Radio Internet FuhYooFm

Jumaat, Mei 08, 2009

DEMONSTRASI YANG GAGAL

.
Usaha sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Baru Uda pada hari ini untuk berdemonstrasi tidak kesampaian apabila diminta bersurai oleh pihak Polis yang telah bersedia untuk bertindak dalam sebarang kemungkinan.

Program yang nampak dipelopori oleh parti PAS berdasarkan beberapa orang yang saya kenal berada dalam kelompok tersebut telah dihidu lebih awal oleh pihak Polis.

Ini terbukti apabila pihak berkuasa berkenaan telah menghubungi pengurusan masjid dan meminta supaya dibuat pengumuman sebelum bermula solat Jumaat agar orang ramai tidak berkumpul untuk berdemonstrasi dalam kawasan masjid.

Apabila jemaah melihat ramai anggota Polis berkawal di luar kawasan masjid, mereka bertanggapan terdapat lawatan pembesar negara kerana seminggu sebelumnya terdengar ura-ura Tengku Mahkota Johor akan menunaikan solat Jumaat di masjid ini.

Selesai solat Jumaat, ketika para jemaah keluar dari bangunan masjid, kelihatan beberapa pemuda berkumpul di atas tangga pintu pagar masjid (bersebelahan kemah gerai bergerak Haji Murshid) dan salah seorang darinya mula berucap.

Pada masa sama, jemaah yang berada di masjid dan sebahagian masih melakukan zikir dan solat sunat rasa terganggu. Salah seorang darinya telah memekik dengan laungan yang kuat supaya kumpulan ini tidak melakukan sebarang gangguan dalam kawasan masjid.

Keadaan ini telah menyebabkan pihak Polis bertindak dan kelihatan dua orang dari kumpulan yang berdemonstrasi telah ditahan oleh pihak yang berkuasa. Salah seorang darinya dikatakan bernama Zaaba.

Hasil dari tindakan Polis ini menyebabkan keadaan menjadi reda dan jemaah dapat terus menunaikan ibadah sunat dan keluar dari perkarangan masjid dengan tenang.

Dari pemerhatian didapati apa yang dilakukan oleh kumpulan ini tidak mendapat simpati dan sokongan dari penduduk di Bandar Baru Uda sebagaimana juga yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Kecekapan pihak Polis bertindak seharusnya diberi pujian memandangkan kawasan masjid tidak sepatutnya digunakan untuk kegiatan yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat.


Jemaah mula keluar dari masjid setelah selesai solat Jumaat

Beberapa pemuda mula berkumpul bersebelahan kemah gerai bergerah
Haji Murshid dan tidak dipedulikan oleh jemaah

Keadaan kumpulan yang ingin mengadakan demonstrasi
setelah dua orang darinya ditahan oleh pihak Polis

Mereka mungkin sedang berbincang untuk bersurai
atau mengambil tindakan lain

Suasana tenang di perkarangan masjid

5 ulasan:

Anak Muda Johor Bahru berkata...

Assalamualaikum... usaha umat islam untuk menyuarakan pendirian umat Islam di Johor Bahru sebagai Rakyat Bagi Mendesak Kabinet Menarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak .. Kami sebagai rakyat tiada diberi peluang bersuara .. Adakah selama ini suara kami didengar oleh pihak pemerintah ?

Islam untuk semua bangsa dan kaum ... bukan untuk Melayu sahaja....

Jemaah Masjid berkata...

polis tak solat jumaat ka ??

yang hilang selipar di masjid berkata...

ok jugak selalu polis duk kat masjid , jangan depa duk carik duit kopi time waktu solat jumaat ....at least leh jugak cegah kejadian pecah kereta , curi motor ...good job ....

SUNAWAN berkata...

Anak Muda Johor Bahru,

Saya menghormati pandangan dan pendirian anda yang mungkin sama dengan ramai lagi rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.

Soalnya ialah apakah yang mereka lakukan ini merupakan satu jalan terbaik untuk mendesak kabinet menarik balik keputusan? atau adakah ini satu retorik untuk mencari publisiti politik?.

Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan seperti ini khususnya di kawasan Masjid BBU kerana ia begitu mengganggu mereka untuk beribadah.

Sebelum ini pernah terjadi demonstarasi dari kumpulan yang sama (saya mengenali beberapa orang darinya) ketika sebahagian besar para jemaah solat Jumaat sedang menunaikan solat jenazah!.

Adakah matlamat demonstrasi tersebut lebih aula dari fardhu kifayah solat jenazah?.

Fikirkanlah .....

Anak Muda Skudai berkata...

terima kasih di atas keprihatinan mengenai isu yang ingin diketengahkan...
mungkin pihak penganjur yang dimaksudkan perlu berbincang dengan pihak masjid ...
InsyaAllah ada jalan penyelesaian ...
saya setuju dengan kenyataan Islam untuk semua bangsa dan kaum... bukan untuk MELAYU sahaja ....

wasalam...