Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Ogos 26, 2010

HJ HUSSEIN ISMAIL MENERIMA RAWATAN BATU KARANG

.

"Hj Hussein masuk hospital". Itulah berita yang disampaikan kepada saya pada hari semalam oleh Mahadzir Ibrahim, kakitangan Masjid BBU. Lantas saya menaliponnya untuk bertanya dimana Bendahari Masjid BBU ini dirawat.

Tengahari, bersama Hj Nasaruddin Mohd Yunus, Pengerusi KRT Padi Malinja, saya terus ke Hospital Pakar Jalan Abd Samad.

Dalam perjalanan, saya telah menduga Hj Hussein mungkin menerima rawatan penyakat Batu Karang. Benar dugaan saya kerana apabila berjumpa dengannya kami diberitahu tentang penyakit yang dideretainya.

Saya tidak terkejut kerana saya juga pernah dirawat atas penyakit yang sama sebanyak dua kali pada bulan Ramadan. Alhamdullillah, saya tidak lagi menderita penyakit ini kerana mengamalkan minum air putih seberapa banyak yang boleh khususnya pada ketika kita berpuasa.

Hj Hussein telah menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketulan garam di dalam badannya. Insyaallah sekiranya ia mengamalkan minum air dengan banyak, penyakit ini akan dapat dihindarkan.

Sesiapa yang pernah menderita penyakit ini, pasti mereka tahu betapa sakitnya ketika ia menyerang... berpeluh-peluh sehingga terasa nak terbuang air besar.

JANGAN LUPA DATANG KE MASJID BBU PADA MINGGU INI

.
Hari Ahad ini, program di Masjid Jamek Bandar Baru Uda begitu padat. Selain program mingguan yang diadakan mulai jam 8 pagi seperti kelas tahfiz dan lain-lain, pada kali ini akan didatangkan Ustaz Tuan Haji Ghazali Ahmad dari Persatuan Ulamak AlFatoni untuk kuliah Subuh dan Sheikh Mohd Idris AlMashrafi, Imam dari Mekah yang akan mengimamkan solat Tarawih.

Selain itu, sebelum berbuka puasa akan diadakan majlis tahlil khusus untuk almarhum dan almarhumah yang telah berjasa kepada Masjid Jamek BBU sejak dari Jawatankuasa Pembinaan sehinggalah kepada Jawatankuasa Tadbir.

Isnin, Ogos 09, 2010

MESYUARAT AGUNG BADAN PENGURUSAN LARKIN PERDANA 3

.
Petang semalam saya mengikuti Mesyuarat Agung JMB (Joint Management Body) / Badan Pengurusan Larkin Perdana 3 di perkarangan surau An-Nur, Taman Larkin Perdana.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Hj Adam Sumiru, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Puteri.

MAJLIS PERSARAAN, PERTUKARAN KAKITANGAN PEJABAT DOJB DAN AJK MKD JB

.
Pada 2 Ogos lalu, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menjadi tetamu utama dalam majlis meraikan kakitangan Pejabat Daerah Johor Bahru yang berpindah dan bersara.

Majlis yang diadakan di Sangkar Kristal, Taman Pelangi ini juga meraikan Ahli Jawatankuasa baru dan lama Majlis Kebudayaan Daerah (MKD) Johor Bahru. Pegawai Daerah Johor Bahru adalah Pengerusi MKD Johor Bahru.

Selain jamuan, majlis ini dipenuhi dengan ucapan, penyampaian cenderamata dan nyanyian.

PEMILIHAN KALI KE-2 G7 UMNO BHG JOHOR BAHRU

.

Hari Ahad baru lalu telah berlangsung pemilihan ulangan untuk 7 orang yang akan mewakili UMNO Bahagian Johor Bahru ke Perhimpunan Agung di Kuala Lumpur pada bulan Oktober yang akan datang. Majlis ini telah diadakan mulai jam 10 pagi bertempat di Dewan Sri Tebrau, Taman Sri Tebrau.

Perhubungan UMNO Negeri telah mewakilkan UMNO Bahagian Tebrau untuk menyelaras dan mengendalikan pemilihan kali ini.

Keputusan yang telah dibuat pada pemilihan sebelum ini telah dibatalkan oleh mesyuarat AJK UMNO Bahagian disebabkan terdapat kertas undi yang masih tidak dibuat pengiraan.

Dalam pengundian semula, didapati ketujuh-tujuh orang yang telah terpilih sebelumnya telah berjaya. Bagaimanapun, hanya beberapa kedudukan dan jumlah undi sahaja yang membezakannya.

Ketujuh mereka adalah Azman Dawam, Hjh Salmah Sainal, Hamid Halidek, Datuk Yahya Jaafar, Hj Misbah Zainuddin, Hj Md Zain Sungip dan mOhamad Kasbi.

ANUGERAH MASJID INOVASI MANDIRI

.
Alhamdullillah, Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah diberi penganugerahan Masjid Inovasi Mandiri dalam Karnival Inovasi Islam bertempat di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya dari 5 hingga 8 Ogos 2010.

Masjid BBu adalah satu-satunya masjid yang diberi peluang untuk membuat pamiran. Koperasi Masjid BBU mengambil peluang dengan mempamir dan menjual barangan dan mendapat sambutan menggalakkan.

Rabu, Ogos 04, 2010

GOTONG ROYONG BERSAMA AADK KEBANGSAAN

.
Program gotong royong membersih dan mengemas Masjid Jamek Bandar Baru Uda telah diadakan pada hari semalam dari pagi hingga ke petang. Peserta dari Agensi Anti Dadah (AADK) Kebangsaan Johor Bahru telah mwngambil bahagian dengan kerjasama Kuwait Finance House (M) Berhad.
Diantara kerja yang telah dijalankan adalah membersih dapur, mengecat, baiki atap, bersih parit, menyusun perkakas dapur dan sebagainya.

Isnin, Ogos 02, 2010

KE KAMPUNG IMAM MUNADI

.
Kami sempat ke rumah Haji Munadi Muhajir ke mapungnya di Demak. Beliau adalah Ketua Imam di Masjid Bandar Baru Uda dan mengikuti rombongan kami.

Nasib kami kurang baik kerana ketika berjalan kaki ke rumahnya sejauh setengah kilometer, api letrik terpadam. Kami berjalan dalam gelap. Begitupun, kedatangan rombongan kami disambut begitu meriah oleh keluarga Imam. Kami disajikan makanan masakan Jawa termasuk goreng tahu dan tempe. Apalagi apabila ada sayur bening bayam. Memang menyegarkan.

Suasana sedih bila tiba masa perpisahan. Ibu kepada Imam Munadi tidak dapat menahan perasaan sedihnya apabila terpaksa berpisah dengan anaknya. Isteriku terpaksa mententeramkannya.

Walau apapun lawatan ke rumah Imam Munadi dapat mengingatkan kembali kepada suasana saya ketika masih kecil dahulu. Maklum saja, keluarga saya adalah berketurunan Jawa.