Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Mac 12, 2009

PELAWAAN MENGIKUTI KURSUS HAJI BAGI WARGA JOHOR BAHRU

.
Seperti pada tahun-tahun lalu, Masjid Jamek Bandar Baru Uda dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Jabatan Agama Johor mengadakan kursus kepada bakal-bakal jemaah haji yang diadakan pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas solat Isyak bertempat di dewan solat Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Kursus yang diadakan sebanyak 17 siri telahpun bermula pada minggu lalu dan dijangka akan berakhir sebelum menjelang bulan Ramadhan.

Pendaftaran peserta wanita

Penceramah yang akan mengendalikan sepanjang kursus adalah Ustaz Haji Hanafiah Abd Razak dan Ustaz Haji Yosree Ikhsan. Kedua-duanya dari Jabatan Agama Islam Johor mempunyai pengalaman yang amat luas dalam mengendalikan kursus.

Mereka yang berminat mengikuti kursus sama yang ingin mengerjakan ibadah haji pada tahun ini atau tahun-tahun akan datang serta mereka yang ingin mengikut umrah atau ingin menambahkan ilmu pengetahun adalah sangat digalakkan.

Pendaftaran peserta lelaki

Tiada sebarang bayaran tetap yang dikenakan kepada mereka yang ingin menyertainya melainkan sumbangan dan derma ikhlas yang akan digunakan untuk pembiayaan kursus seperti alatulis, elaun petugas dan jamuan selepas kursus.

Tiada ulasan: