Meyuarat Agung Dwi Tahunan Alumni 4B Johor yang diadakan pada hari semalam di Dewan Jubli Intan Pontian telah memilih Hamsan Omar untuk menjadi Pengerusinya bagi tempuh dua tahun akan datang.
YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pontian telah merasmikannya pada jam 4.30 petang.
Mesyuarat yang berjalan tidak sampai setengah jam akan menjadi sejarah awal kepada pertubuhan ini samada ia akan dapat berjalan dan bergerak sebagaimana prinsipnya "Berprinsip, Bermoral, Berwibawa dan Berbakti".
Saya menyuarakannya di sini bukanlah kerana saya tidak mendapat sebarang jawatan, tetapi banyak persoalan yang perlu mendapat jawapan. Diantaranya:-

- Mengapa pengerusi mesyuarat tidak menyebut nama saya yang telah menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi sedangkan saya telah menghantar penerimaan dan penawaran diri untuk bertanding dengan menghantarnya melalui fax dan surat poslaju.
- Ramai ahli-ahli yang telah berdaftar tidak mendapat surat panggilan mesyuarat.
- Seramai 40 orang yang datang dengan menaiki bas dan dikatakan datang dari Pasir Gudang telah menghadiri mesyuarat dengan mendaftar dengan menggunakan nama ahli lain.
Walau apapun yang dikatakan, yang pasti Syed Hood Syed Idrus yang menjadi Pengerusi Penaja telah menjadi Pengerusi Tetap. Kejayaannya menyingkirkan saya yang sebelum ini sebagai Timbalan Pengerusi Penaja untuk memegang sebarang jawatan dengan cara penipuan, berjaya.
Harapan saya kepada Hamsan Omar yang sebelum ini menjadi setiausaha penaja mengambilalih dari Omar Rupee yang dipecat, supaya tidak melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh pengerusi penaja.
Matlamat saya untuk mempastikan Syed Hood tidak menjadi Pengerusi Alumni 4B Johor telahpun berjaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan