Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Januari 05, 2009

SISTEM ANJAL PENDIDIKAN AGAMA JOHOR YANG MENGANJAL

.



Pagi ini saya mendapat sms meminta untuk hadir ke mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Baru Uda. Mesyuarat yang dipanggil secara tergempar akan diadakan ada jam 10 pagi.

Sebagai seorang pesara dan tidak ada perkara lain lebih mustahak yang dilakukan pada hari ini, saya hadir tepat pada masanya.

Saya terfikir tentu ada perkara penting yang akan dibincangkan kerana sebelum ini tidak pernah berlaku panggilan mesyuarat sesingkat 3 jam sahaja.

Tepat sangkaanku kerana Guru Besar menyatakan bahawa arahan baru dari Jabatan Agama Johor agar sessi pembelajaran 2 dan 3 hari (sistem anjal) dimansuhkan dan meneruskan dengan sessi terdahulu (asal).

Memang mengejutkan walaupun saya tahu sekolah ini hanya dipilih untuk percubaan pada tahun 2008. Soalnya ialah mengapa baru diberitahu hari ini sedangkan semua ibu bapa dan penjaga tidak diberitahu lebih awal?.

Banyak masalah yang timbul kerana mereka terpaksa mencari sekolah yang sesuai terutama yang ada kaitan dengan pengangkutan dan tugas seharian. Begitu juga dengan soal menempatkan anak-anak semasa waktu perantara kelas, pembelajaran al-quran, tuisyen dan pelbagai masalah lain.

Lebih malang ialah sekolah ini telah memberitahu ibubapa dan penjaga tentang sessi 2 dan 3 hari ini yang akan diteruskan.

Pada ketika arahan diterima untuk melaksanakan kelas percubaan pada tahun 2008, kami menerima dengan penuh tanggungjawab dan turut sama membantu memberi penerangan tentang kebaikan dan matlamat program ini.

Bukan mudah untuk memberi penjelasan dan meyakinkan orang ramai yang telah sebati mendarahdaging dengan pembelajaran sekolah agama yang telah berakar umbi sejak dari penubuhannya pada tahun 1895 dengan sistem yang ada.

Memang sukar untuk menerima cara baru iaitu 4 jam 30 minit sehari selama 2 hari saja seminggu dari pembelajaran lama iaitu 1 jam 30 minit sehari tetapi berterusan selama 5 hari (Tahap 1 - Darjah 1, 2 dan 3). Begitu juga dengan tahap 2 - Darjah 4, 5 dan 6 yang waktu belajar dahulu adalah 3 jam sehari selama 5 hari kepada 4 jam 30 minit untuk selama 3 hari sahaja.

Di Bandar Baru Uda, sebagai Badan yang bertanggungjawab, kami telah mengadakan beberapa siri penjelasan bahkan telah mengedarkan 'questioner' kepada ibu bapa dan penjaga. Kami mendapat sokongan hampir total melainkan 2 orang dari 2,283 murid yang tidak bersetuju dengan sistem baru.

Badan Kebajikan memang sangat bersetuju dengan cadangan ini kerana pelajar dapat memberi tumpuan kepada pelajaran sepanjang hari pembelajaran dan baki hari lainnya mereka boleh menggunakan waktu terluang untuk perkara yang berfaedah. Itu pun bergantung kepada bagaimana penjaganya mengatur.

Selain dari itu, kewangan Badan Kebajikan lebih kukuh kerana tidak digunakan untuk membayar gaji dan elaun guru tambahan. Sistem baru ini telah banyak menjimatkan tenaga dan sumber manusia.

Tetapi kini apa yang terjadi?. Salah seorang guru pernah diberitahu oleh seorang bapa murid semasa pendaftaran bahawa sistem anjal ini telah dimansuhkan oleh Kerajaan. Kebetulannya, bapa tersebut adalah salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Johor. Ini memberi petunjuk bahawa Kerajaan Negeri yang memansuhkan cadangan sistem yang telah dicuba di beberapa sekolah seluruh Negeri Johor.

Sekarang sudah menjadi tanggungjawab kepada kami serta guru-guru untuk merombak jadual yang telah disiapkan. Pastinya segala pertanyaan akan dilemparkan dan perlukan jawapan yang munasabah.

Justru, kami meminta pertimbangan supaya dapat dibuat soal selidik yang lebih effesyen dan tidak hanya mengambil kira beberapa persoalan remeh seperti untuk memberi lebih keutamaan kepada agenda (koko) sekolah kebangsaan dan sekolah menengah dengan mengganggap sekolah agama adalah sebagai pembelajaran kedua atau kurang penting.

Dan percaya atau tidak, soalan bodoh ini akan ditanya oleh ibubapa dan penjaga:

"Apa nak dibuat oleh budak-budak tu masa dia tak ke sekolah agama?".

Inilah yang berakarumbi pada masyarakat kita kerana menganggap sekolah agama itu sebagai satu tempat untuk anak-anak mereka berkumpul dan ada orang yang menjaganya!.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!

Tanpa Nama berkata...

Good article, good things, good feelings, good BLOG!

Tanpa Nama berkata...

Very rich and interesting articles, good BLOG!
fishing net