Radio Internet FuhYooFm

Selasa, Mac 10, 2009

MINATKU PADA KAMERA

.





Melihat beberapa gambar yang dipaparkan, tentunya anda mengatakan saya meminati bidang fotografi.

Memang benar, cuma sekadar sesuka sahaja. Tidak pernah belajar dalam bidang seni ini tetapi ia sangat memberi kepuasan diri.

Gambar-gambar yang dipotret tidaklah cantik atau menarik. Ia hanya sebagai kenang-kenangan. Bukan sahaja untuk ingatan kita sahaja bahkan sesiapa saja terutama anak dan cucu kita akan dapat melihatnya.

Gambar-gambar ini pula mempunyai ceritanya sendiri. Terkadang apabila kita melihat gambar-gambar lama terutama semasa muda, tentu kita akan tersenyum sendiri kerana mengenag kisah silam atau melihat cara pakaian dahulu dan sebagainya.

Ketika ini saya mempunyai sebuah kamera digital dan sebuah video kamera bahkan talipon bimbit yang ada ini pun boleh digunakan untuk mempotret.

Ada juga kisah duka tentang kamera ini apabila filem untuk gambar yang saya ambil semasa menunaikan fardhu haji pada tahun 1990 telah dirampas oleh pihak berkuasa di Airport Jeddah. Ketika itu saya tidak sedar ada larangan mengambil gambar dalam kawasan airport sedangkan saya telah sedia untuk menaiki pesawat untuk penerbangan balik. Tentulah segulung filem tersebut penuh bermakna kerana ada beberapa gambar tentang tragedi ribuan kematian di terowong Muaasim.

Pernah juga saya kehilangan sebuah kamera kepunyaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Felda yang saya tinggalkan di dalam kereta.

Walau apapun peristiwa, kepuasan menikmati gambar-gambar yang kita potret sendiri adalah segala-galanya.


Tiada ulasan: