Sabda Rasullullah s.a.w.: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."
Pada hari Ahad malam Isnin, 7 Disember 2008 seharusya semua masjid-masjid, surau dan rumah kediaman umat Islam seluruh negara bergema takbir Hari Raya Aidiladha menandakan bermulanya Hari Raya Korban.
Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, takbir Hari Raya Aidiladha dimulakan setelah para jemaah selesai menunaikan solat Maghrib sehingga bermula solat Isyak dengan diketuai oleh imam Haji Munadi Muhajir. Takbir diteruskan selepas solat Isyak sepanjang malam.
Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan hujan lebat, solat sunat Aidiladha dapat dilakukan dengan kehadiran yang agak kurang. Separuh jemaah yang hadir dari kebiasaan pada tahun-tahun yang lalu.
Suatu kekeliruan yang besar berlaku dalam masyarakat kita selama ini, kerana kebanyakan mereka menganggap, bahawa Aidiladha bukan hari raya yang patut di perbesarkan, malah setengahnya memandang dingin dan sepi. Pada hal Aidiladha sama kelebihannya dengan Aidilfitri, betapa tidak, kerana Aidilfitri lebih merupakan hari kemenangan bagi diri individu, yang berjaya menundukkan nafsu selama sebulan. Berbeza dengan pekerja wanita dari Indonesia yang akan turut sama dalam solat sunat Hari Raya. Pada masa ini kelihatan ramai jemaah wanita tidak seperti solat Jumaat yang biasanya akan dihadiri oleh jemaah lelaki sahaja.
Mereka berpakaian cantik tidak seperti datang ke masjid untuk solat waktu dan Jumaat. Selain yang memakai baju Melayu bersamping, terdapat juga yang memakai pakaian ala Arab (sunat) seperti berjubah dan berserban.
Begitu juga dengan penggerak utama di Masjid Bandar Baru Uda, pakaian mereka memberi bukti jelas komitmen dan imej kepada masjid yang menjadi lambang kebanggaan penduduk di Johor Bahru sebagaimana gambar yang dipaparkan, dari kiri Haji Hussin Ismail (Bendahari), Haji Ahmad Lod Ismail (Pegawai Agama), Haji Subari Manan (Penyelia), Ramlan Warijan (Bilal) dan Haji Munadi Muhajir (Imam/Khatib).
Ketika ini lebih tiga juta umat Islam sedang menjadi tetamu Allah, di tanah Suci untuk menunaikan ibadat Haji. Bagi kita yang tidak menunaikan ibadat Haji, masih lagi berpeluang menghayati syiar Aidiladha yang agung dan bermakna dengan melakukan ibadah korban.
Setelah selesai melakukan solat Aidiladha, ibadah korban dilakukan dengan bacaan doa yang dibaca oleh imam Haji Munadi Muhajir.
dan diaminkan dengan penuh khusyuk dan tawaduk oleh peserta serta mereka yang hadir.
Sebanyak 12 ekor lembu dikorban pada hari ini dengan penyertaan setiap bahagian dikenakan bayaran RM410.00. Untuk tahun ini bayaran yang dikenakan lebih tinggi berbanding pada tahun-tahun lalu berdasarkan harga yang ditawarkan oleh pembekal dan juga kos perkhidmatan lain yang telah meningkat.
Begitupun, pengorbanan ini tidak sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim yang menerima ujian tersangat berat iaitu ketika beliau sedang bermesra dengan anak kesayangannya setelah sekian lama tidak bertemu, tiba-tiba beliau diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya.
Allah merakamkan kisah simbolik yang amat bermakna dan menyayat hati ini didalam Al-Quran surah As Saffat (102-108) yang bermaksud: "Maka anak itu sampai (kepada kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: " Wahai anak kesayangannku!, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!". Anaknya menjawab: "Wahai bapaku!, jalankalah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar."
"Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!, demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian".
Aidiladha mengandungi kisah sejarah tiga manusia agung, yang sepatutnya di contohi oleh segenap lapisan masyarakat, terutama para pemimpin, ibu bapa dan para remaja, demi membina sahsiah diri dan seterusnya meraih kecemerlangan demi kecemerlangan, yang meliputi aspek jasmani dan rohani, duniawi dan ukhrawi.
Tiga manusia agung yang di maksudkan ialah Nabi Ibrahim sebagai bapa, Hajar sebagai isteri solehah yang bertakwa kepada Allah dan ibu penyayang, mempunyai kesabaran luar biasa yang tiada tolok bandingnya dan seorang lagi ialah Nabi Allah Ismail sebagai anak soleh yang berjiwa takwa, berjiwa tawakal hingga sanggup disembelih oleh bapanya demi menjunjung titah perintah Allah azzawajalla.
Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya ini menjadi iltizam kepada semua umat Islam untuk menjadikan ianya satu memori pendorong supaya kita sanggup berkorban apa sahaja untuk Allah subhanahuwataalla.
Begitulah juga pengorbanan dari sukarelawan Masjid Jamek Bandar Baru Uda yang terdiri dari semua golongan samada lelaki, wanita dan remaja.
Amalan bergotongroyong yang dilakukan di kalangan kariah masjid ini akan lebih mengeratkan silaturrahim ketika daging korban dilapah bersama dan diagih-agihkan kepada yang berhak. Mereka adalah orang yang membuat korban, fakir miskin dan orang awam.
Daintara bahagian fakir miskin yang menerima daging korban adalah 290 orang penghuni rumah orang-orang tua Seri Kenangan, Kampong Ungku Mohsen, Johor Bahru. Sebanyak 100 kilo daging telah diserahkan kepada penghuni berkenaan dengan disaksikan oleh salah seorang pegawainya.

Gambar-gambar sekitar majlis korban di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Johor Bahru:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan