdapat di kepulauan Nusantara. Bentuk atap bersusun ini terdapat di seluruh pelosok tanah air mulai dari Aceh hingga Maluku. Bentuk bangunan yang berbeza dengan umumnya masjid di berbagai negara, akan diikuti bentuk-bentuk masjid kontemporori yang tidak menggunakan kubah sebagai cirinya.

Bentuk bangunan Masjid Agung Demak yang berbeda dari kelaziman zaman itu merupakan hasil ijtihad, selain ia adalah hasil pemikiran arkitek tempatan. Bentuk bangunan itu lebih banyak menggunakan bahan dari kayu yang banyak terdapat dipersekitaran. Ia sangat berbeza dengan bangunan yang menggunakan semen dan bahan campuran lain yang akan menghasilkan bentuk bulat dengan lengkung-lengkung dan sebagainya. Begitu juga dengan bahagian interior yang menggunakan bahan dari kayu kayan.

Di kawasan Masjid Agung Demak ini terdapat sejumlah barangan peninggalan bersejarah seperti Saka Tatal, Dhampar Kencana, Saka Majapahit dan Maksurah. Selain itu, terdapat komplek makam sultan-sultan Demak dan para pembantunya yang terbahgi kepada empat bahagian:

Pertama: Makam Kasepuhan (Sultan, Raden atau Raja) yang terdiri atas 18 makam, yang di antara lain adalah makam Sultan Demak I (Raden Fatah) beserta istri-istri dan putra-putranya iaitu Sultan Demak II (Raden Pati Unus) dan Pangeran Sedo Lepen (Raden Surowiyoto) serta makam putra Raden Fatah iaitu Adipati Terung (Raden Husain).

Kedua: Makam Kaneman yang terdiri atas 24 makam, di antara lain adalah makam Sultan Demak III (Raden Trenggono), makam istrinya, dan makam putranya iaitu Sunan Prawoto (Raden Hariyo Bagus Mukmin).

Ketiga: Makam di sebelah barat Kasepuhan dan Kaneman, yang terdiri atas makam Pangeran Arya Penangsang, Pangeran Jipang, Pangeran Arya Jenar dan Pangeran Jaran Panoleh.

Keempat: Makam lainnya adalah seperti makam Syekh Maulana Maghribi, Pangeran Benowo dan Singo Yudo.

DESA PEKALONGAN, KECEMATAN WINONG, PATI






KELUARGA PAK SUKEIMI DI JAMBI

MELAWAT PERMAKAMAN

SEPUPU BAPAK DI DESA PEKALONGAN

KELUARGA PAK ASBIN



KELUARGA MBOK SUPI DAN PAK YUNUS



KELUARGA MBOK DASIH





ADIK SEPUPU MENJADI ANAK





Aku dan isteriku memanggilnya Hussin. Nama sebenarnya adalah Husaini. Bapanya bernama Asbin iaitu adik bapak berlainan ibu yang juga adik kepada ibu bapakku (Pawitah Binti Haji Hassan Mujarrot). Maknanya dia adalah sepupu waris. Pada tahun 1997 aku membawanya ke Johor Bahru. Ketika itu mungkin dia berumur 22 tahun. Kelulusannya dari Sekolah Menengah Agama dan pesantren. Dia berkebolehan membaca ayat-ayat Al-Quran dengan berlagu dan mempunyai suara yang baik.

Semasa menetap bersama-samaku di Johor Bahru, dia memanggilku ayah dan isteriku pula sebagai mama sebagaimana panggilan dari anak-anakku. Abang adalah panggilan anak-anakku kepadanya. Aku menganggapnya sebagai anak dan dialah yang mengajar anak-anakku terutama Amalina mengenal dan membaca Al-Quran. Oleh kerana dia tak pernah melakukan kerja-kerja berat di kampongnya, aku menyerahkan kepada Haji Mohd Said untuk bekerja sebagai pekerja landskap. Dapatlah juga pendapatan dari kerja-kerja menyiram, mencantas dan menjaga pokok-pokok bunga. Mungkin itulah pekerjaan yang sesuai baginya untuk seorang santri (panggilan untuk murid dari pesantren atau madrasah). Dua tahun dia bersama keluargaku dan terpaksa juga pulang ke Indonesia.

Setelah pulang, dia melangsungkan perkahwinan dengan Sholihatun. Aku, isteri dan Amalina pergi dalam majlis yang sangat bermakna baginya. Kami menghadiahkannya set pinggan mangkuk yang dibeli di gedong membelibelah Matahari, Semarang. Kami sangat mengingati majlis ini kerana pada masa itulah bapa mertuaku, Haji Mansor bin Ahmad meninggal dunia di Johor Bahru. Isteriku menangis kerana tidak bersama disisinya tapi kami tak terkilan kerana sebelum ke Indonesia, telah pergi berjumpa dengannya dengan membawa beberapa ketul goreng puyoh iaitu makanan yang allahyarham sangat suka. Kami sempat meminta maaf dengannya walaupun ia agak uzur dan boleh pula menghantar kami ke pintu pagar rumah Mak Dah (Faridah Mansor).

Sejak dari itu, kami hanya berutusan melalui telefon dan sms sahaja. Kedatanganku kali disambut dengan besar hati. Aku tahu kerana ia menyediakan makanan untuk makan tengahari dengan lauk pauk termasuk sate kambing. Aku tahu ia sangat terkilan kerana kami makan sedikit sahaja terutama sate kambing. Bukannya kami tak mahu makan banyak, tetapi sate kambing yang disediakan mungkin tidak sama rasanya dengan sate kambing di Malaysia. Maklum sahaja sate langsung dibakar dari daging yang tidak dibubuh sebarang rempah. Pencecahnya adalah kicap bersama bawang dan tomato. Apapun yang penting adalah harapan dan pengorbanannya menyambut kedatangan kami. Hanya kepada Allah swt diserahkan segala pembalasan atas niat baiknya.

Aku sangat terkejut dengan kedai yang dimilikinya. Kedai atau toko diberi nama "Toko Senada" yang diambil dari nama putrinya. Tidak seperti kuduga yang mungkin hanya jualan barangan jajan (makanan ringan seperti gula-gula). Aku menganggarkan barang jualan seperti pakaian, kain baju, peralatan sekolah, alatulis, permainan kanak-kanak dan sebagainya dianggarkan RM30,000. Bagiku ia adalah besar atau lumayan dalam bahasanya untuk jualan keperluan penduduk kampungnya.

Premis yang diduduki sekarang, bahagian hadapan untuk perniagaan dan belakang sebagai tempat kediaman adalah kepunyaannya setelah dibeli dengan cara tunai. Hussin juga mempunyai sebuah kereta untuk kegunaan peribadi dan juga mungkin untuk membeli barangan jualan terutama dari Pati dan Kudus. Tanah kosong bersebelahan rumahnya juga telah ditawarkan kepadanya dengan harga RM30 ribu. Perbincangan dengan bank telah dibuat untuk membiyai pembelian.

Puterinya yang diberi nama Nada Nisrina Labiba kini berumur lapan tahun dan aku dimaklumkan tentang isterinya sedang hamil tiga bulan. Aku berdoa moga beliau akan dikurniakan seorang anak lelaki soleh mewarisinya dan dari darah daging Mbah Haji Abdul Rahman.

Setalah hampir sejam dirumahnya di Desa Kajar, Kecematan Trangkil, Kabupaten Pati, kami dibawa oleh Hussin ke rumah-rumah sepupuku di Desa Pekalongan.

Insyaallah kami akan sampai lagi kerumahnya dan berharap businessnya akan lebih sukses. Dia juga berjanji akan datang ke Johor Bahru sekiranya Amalina melangsungkan pernikahan.

PERJALANAN SILATURROHMI






Pagi Selasa 15 April 2008, abang (aku dan adik-adik lain memanggilnya Kang Ni seperti yang diajar oleh emak dan bapakku) dan Kak Nor terpaksa membawa dua kereta untuk membawa kami ke LCCT Sepang. Selain membawa beg untuk pakaian peribadi, aku membawa dua beg lagi yang diisi dengan coklat dan kain ela untuk dihadiahkan kepada saudaramara di Jawa. Di LCCT aku dapati Haji Alimat dan dua rakannya telah sedia menunggu. Dia menaiki pesawat dari Senai dan akan bersama ke Surabaya. Distinasi selanjut mereka adalah ke Pulau Lombok.

Kami berlepas jam 12.40 dan selepas dua jam setengah sampai di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dan dijemput oleh supir yang disediakan oleh Pak Ganang dari PT Perwita Nusaraya. Syarikat ini mempunyai hubungan dagang dengan Haji Mohd Said kerana ia adalah pembekal pekerja asing. Kami terus ke Hotel Bisanta Bidakara di Jalan Tegalsari dan meninggalkan isteri-isteri di situ kerana kami perlu berjumpa dan berurusan dengan keluarga Pak Ganang di Graha Perwita Building, Jalan Raya By Pass Km 31 Krian, Sidoarjo.

Setelah pertemuan dengan keluarga Pak Ganang, kami pulang ke hotel dan mengambil makan malam di Restoran Cianjor, Jalan Palembang. Makanannya enak dengan masakan Jawa Barat. Pastinya kami memesan ikan goreng Gurame kerana aku tak pernah jumpa di Malaysia. Ikan lain yang kami jamah adalah ikan Nila yang dibuat sup dan juga masakan asam manis. Sup asem hanya aku sorang yang menjamahnya. Yang lain tidak terbiasa dengan masakan ini. Sayurnya pula adalah goreng pucuk labu, kailan serta ulam-ulam. Sambalnya memang sedap kerana diletak di dalam lesung kecil. Kami minta tambah sambal kerana tak kecukupan. Minumannya sudah pasti Apokat, air batu camput dan teh manis (Teh O). Semua perbelanjaan makan untuk tujuh orang ini adalah 290 ribu rupiah (RM100). Lumayan kan?.

Sarapan pagi di hotel dan seterusnya kami menggunakan mobil (kereta) jenis Kijang Super yang boleh membawa tujuh penumpang. Kereta ini disewa melalui Pak Akbar (Pengurus di Perwita Nusaraya). Mengikut Pak Akbar, sewa untuk kereta ini adalah 375 ribu dan pemandu perlu dibayar 150 ribu setiap hari. Aku tahu bayaran yang disebut oleh Pak Akbar adalah termasuk komisen untuknya. Kami tahu bagaimana cara nak mengajar Pak Akbar supaya ia tidak akan memperbodohkan kita. Biarkan saja dulu.

Pak Ahmad (Kami memanggilnya Mamat kerana ia masih muda sekitar 28 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 5 tahun)Pemandu (supir) kereta Kijang datang menjemput kami di hotel jam 6 pagi (7 pagi waktu Malaysia). Distinasi pagi ini adalah terus ke Pati, Jawa Tengah. Mamat memberitahu perjalanan adalah di antara lima hingga enam jam. Di dalam perjalanan, Hussin menghantar SMS supaya kami ke rumahnya dahulu di Juwono dan tidak terus ke rumah emaknya di Desa Pekalongan.

Perjalanan ke Pati amat santai dan tidak perlu terburu-buru. Pemandangan di kiri kanan amat indah kerana agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Sawah padi dan diselangi dengan kolam-kolam ikan Bandeng (aku tak tahu jenis ikan ini tapi sangat popular di Indonesia) dan Lele (Keli), ladang Garam, tebu, kacang tanah, jagung serta pokok Jati di kawasan tanah berbukit adalah pemandangan biasa di sini.

Yang pelik tapi benar adalah di Pulau Jawa ini sangat susah untuk kita berjumpa dengan burung-burung berterbangan sebagaimana yang kita biasa lihat di Malaysia. Kita akan berjumpa burung-burung ini hanya di dalam sangkar saja. Memang menjadi kebiasaan orang di sana membela burung di dalam sangkar. Aku pernah berjumpa beberapa orang yang pergi memikat burung dan mungkin untuk dijual sebagai mata pencarian. Jadi bagaimana burung membiak? Di sawah-sawah padi, jarang kita berjumpa boneka atau apa saja bentuk peralatan menghalau burung. Kicauan burung langsung tidak kedengaran melainkan di rumah yang kita singgah dan mempunyai burung peliharaan.

Penat (capek) dalam perjalanan, kita berhenti. Tak perlu buru-buru (tergesa-gesa). Beberapa tempat kita berhenti rehat. Tak risau sebab supir (pemandu) boleh jadi jurubicara.

Di satu tempat, isteriku ternampak warong tepi jalan jualan air kelapa muda. Kami berhenti dan memesan sebiji untuk setiap orang. Sambil menunggu minuman kami melihat di kaca tv dari cd penyanyi dangdut yang sedang panas dan top, penyanyi dangdut seksi Dewi Persik. Goyangnya memang mengasyikkan kerana pakaiannya yang aku fikir ia berkemban sahaja boleh melorot (boleh jatuh ke bawah) dan nampaklah ia sangat berani dan seksi. Aku diberitahu, Dewi Persik telah diceraikan oleh suaminya yang bernama Syaiful Jamil. Aku difahamkan goyang artis ni dinamakan goyang patah-patah dan ngecor. Bekas suaminya pernah melarang supaya tidak meneruskan aksinya. Yang peliknya artis ini boleh pula membuat persembahan di Insert Investivigasi di Trans Tv, Indonesia.

http://ibukomandan.multiply.com/photos/hi-res/upload/R-scOQoKCE0AAFRJHjA1

Setelah membayar minuman yang berharga RM2 bagi setiap biji dan membuang air kecil di bilik air (WC - bunyinya Wei Sei), kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di sebuah surau (musolla) daerah Rembang untuk solat jamak zuhur dan asar. Mamat (supir) agak alim orangnya dan bersama kami menunaikan solat.

Setelah beberapa kali bertanyakan arah dan lokasi rumah Hussin di Juwono, akhirnya kami sampai dirumahnya jam dua petang waktu Malaysia.

Mengalir airmataku bertemu dengannya...

Isnin, April 14, 2008

MENJENGAH SAUDARAMARA DI JAWA





Petang ini aku bersama isteri dan Syafikah akan ke rumah abang di Taman Sri Serdang dengan menaiki kereta Haji Mohd Said Ibrahim. Tujuan adalah untuk menginap dan seterusnya meminta abang menghantar ke Terminal LCCT Sepang bagi penerbangan ke Surabaya. Aku mengambil penerbangan AirAsia kerana kos pergi dan balik cuma RM210 seorang. Cuma setelah dua hari, kos untuk syafikah yang belum mencapai umur empat tahun menjadi RM398. Haji Mohd Said dan isterinya akan mengikut sama dalam penerbangan ini.

Kami bersetuju untuk perjalanan santai. Maksudnya tidak mempunyai jadual tetap dan boleh berubah mengikut kesesuaian. Yang tetap adalah penerbangan pergi dan balik sahaja. Begitupun kami bersetuju untuk bermalam di Surabaya pada malam pertama dan keesokannya akan ke Desa Pekalongan, Kecematan Winong, Kabupaten Pati, Jawa Tengah. Di desa inilah asal usul keturunan sebelah bapak sementara ya'i/datuk (bapa kepada emak) juga dari desa bersebelahan iaitu Desa Botok. Pastinya rumah pertama yang akan aku lawati adalah rumah Allahyarham Pak Asbin kerana rumah tersebut masih diduduki isteri Pak Asbin. Aku harap juga Kusin (anak Pak Asbin) yang aku panggil Hussin akan menunggu di sana. Beliau pernah kubawa ke rumah dan bekerja di Johor Bahru dan bekerja dengan Haji Mohd Said dalam kerja-kerja landskap.

Kuasa Allah telah menentukan anak-anak Haji Abdul Rahman Bin Zakaria yang kesemuanya dilahirkan di Desa Pekalongan telah berpisah-pisah samada terus menetap di sana, ke Jambi, Sumatra atau ke Johor. Pasti mereka mempunyai sejarah tersendiri dan yang aku tahu bapak diminta datang ke Malaya untuk membawa balik abangnya yang bernama Maskon. Difahamkan Pak Maskon sudah bertunang di Jawa. Sebaliknya, bapak yang pergi menjemput langsung tidak teringat untuk balik ke Jawa. Begitulah tarikan Malaya yang kaya dengan hasil seperti kopi, cengkih dan sebagainya yang menjadi daya penarik kepada pemuda pemudi dari Tanah Jawa ke sini.

Aku tidak tahu mengapa aku mempunyai perasaan mendalam yang ada kaitan dengan hubungan darah keluarga. Pada tahun 1973, ketika aku bekerja sebagai kerani Felda dengan gaji 235 ringgit sanggup meminjam wang koperasi sebanyak satu ribu ringgit dan memberi kepada bapak. Tujuannya adalah supaya bapak dapat balik dan melawat saudara mara di Tanah Jawa. Paspot bapak No. A0513996 ada dalam simpananku. Bapak balik ke Jawa pada 7.9.1972 sebagaimana cap getah dan tandatangan Abu Tojib, Kepala Desa Pekalongan. Lama juga bapak berada di sana dan balik pada 2.10.1972. Pada ketika itu aku sudahpun bertunang dengan isteriku yang satu ini.

Di antara ole-ole yang dibawa balik dan masih menjadi ingatan sehingga kini adalah bagaimana bapak menyeludup seekor burung merpati dengan cara menyembunyikannya di dalam kocek seluar. Tidak sampai seminggu merpati ini dalam sangkar di Kg Puteri Menangis, akhirnya menemui ajal.

Sejak dari tarikh itu hanya kabar dan berita dari Tanah Jawa yang dibawa melalui beberapa kenalan bapak yang balik atau datang dari sana. Aku tau bapak mempunyai perasaan untuk balik lagi tetapi apa daya kerana adik-adikku semuanya masih bersekolah melainkan aku seorang yang bekerja dan kakak sulung sebagai suri rumah dan mengikut suami di Bandar Tenggara.

Di Indonesia, aku pernah beberapa kali ke Medan untuk lawatan berkelumpuk samada bersama isteri atau dengan kawan-kawan tetapi tidak pernah ke Pulau Jawa. Pada 23 Mei 1993 aku ke Jogjakarta untuk seminar yang dianjurkan oleh Pertubuhan Boroh Antarabangsa (ILO). Selama hampir satu minggu aku berseminar dan menginap di Hotel Sahid Jaya. Pada hari terakhir seminar, aku mengambil peluang untuk bertemu keluarga bapak di Pati dengan menyewa sebuah kereta siap dengan pemandu (supir). Setelah puas bertanya di sana sini, akhirnya aku sampai di rumah Pak Asbin. Kebanyakan rumah-rumah berkeadaan gelap dan benarlah sangkaanku kerana semua keluarga Pak Asbin sudah di kamar tidur. Setelah aku memperkenalkan diri dan menyampaikan salam dari bapak dan keluarga, ku lihat mereka semua terkejut sebagaimana juga aku terkejut melihat suasana dalam rumah. Suasana yang tak pernah ku lihat sebelumnya, sebuah rumah beratap genting, berlantaikan tanah keras, kerusi ambin (kerusi panjang mungkin buatan sendiri) dan dindingnya aku tak pasti dari kayu jenis apa cuma yang pasti dindingnya tidak rapat. Kejutan ini sebenarnya menjadi kegembiraan kepada mereka dan juga diriku. Kalau tadinya rumah sunyi sepi, semakin larut malam semakin ramai keluarga yang datang. Aku tak pasti siapa yang memanggil. Tetiba seorang ibu tua memelukku dan mengalirkan air mata. Beliau adalah Mbok Pi iaitu adik bungsu bapak. Air matanya sentiasa mengalir dan aku tau beliau sangat rindukan bapak kerana dari cerita yang aku dengar, bapaklah yang menjaga mereka walaupun bukan adik beradik seibu. Semasa kecil bapak telah kematian ibu (Pawitah Binti Haji Hassan) dan ya'i Haji Abdul Rahman telah mengambil adik kandung Mbok Pawitah sebagai isterinya (salin tikar). Inilah cinta sejati Ya'i Haji Abdul Rahman apabila kehilangan isteri dicurahkan pula kepada adiknya.

Kenanganku dihidangkan nasi panas berlaukkan dua biji telur rebus, kicap dan beberapa cucuk sate yang aku fikir tentu dibeli dari penjual yang ada di Pekalongan. Aku tak ingat samada aku makan bertambah atau tidak tatapi yang pasti aku cuba memberi keyakinan kepada mereka bahawa aku sangat menghormati jamuan makan malam yang dihidangkan.

Perbualan kami sungguh rancak dengan menggunakan bahawa Indonesia. Mereka semua berbahasa Jawa dan aku sengaja tak mahu menggunakannya kerana diantara budaya Jawa adalah seseorang itu dianggap kurang ajar sekiranya tidak menggunakan bahasa lebih halus kepada orang yang lebih tua atau tetamu yang baru dikenali. Masih terngiang-ngiang ditelingaku yang mengatakan aku ni dah tak pandai menggunakan bahasa Jawa. Mereka menjangkakan aku tak faham apa yang diperkatakan.

Lebih kurang jam 12 tengah malam aku terpaksa meminta izin untuk kembali ke Jogjakarta. Aku faham seakan mereka tidak mengizinkan aku pulang tetapi aku meyakinkan mereka bahawa aku akan membawa bapak, emak dan keluarga yang lain untuk melawat keluarga di Jawa sekiranya diizinkan oleh Allah Swt. Mbok Pi merayu untuk ikut ke Malaysia. Pak Asbin dan yang lain-lain terpaksa memujuknya. Di dalam kereta (mobil) aku terlena dengan seribu kenangan indah. Jam tujuh pagi aku meninggalkan Jogjakarta dengan pesawat menuju Lapangterbang Soekarno Hatta untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Berakhirkah pertemuan pertama dengan keluarga bapak di Tanah Jawa ini?