Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Mac 10, 2009

MENGIKUTI LAWATAN KE PULAU PINANG


.
Gambar semua peserta rombongan
bersama YB Adam Sumiru (ditengah) dan isteri

Hari Sabtu 06 Mac, saya bersama 34 rakan-rakan dibawa ke Pulau Pinang untuk tujuan lawatan ke tempat-tempat bersejarah. Rombongan betolak pada jam 10.00 malam dari hadapan pejabat UMNO Johor Bahru dengan bas yang disewa dari Majlis Bandaraya Johor Bahru.


Walaupun saya pernah beberapa kali ke Pulau Pinang, namun pelawaan kali ini tidak saya tolak disebabkan berminat untuk melihat beberapa tempat yang belum pernah dilawati seperti rumah kelahiran dan galeri Tan Sri P Ramlee.


Rombongan yang diketuai oleh Sdr Omar Mohamad, Pembantu Khas ADUN Tanjung Puteri membawa bersama Puan Hajah Salmah Saffar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru yang juga Ahli Majlis MBJB serta AJK Wanita Bahagian. Turut sama adalah beberapa orang Ketua Kampung dalam parlimen Johor Bahru.


Ketua rombongan, Omar Mohamad (kiri)

dan R Azmi Md Aris


Selepas melepasi tol Skudai, saya terus melelapkan mata dan tersedar apabila bas berhenti di R&R Machap. Saya mengambil kesempatan untuk solat Isya dan membersihkan diri sebelum meneruskan tidur di dalam bas.

Soal tidur dalam bas memang sudah menjadi kebiasaan kerana pada tahun-tahun 80an dan 90an saya sering menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk tujuan mesyuarat kesatuan sekerja. Saya akan tidur nyenyak setelah melilit leher dengan kain, tuala atau bantal. Sebab itulah saya hanya tersedar apabila bas berhenti di R&R Sungai Perak pada jam 6.00 pagi.


Puan Hjh Salmah Safar (Ketua Pergerakan Wanita) dan suami


Setelah membersih diri, solat subuh dan sarapan pagi, kami terus bertolak ke Pulau Pinang dan sampai ke Hotel Grand Continental, Jalan Gurdwara pada jam 10.00 pagi.


Saya diberi bilik 1205 bersama Sdr R Azmi Md Aris, Ahli Jawatankuasa UMNO Bhg Johor Bahru yang juga Ketua Kampong Dato’ Onn Jaafar.


Peserta rombongan berbual-bual sementara menanti pembahagian bilik hotel


Di bilik, kami berbual panjang sebelum memulakan lawatan di pulau mutiara.


Antara deretan bangunan lama tiggalan zaman penjajah

yang masih banyak kedapatan di Pulau Pinang

.

Tiada ulasan: