Radio Internet FuhYooFm

Rabu, Januari 27, 2010

HEBOH DENGAN ADUKA TARUNA

.
Orang Melayu di negara kita sekarang bercakap hal seorang blogger yang menulis perkataan kesat yang merujuk kepada kemangkatan Sultan Iskandar di dalam blognya. Sungguhpun blogger ini (Aduka Taruna) telah menyatakan permohonan maaf (baca), ia masih menjadi perbualan ramai dimana saja. Peliknya, ada orang yang tak pernah mambaca blog sehingga yang tidak pernah memegang dashboard pun boleh bercerita panjang tentangnya.

Saya sendiri tidak pernah terjumpa dengan blog ini. Sekarang cuba juga untuk melayarinya, itupun hanya melihat secara rambang. Puncanya hanya kerana bahasa yang digunakan, sangat kasar dan tidak bersopan.

Saya tak pasti berapa banyak entirinya tapi salah satu darinya menyebut tentang Aishah, isteri Nabi Muhammad SAW. Baca dan fikirlah sendiri apakah jenis manusia seperti ini.
.

2 ulasan:

Nadri Mohd berkata...

Yang pasti Aduka Taruna telah berjaya membakar hati rakyat Johor dengan tulisannya menghina Almarhum Sultan.

Saya pn tak tahu apa motif sebenar beliau berbuat demikian. Apakah atas dasar politik & beliau menjadi "kambing hitam" kpd orang / parti yg tidak suka dgn Almarhum.

Abg boleh baca luahan hati rakyat Johor tentang isu penghinaan Almarhum di sini http://www.facebook.com/group.php?gid=268156631318&ref=mf

SUNAWAN berkata...

Insyaallah, saya akan layari.

Kalau ada masa boleh lihat blog saya yg ada kaitan dengan tugas sebagai Ahli Majlis (mbjbzonbbu.blogspot.com). Dah lama tak update, tapi hari ini saya masukkan ucapan saya semasa mesyuarat pagi tadi.