Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Ogos 17, 2009

MESYUARAT AGUNG KHAS PERSATUAN BEKAS KAKITANGAN FELDA

.
Persatuan Bekas Kakitangan Felda atau rengkasnya PBKF telah berjaya mengadakan mesyuarat agung khas untuk tujuan meminda perlembagaan. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh hampir 300 orang ahli.

Beberapa pindaan penting termasuklah syarat untuk menjadi ahli hendaklah bekas kakitangan Felda atau syarikat dimana Felda mempunyai kepentingan majoriti yang telah bekerja melebihi 10 tahun. Pada ketika ini, mereka yang telah bekerja melebihi satu tahun layak menjadi ahli.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua telah diwujudkan disamping mengekalkan seorang Naib Yang Dipertua.

Bagi jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari pula akan dilantik oleh Jawatankuasa yang terpilih. Ini berbeza dengan perlembagaan sekarang iaitu ketiga-tiga jawatan tersebut dipilih oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung dwi tahunan.

Permohonan menjadi ahli juga akan diterima dengan bayaran masuk RM20 tanpa mengira kategori jawatan bekas kakitangan dan tiada yuran lain yang dikenakan.

Adalah diharapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan memberi kelulusan kepada pindaan ini kerana ia akan digunakan pada mesyuarat dwi tahunan pada tahun hadapan.

Alhamdullillah, saya bersama 35 ahli-ahli dari Johor Selatan menaiki bas untuk tujuan berkenaan.

Tuan Haji Jayos Pawiro, Yang Dipertua PBKF
ketika menyampaikan ucapan

Tiada ulasan: