Radio Internet FuhYooFm

Rabu, November 11, 2009

MELAWAT TAMAN BUAYA DAN ROS GARDEN

.
Selepas melawat floating market, kami dibawa makan di tepi sungai. Saya hanya menjamah nasi kosong saja. Isteriku dan Shafikat makan juga dengan berlaukkan telor goreng. Sayurnya tidak dicuit kerana bercampur dengan ayam. Pastinya ayam pelangkung.

Kami dibawa pula ke Samphran Elephant Ground and Zoo atau Taman Buaya di Nakhon Pathom. Agak terhibur juga di sini melihat lakonan gajah, pelakon dan penggembalanya. Rasanya tidak terkilan kerana tidak ke Chiengmai. Mungkin permainan gajahnya sama saja.

Kami juga dipertontonkan dengan aksi beberapa ekor buaya. Permainan dengan buaya tidak banyak kelainan dengan tempat-tempat lain seperti yang pernah dilawati. Memasukkan tangan dan kpala ke mulut buaya yang ternganga adalah pertunjukan biasa. Isteriku sempat mengatakan buaya-buaya tu sudah diberi ubat tidur. Entahlah..

Berikutnya pula kami dibawa melihat pertunjukan kebudayaan di Taman Ros atau Ros Garden. Saya menjangka di tempat ini ada pertunjukan bunga-bunga kerana namanya pun Ros Garden, rupa-rupaya ditunjukkan kebudayaan masyarakat Thai seperti tarian, adat perkahwinan, boxing Tomoi dan sebagainya.

Berbaloi juga dengan bayan RM110 seorang kerana di ketiga-tiga tempat yang dilawati mengambil masa hampir 12 jam.

Tiada ulasan: