Seorang bekas Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru yang pernah berkhidmat bersama saya pada tahun 1986 hingga 1989, begitu bersungguh-sungguh hendak berjumpa kerana ingin membincangkan sesuatu perkara. Saya tidak menolak pelawaannya walaupun pada malam pertama puas saya menunggunya.
Malam tadi, dia menunaikan janjinya dan bertemu di Restoran Remaja bersebelah Masjid BBU. Saya memilih tempat ini kerana lebih selesa dan mudah kerana berdekatan masjid, selepas segala urusan di masjid selesai.
Bila bertemu, perkara yang dibawa adalah perkara sama yang sudah saya menduga awal iaitu minta bantuan untuk Majlis tidak mengambil tindakan terhadap Restoran Osman, Jalan Padi Ria.
Jawapan saya kepadanya sama seperti beberapa orang lain sebelum ini yang membawa perkara yang sama iaitu minta kebenaran dahulu dari kerajaan (Pejabat Tanah Daerah) untuk menggunakan tapak kosong bersebelahan premis yang digunakan sekarang. Sekiranya mendapat kelulusan LPS iaitu pendudukan sementara, maka saya tidak ada halangan untuk menyokongnya sekiranya mematuhi syarat membina bangunan tambahan.
Dalam perkara ini saya kena bersikap adil kerana tidak mahu berpilih ketika mengambil tindakan. Majlis Bandaraya pernah merobohkan bangunan tambahan di Restoran Alif, Jalan Padi Emas dan ia seharusnya dilakukan juga kepada premis lain khususnya yang menjalankan perniagaan seperti makanan, bengkel dan sebagainya.
Saya tahu kekecewaan rakan ini kerana saya tidak dapat membantunya. Begitu juga dengan tidak kurang 7 orang sebelum ini yang membawa perkara yang sama. Saya tidak faham mengapa mereka bersungguh-sungguh membawa perkara menghalalkan sesuatu kesalahan. Apakah mereka sanggup bersengkokol dengan pihak yang sanggup melakukan pelanggaran syarat demi keuntungan peribadi?.
Selepas ini, saya tidak tahu siapa lagi yang akan berjumpa dengan saya dalam isu yang sama.
Mudah-mudahan saya terhindar dari perkara subahah. Insyaallah.

2 ulasan:
Assalamualaikum Pak Wan,
Alhamdulillah. Sekali lagi saya panjatkan syukur & pujian di atas kebesaranNYA mengurniakan seorang insan berprinsip, ikhlas, jujur & amanah untuk menduduki kerusi Ahli Majlis.
Sikap rakan dan kenalan Pak Wan yang begitulah yang menyebabkan golongan peniaga warga tempatan tertindas dan menyuburkan kehadiran peniaga rakyat asing yang semakin memonopoli aktiviti perniagaan.
Di kawasan pentadbiran MBJB yang lain banyak kita boleh lihat kedai, gerai atau warung pacak / tempelan yang dioperasikan oleh rakyat asing yang dilihat sudah bertahun2 kekal beroperasi. Ini belum lagi mengambil kira premis perniagaan kekal yang di 'sub let' kepada warga asing oleh pemilik yang hanya mementingkan keuntungan.
Sekiranya peniaga seperti di atas adalah warga tempatan, sudah tentu tindakan tegas dikenakan, namun jika warga asing ??? mungkin terlepas pandang agaknya atau mungkin salam yang dihulur, genggamannya lebih kemas dan erat (cuba berbaik sangka).
Dengan demikian, sekiranya mereka yang berpengaruh, berkuasa & berkhidmat demi perut sendiri, keluarga dan rakan-rakan ini terus menerus curang dalam menjalankan amanah mereka, nescaya di masa depan, kita cuma tinggal kuasa politik semata-mata.
Seharusnya mereka ini memperjuangkan kebajikan peniaga bangsa sendiri contohnya tindakan Pak Wan yang membantu peniaga kecil yang ditindas oleh lintah darat di Jln Padi Emas. Kesedaran mereka ini perlu dipupuk dan ditajamkan dengan pemahaman terhadap agama agar tidak terlalu berkiblatkan kepada kepentingan diri yang kelak bakal memusnahkan pewaris bangsa yang juga terdiri dari anak cucu mereka sendiri.
Setiap ketetapan agama wajib dipatuhi begitu juga undang2 dan peraturan dunia yang perlu dipatuhi sebagai amanah. Namun mematuhi undang2 dunia bukanlah secara melulu atau dengan kepentingan tertentu dan harus dilaksanakan dengan budibicara terutama yang membabitkan anak bangsa.
Dalam kes berkaitan Restoran ini, saya sangat bersetuju dengan pendirian Pak Wan kerana jika dibiarkan maka akan terjadilah perumpamaan "belanda dapat tanah" dan "kaduk naik junjung" lebih2 lagi akan menggalakkan amalan mungkar, diharamkan dan dibenci menurut agama semakin bercambah dan berleluasa angkara beberapa kerat yang menganggap diri mereka 'superman'.
Saya sertakan beberapa artikel nukilan Saudara Mazidul Akmal (TV3) untuk rujukan dan renungan Pak Wan berkisar dengan apa yang saya nyatakan di atas.
http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/02/hentikan-kera-berniaga.html
http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/12/aceh-diberi-betis-hendak-paha.html
http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/08/beruk-disusukan.html
Berbanyak maaf dipohon sekiranya catatan saya ini terlalu panjang namun saya perlu meluahkannya demi kepentingan anak bangsa saya kelak agar pembaca setia blog Pak Wan yang didalam kapasiti jawatan / pengaruh tertentu dapat merenung kembali akan qada' dan qadar Allah SWT akan amanah yang mereka junjung dan dibawa ke alam yang kekal disana untuk dipersoalkan dan dihakimi seadil-adilnya.
Justeru saya tidak nampak sebab mengapa Tuan Haji Mohd Sunawan Bin Md Som untuk tidak terus berada di dalam barisan Ahli Majlis MBJB bagi penggal mendatang atau lebih molek lagi untuk berada sebagai calon DUN atau Parlimen pada PRU13 nanti. Pemimpin sebeginilah yang kita (atau diri saya sendiri secara peribadi) harapkan dan bukan yang hanya pandai menghayun kipas dan mengangguk saja.
Sekian, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan ditambahkan rezeki agar upaya untuk membela kepentingan agama, bangsa dan negara dapat terus dijayakan.
Sekian, wassalam.
Mat
JB
pakmatjb: Terima kasih atas pandangan dan pujian tuan.
Maaf kerana saya tidak berniat untuk jawatan lebih dari yang ada ini, maklum saja saya orang politik, tentulah pesaing sedang menunggu. Saya tidak sanggup menghadapinya kerana ia tidak menguntungkan orang ramai.
Tuan juga boleh melayari blog ahli majlis yang memang saya bina untuk melaporkan sebarang perkara yang berlaku dalam kawasan jagaan iaiatu zon Bandar Baru Uda.
Blognya: mbjbzonbbu.blogspot.com
Catat Ulasan