Malam semalam yang merupakan malam Satu Likur, saya tidak melepaskan peluang untuk menghayatinya. Peluang yang saya ambil bukanlah dengan memasang lampu pelita di sekeliling rumah sebagaimana kebiasaan orang-orang kita menyambut Malam Likur. Tetapi saya berusaha menyambutnya dengan melakukan solat-solat qiamullail.
Saya masih teringat bagaimana ketika saya berumur kurang dari 9 tahun telah dibawa oleh bapaku bersama dengan Abang Asmuni ke masjid di Parit Tengah Benut. Kami berdua akan diminta untuk tidur dahulu dan pada jam 2 pagi bapak akan membawa kami berdua ke masjid dengan menaiki basikal sejauh hampir 2 kilometer. Bayangkan bagaimana bapak dengan begitu kasih sayang membonceng kami berdua dengan mengayuh sebuah basikal!. Bapaku juga membawa bekal makanan untuk sahur kami bertiga.
Untuk apa ini semua sehingga bapaku sanggup lakukan?.
Tidak malu saya katakan bahawa saya sedang menangis ketika saya mencoretkan cerita ini. Saya begitu sebak bagaimana allahyarham bapak begitu mengambil berat tentang hal-hal agama kepada anak-anaknya. Kenapa saya sendiri tidak dapat melakukan sepertinya.
Bersyukur saya kepada Allah yang telah menjadikan saya sebagai seorang anak dari seorang hambuMu yang bernama Md Som (Ma'asom) dan isterinya Sarmi. Kedua-duanya terutama sekali bapakulah yang terus-terusan mahukan anak-anaknya tidak meninggalkan suruhan Allah.
Ketika dibawa ke masjid untuk berqiamullail, saya agak takut kerana suasana di situ agak menyeramkan, mungkin kerana terdapat perkuburan bersebelahan masjid dan hanya beberapa orang sahaja datang untuk qiam. Bukan itu sahaja, bapaku hanya membenarkan sebuah pelita sahaja dipasang dan diletak di bahagian belakang yang menjadikan ruang solat masjid menjadi samar-samar sahaja.
Apa yang menjadi kehairananku sehingga sekarang adalah mengapa bapaku menyuruh kami berzikir dengan membuat hitungan tidak menggunakan tasbih sebaliknya meminta kami membawa batu-batu kecil. Saya tidak pernah bertanya tentang perkara ini sehingga beliau meninggal dunia. Mungkin beliau mempunyai alasan sendiri atau mungkin itulah cara yang diajar oleh bapanya dahulu di Tanah Jawa.
Walau apapun yang diajar oleh bapaku, ia merupakan satu cara pendidikan yang tidak dapat kami lupakan dan tentunya saya akan menghampakan harapannya untuk menghidupkan khususnya 10 malam terakhir bulan ibadah, kemuliaan dan kedermawanan ini.
Di Masjid Bandar Baru Uda, saya membawa sekali isteri kecintaanku dan sedikit berbeza suasananya ketika saya melakukannya di kampung dahulu. Pada malam pertama sahaja, saya menganggarkan lebih dari 200 orang yang hadir. Mereka melakukan solat-solat Tahajjud, Taubat, Tasbih dan Hajat bermula pada jam 3 pagi dengan pimpinan Ustaz Haji Jaafar Kassim.
Ia dimulakan dengan meminta jemaah melihat suasana alam di luar masjid dan seterusnya Ustaz Jaafar akan memimpin bacaan ayat-ayat Alquran dari Surah Al-Imran dari ayat 190 hingga 200 serta mentafsirkannya.
Suasana di masjid ini terang benderang dan imam menggunakan pembesar suara untuk memandu jamaah yang melakukan solat.
Program qiamullail diakhiri dengan sajian sahur yang disediakan oleh Biro Kebajikan kepada mereka yang ingin bersahur di masjid.
Seperti tahun-tahun lalu, mereka yang mengikuti qiamullail di masjid ini akan bertambah pada setiap malam terutama pada malam-malam ganjil. Mereka yang hadir bukan sahaja dari kariah masjid ini bahkan dari perumahan lain di sekitar Johor Bahru.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan