Radio Internet FuhYooFm

Isnin, Mei 10, 2010

HADIR DALAM PROGRAM HALAQH

.

Di Johor Bahru, sebut sahaja Sure Heboh TV3, tentunya ia sudah sinonem dengan Danga Bay dan penduduk negeri Johor dan Singapura. Ribuan orang yang mengunjunginya.

Hari Sabtu dan Ahad baru lalu, program yang hampir sama telah mengunjungi Johor Bahru. Kali ini TV9 bersama Celcom mengadakan Sua Rasa di perkarangan Plaza Angsana Johor Bahru.

Dua minggu sebelumnya, saya turut menghadiri mesyuarat bagi melaksanakan program ini yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Razak, Bangunan Sultan Ibrahim. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Md Jais Sardy, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor. Saya mewakili Masjid Jamek Bandar Baru Uda diminta memberi makluman kepada warga penduduk BBU untuk turut sama memeriahkan program berkenaan.

Selama 2 hari program tersebut berjalan, cuaca tidak menyebelahi dengan hujan turun berselang seli. Begitupun, saya sempat bersama dalam program siaran langsung Halaqah yang menampilkan YB Dato'Hj Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Johor.

Program yang bermula pada jam 10 malam dihadiri tidak kurang dari 1,000 orang penonton. Kelihatan ramai juga yang mengalirkan air mata kerana kesyahduan program. Inilah pula kelainannya dengan Sure Heboh yang lebih kepada hiburan berbanding Sua Rasa yang lebih mendekati rakyat dengan program kerohanian.

Tiada ulasan: