Beginilah rupa bentuk "gugusan buah koko muda" gubahan Puan Hajah Maimunah Mansor dari bahan tuala mandi
Untuk pertama kalinya, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Uda Jagong, Bahagian Johor Bahru mengadakan program Hari Keluarga pada hari ini, Ahad 14 Disember 2008 bermula dari jam 9.00 pagi brtempat di Dewan Raya, Jalan Jagong 4, Bandar Baru Uda.
Sayap UMNO Cawangan yang belumpun berumur setahun dibwah pimpinan Puan Hajah Sapiah Yasir telah dapat mengumpulkan ahli-ahli untuk menjalankan kegiatan kekeluargaan. Mereka datang dengan anak-anak dan bersama-sama menyertai beberapa pertandingan seperti memasak pecal, gubahan tuala, pertandingan meniup belon, menuang air dalam botol dan sebagainya.
Sebagai Ketua UMNO Cawangan, saya telah diminta untuk menyampaikan ucapan penutup dan menyampaikan hadiah. Di dalam ucapan, saya telah meminta ahli-ahli dan Jawatankuasa Pergerakan Wanita menambahkan keahlian disamping mengenalpasti keluarga yang bermasalah dan memerlukan bantuan.
Walaupun keadaan hujan dari sejak awal pagi, namun kegiatan dapat terus dijalankan dengan jayanya.
Diucapkan setinggi tahniah.
3 ulasan:
Pak Aji ni gatal la. Asyik tengok program Puteri je? Nak berbini baru ke Pak Aji?
Alhamdullillah
Ye la.. memang ler Alhamdulillah kalau dapat bini muda. Cuma saya mintak Pak Aji pindah rumah sebelah Hospital. Senang nak panggil ambulance standby setiap kali malam Jumaat.
Catat Ulasan