Maghrib hari Jumaat baru lalu, saya dan isteri dijemput ke rumah Hj Md Ali Zaitun di Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda. Beliau membuat majlis kesyukuran kerana genap 20 tahun syarikat guamannya beroperasi.
Jiran-jiran dan kenalan rapatnya datang untuk bersama bersolat Maghrib, Isyak, bacaan yassin serta bertahlil.
Saya telah diminta melaungkan azan dan iqamah. Haji Munadi Muhajir pula mengimamkan solat serta mengetuai bacaan yassin dan bertahlil.
Selesai majlis kami dihidangkan nasi beryani ayam dan kambing. Setiap empat orang akan makan bersama dalam satu dulang dengan membentuk lingkaran dan makan sesuap demi sesuap menggunakan tangan dengan tertib sambil mengobrol (bahasa Jawa: berbual-bual).
Sebelum meninggalkan majlis, kami diberi cenderamata berupa kitab yassin dan kompas kiblat.
Bagi saya, Hj Ali Zaiton tidak akan mudah untuk dilupakan kerana beliau adalah pengasas kepada permohonan tukar hakmilik tanah dari pajakan kepada kekal di BBU. Dalam kelompok pertama seramai 18 orang pemilik tanah di BBU telah membuat permohonan kepada kerajaan, malangnya permohonannya gagal.
Bertitiktolak dari situlah, saya bersama-sama dengan Hj Ali membuat rayuan dengan sokongan cawangan-cawangan UMNO dan ADUN Kempas, begitupun masih tidak berhasil.
Akhirnya, dengan landasan Masjid BBU sebagai komuniti yang sangat dipercayai, pada 26 Disember 2004 semua ketua-ketua masyarakat kami taklimatkan tentang perlunya permohonan penukaran hak milik tanah. Dan setelah semuanya bersetuju, kami menunggu kedatangan YB Dato Shahrir Samad, Ahli Parlimen Johor Bahru.
Tepat jam 10 pagi bertepatan dengan berlakunya gegaran gempa bumi di dasar Lautan Hindi dan Kepulauan Andaman berukuran 8.9 sekala Richter yang menghasilkan Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, kami dengan penuh keyakinan menjelaskan kepada Dato Shahrir yang akhirnya menempa kejayaan.
Inilah diantara peristiwa yang tidak sepatutnya dilupakan oleh masyarakat BBU disamping banyak sumbangan pemikiran, tenaga dan kewangan yang diberi kepada Masjid BBU.
Beliau yang masih lagi memegang jawatan Pengerusi Biro Ekonomi Masjid BBU juga telah memberi kebenaran untuk Yayasan Masjid menggunakan premis kepunyaannya di Jalan Padi Emas sebagai pejabat.
Hj Ali Zaiton (kiri sekali) ketika mesyuarat bersama antara Yayasan Masjid
dan Jawatankuasa Tadbir MJBBU
dan Jawatankuasa Tadbir MJBBU
Premis ini dahulunya adalah pejabat YPJ Palm International Sdn Bhd dimana Hj Ali melalui Rancak Gemilang Sdn Bhd mempunyai 70% saham. Ramai yang tidak mengetahui 5% (RM2.5 juta) dari Rancak Gemilang SB adalah dipunyai oleh Yayasan Masjid Jamek BBU.
Kegiatan syarikat adalah memperoses bio-diesel dan kilang kepunyaannya di Tanjung Langsat akan mula beroperasi pada bulan Mei 2009.
Mudah-mudahan Allah swt memberi kejayaan berlipat ganda kepada Hj Ali Zaiton dan insayallah kariah BBU akan menerima lampiasnya.
2 ulasan:
Saudara Hj Sunawan,
Pembetulan kepada ayat "......Ramai yang tidak mengetahui 5% (RM2.5 juta) dari Rancak Gemilang SB adalah dipunyai oleh Yayasan Masjid Jamek BBU"
Sebenarnya nilai RM2.5 juta bukanlah nilai saham 5% milik Yayasan MJBBU dalam Rancak Gemilang Sdn Bhd (RGSB), tetapi sekadar untuk menggambarkan kepentingan Yayasan dalam projek Bio-Diesel milik RSBD di Pelabuhan Tanjung Langsat itu.
Pembetualan lain adalah ejaan "Hussein" dan bukan "Hussin".
Setiausaha
Yayasan MJBBU
Terima kasih atas pembetulan
Catat Ulasan