Satu perkembangan baru kepada Persatuan Bekas Kakitangan Felda (PBKF) apabila Indera Putera Ismail berjaya menjawat Naib Yang Dipertua dalam mesyuarat agung dwi tahunan yang diadakan pada hari Isnin 14.6.2010 di Dewan Perdana Felda.
Kejayaan Indera Putera yang pernah memegang jawatan Presiden Kesatuan Pekerja Felda dengan menewaskan Datin Nursiah Sulaiman adalah manefestasi ahli-ahli yang mahukan mereka yang datangnya bukan dari bekas pegawai turut sama memegang jawatan penting dalam persatuan.
Mesyuarat agung yang telah dirasmikan oleh Datuk Dzulkifli Abd Wahab, Pengarah Besar Felda telah dihadiri oleh lebih dari 450 orang ahli dari seluruh negara, satu jumlah yang tidak terduga sehingga menyebabkan dewan penuh sesak dan melimpah keluar.

Ini bukan kempen Indera Putera dan Datin Nursiah,
kedua-duanya sedang mengendalikan ahli-ahli
yang mengikuti lawatan ke Sabah
Indera Putera dan Datin Nursiah sebelumnya memegang jawatan Ahli Jawatankuasa dan memainkan peranan besar terutamanya dalam Jawatankuasa Kebajikan. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing. Indera Putera masih memegang jawatan penting dalam MTUC dan menjadi panel beberapa badan yang mempunyai hubungkait dengan pekerja seperti PERKESO. Begitu juga dengan Datin Nursiah yang bergerak aktif dalam NGO khususnya yang berkaitan dengan peranan wanita di peringkat nasional.kedua-duanya sedang mengendalikan ahli-ahli
yang mengikuti lawatan ke Sabah
Mesyuarat agung yang telah dirasmikan oleh Datuk Dzulkifli Abd Wahab, Pengarah Besar Felda telah dihadiri oleh lebih dari 450 orang ahli dari seluruh negara, satu jumlah yang tidak terduga sehingga menyebabkan dewan penuh sesak dan melimpah keluar.
Dalam pemilihan kali ini yang dibuat secara angkat tangan, Haji Jayos Pawiro sekali lagi dipilih sebagai Yang Dipertua sementara Timbalannya disandang oleh Datuk Khamis Md Som. Kedua-dua mereka dipilih sebulat suara.
Bagi 7 jawatan Ahli Jawatankuasa, mereka yang terpilih adalah Mohd Sunawan Hj Md Som (Johor Selatan), Yahya Ramli (Kedah/Perlis), Harris Hussin (Negeri Sembilan), Abd Hajar Abd Wahab (Perak), Zainal Abidin Abu Bakar(Kuantan), Raja Mohamad Abd Rahman (Temerloh) dan Haji Mohamad Abd Rahman (Trengganu).
Tiga orang lagi telah dilantik melalui quota perlantikan adalah Dr Hafsah Nawawi (Wanita), Datin Nursiah Sulaiman (Wanita) dan Hj Wan Yusof Md Nor (Kelantan).
Tiga orang lagi telah dilantik melalui quota perlantikan adalah Dr Hafsah Nawawi (Wanita), Datin Nursiah Sulaiman (Wanita) dan Hj Wan Yusof Md Nor (Kelantan).
Saya sebagai penyelaras Kawasan Johor Selatan telah membawa hampir 100 orang ahli dengan 2 buah bas dan kenderaan sendiri. Mereka telah bertolak dari rumah masing-masing seawal jam 2.00 pagi demi memastikan kehadiran mereka tepat pada waktunya iaitu jam 10.00 pagi
Dalam perjalanan pulang ke Johor, rombongan ahli-ahli dari Johor Selatan telah singgah di Putrajaya untuk melihat keindahan senibena bangunan di pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.
Mereka sempat bergambar berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Besi.
Mereka sempat bergambar berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang sebelum ini dikenali sebagai Masjid Besi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan