Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Januari 31, 2009

POS MALAYSIA "RAKAN YANG TIDAK DIPERCAYAI LAGI"

.



Tengahari ini ketika menonton Buletin 1.30 TV3, berita mengenai surat-surat yang tersasar hantar di Bandar Baru Uda, Johor Bahru telah dikeudarakan.

Saya lantas mengambil kamera untuk mengabadikan potret beberapa orang penduduk di rumah pangsa Jalan Padi Malinja 1 yang kesal dengan kecuaian kakitangan Pos Malaysia Berhad. Surat-surat mereka telah tersalah hantar menyebabkan beberapa masalah seperti surat penting panggilan temuduga tidak sampai ke tangan penerima.

Mereka tidak puas hati kerana alamat di sampul surat adalah jelas dan peti-peti surat juga tersedia di bawah kolong rumah pangsa.


Saya terpanggil untuk menghebahkan perkara ini kerana beberapa aduan telah kedengaran tentang cara kerja posmen di kawasan ini. Surat-surat saya pernah diletakkan di cermin kereta sehingga basah terkena hujan bahkan keselamatannya juga tidak terjamin.


Mereka juga pernah mencampakkan gulungan surat-surat walaupun surat tersebut masih boleh dimasukkan ke peti surat satu persatu.

Apa yang saya lihat ialah kakitangan pos ini tidak mahu turun dari motosikalnya. Sangkaan baik saya adalah mereka hendak menjalankan kerja dengan cepat. Soalnya ialah mengapa mereka tidak mahu menjaga keselamatan surat-surat yang dibawah amanah dan tanggungjawabnya?.

Kita pernah mendengar berguni surat yang dibuang, surat tidak sampai ke distinasi sebenar dan pelbagai masalah lagi.


Dahulu, ketika posmen kita menggunakan basikal tidak pernah terjadi kejadian-kejadian seperti ini. Apakah perlu basikal ini diperkenal dan digunakan semula?.

Atau tukarkan saja perkataan "RAKAN KEPERCAYAAN ANDA"


kepada

Rakan Tidak Dipercayai Lagi


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 orang terlepas pandang pada kesalahan sendiri dan suke menyalahkan orang lain kan.
ada kereta suke2 hati nak paking.ble halang peti pos men ltak surat atas kereta marah.tp salah diri tak pk. saya cabar meh turun padang jadi posmen 1 minggu je pada orang2 yang pandai komen 2.rase mcm mane susah senang kami mengurus surat anda dgn hanya stemp 30sen tu.
pk n sahut cabara tu kalau berani.jgn tau nk komplen je

marjan berkata...

kalau nak tahu susah senang keje posmen cuba la dulu lepas tu baru ler komplen