Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Mac 12, 2009

PERTANDINGAN MASAKAN TRADISIONAL JOHOR

.
Hari Selasa 10 haribulan yang baru lalu, saya menghadiri mesyuarat Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru (MKDJB) bertempat di pejabat Daerah Johor Bahru.

Diantara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut ialah MKDJB akan mengadakan pertandingan memasak masakan tradisional bagi peringkat daerah Johor Bahru. Pertandingan ini akan diadakan pada hari Sabtu 14 Mac 2009 mulai jam 8.00 pagi bertempat di tapak Pasar Tani, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru.

Pertandingan ini terbuka kepada semua individu yang menetap di negeri Johor dan pemenangnya akan mewakili MKDJB ke pertandingan di peringkat negeri Johor.

Dua jenis pertandingan akan dijalankan iaitu masakan yang dimasak di rumah dan dibawa ke tempat pertandingan iaitu Nasi Beryani Gam (Kambing, Ayam dan Acar), Telor Pindang, Botok-Botok, Mee Bandung, Laksa Johor, Bubur Som-Som, Wajik, Kuih Dangai, Halwa Maskat, Kuih Kering Pintal daripada Tepung Pulut dan Batang Buruk.

Bagi kategori yang lain ialah masakan yang dimasak di tempat pertandingan iaitu Asam Pedas Ikan dan Tempeyek atau Tumpi.

Borang penyertaan dan segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada Puan Hajah Rosnah Jalil, Pengerusi Biro Kebudayaan MKDJB melalui talian bimbit 0197461216.

Puan Hajah Rosnah Jalil

Tiada ulasan: