Hari ini, saya balik ke kampung saya di Puteri Menangis, Benut. Tujuannya adalah untuk meraikan majlis perkahwinan rakan sekampung.
Majlis akan diadakan pada hari esok. Olehkerana esok banyak urusan yang perlu dilakukan di Johor Bahru, saya terpaksa datang awal sehari. Yang penting adalah untuk jengah muka dan menghulur salam (ada isi).
Rumah rakan saya ini terletak bertentangan dengan rumah ibu saya. Tentulah tidak manis kalau saya tidak datang. Majlis perkahwinan anak sulungnya dulu pun saya tidak dapat datang. Yang sampai ke rumahnya adalah bingkisan dalam sampul surat sahaja yang saya wakilkan melalui keluarga di kampung.
Biasanya majlis perkahwinan di kampung saya akan dibuat secara besar-besaran. Segala kerja dibuat secara gotong royong. Dalam konsep gotong royong ini memang sangat baik kerana ia tidak melibatkan kos bayaran tenaga kerja,
Jemputannya juga ramai. Dimana saja saudara mara dan kenalan yang diingat akan dijemput. Maka tidak hairanlah kalau rakan saya ini menyembelih 3 ekor lembu untuk jamuan. Itu tidak termasuk lagi kambing dan ayam. Pastinya beratus ekor ayam yang dikorbankan.
Saya tidak hairan dengan gaya berbelanja orang-orang kampung saya mengadakan kenduri kendara seperti ini. Sebagai contoh, untuk majlis meraikan anak lelaki yang berkhatan juga boleh menyembelih 2 ekor lembu dan beratus ekor ayam.
Satu perkara lagi yang mesti saya lakukan apabila menghadiri majlis seperti ini adalah menghulur salam bersama sampul surat yang berisi ringgit. Di Johor Bahru, terpulanglah kepada saya berapa ringgit seikhlasnya yang perlu saya hulurkan sebagai sumbangan. Tetapi di kampung, lain pula kerana ia seperti membalas budi atau ingin dibalas hulurannya. Limapuluh ringgit tu perkara biasa malahan boleh mencapai ratusan ringgit.
Semuanya telah menjadi satu budaya yang sepatutnya boleh difikirkan semula.

2 ulasan:
salam. rumah sapa yg buat kerja kawin bang?? rumah cikgu Shafie ker??
bulan 6 nie mak saya pun nak buat majlis kawin dkt kg puteri menangis..adik yg bongsu nak sanding..dah nikah raya cina yg lepas..
rindu dengan suasana rewang dkt kg...
Jiran Cikgu Shafie, Hj Tamsir bebetul depan rumah mak saya.
Memang seronok kalau kita dapat sama-sama rewang. Suasana ni sudah sangat jarang didapat di kawasan bandar.
Kebanyakan kerja dikontrakkan. Tuan rumah pun tak perlu kerja keras. Namun semuanya perlu gunakan fulus.
Walau apapun, beberapa budaya lama perlu diperbaiki.
Catat Ulasan