Saya baru balik dari Bandar Tenggara, Kluang kerana mesyuarat khas PBKF. Mesyuarat ini membincangkan persiapan untuk pergi ke Kuala Lumpur kerana Mesyuarat Agung Pindaan Perlembagaan pada hari Sabtu 15 Ogos 2009.
Jawatankuasa memutuskan untuk membawa 40 orang ahli dengan menggunakan sebuah bas. Setiap ahli yang turut sama akan dikenakan bayaran RM20 sementara bakinya akan ditanggung oleh Persatuan.
Ahli Jawatankuasa juga telah diberi penjelasan tentang beberapa perkara penting pindaan terutama tentang keahlian baru hendaklah mereka yang telah berkhidmat dengan Felda atau syarikatnya tidak kurang dari 20 tahun sedangkan perlembagaan sekarang membenarkan mereka yang telah berkhidmat setahun sahaja.
Pindaan baru juga mencadangkan jawatan Timbalan Yang Dipertua serta memerlukan seorang Naib Yang Dipertua sahaja. Jawatan Setiausaha dan Bendahari akan dilantik oleh Jawatankuasa yang terpilih berbanding kedua-dua jawatan tersebut dipilih oleh ahli pada masa kini.
Syur yang dicadangkan adalah untuk memantapkan struktur organisasi PBKF serta keahliannya hendaklah mereka yang telah lama menyumbangkan bakti di Felda.
Mesyuarat yang diadakan dirumah Haji Mahfoz Omar berakhir pada jam 4.30 petang dan kami berkesempatan melawat Haji Omar Baki, seorang ahli PBKF dan bekas Pengurus Felda yang sedang menerima rawatan dialisis.
Saya juga berkesempatan singgah di rumah Kak Juriah, kakak kandung saya yang menderita penyakit Parkinson.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan