"Hj Hussein masuk hospital". Itulah berita yang disampaikan kepada saya pada hari semalam oleh Mahadzir Ibrahim, kakitangan Masjid BBU. Lantas saya menaliponnya untuk bertanya dimana Bendahari Masjid BBU ini dirawat.
Tengahari, bersama Hj Nasaruddin Mohd Yunus, Pengerusi KRT Padi Malinja, saya terus ke Hospital Pakar Jalan Abd Samad.
Dalam perjalanan, saya telah menduga Hj Hussein mungkin menerima rawatan penyakat Batu Karang. Benar dugaan saya kerana apabila berjumpa dengannya kami diberitahu tentang penyakit yang dideretainya.
Saya tidak terkejut kerana saya juga pernah dirawat atas penyakit yang sama sebanyak dua kali pada bulan Ramadan. Alhamdullillah, saya tidak lagi menderita penyakit ini kerana mengamalkan minum air putih seberapa banyak yang boleh khususnya pada ketika kita berpuasa.
Hj Hussein telah menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketulan garam di dalam badannya. Insyaallah sekiranya ia mengamalkan minum air dengan banyak, penyakit ini akan dapat dihindarkan.
Sesiapa yang pernah menderita penyakit ini, pasti mereka tahu betapa sakitnya ketika ia menyerang... berpeluh-peluh sehingga terasa nak terbuang air besar.

1 ulasan:
Dalam bulan mubaraq ini, seorang lagi rakan saya, Hj Ramli Zaman, pesara Felda juga telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri atas penyakit yang sama.
Catat Ulasan