Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Disember 11, 2010

TIDAK MUNGKIN SEORANG SAHABAT SANGGUP MENGANIYA SAHABATNYA SENDIRI

.
Saya tidur lena malam tadi selepas mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru.

Sebabnya, saya telah melahirkan cerita sebenar di hadapan Ketua dan rakan-rakan Ahli Jawatankuasa bagaimana seorang Ketua Cawangan yang sangat saya percayai telah mengaku membuat surat mempersoalkan kewibawaan saya sebagai Ahli Majlis.

Persoalan yang telah saya bangkitkan ialah mengapa tiada pertanyaan atau teguran dari ketua saya tentang kewibawaan saya?.

Bagi saya, apa yang telah dilakukan olehnya yang boleh menjejaskan kredibiliti saya akan saya lupakan kerana saya percaya kepada takdir dan ketentuan Allah Subhanahu Wataala.

Sebelum inipun saya telah menghantar sms dan berjanji kepadanya bahawa saya bersedia memaafkannya sekiranya ia telah melakukan fitnah kepada saya.

Yang menjadi persoalan ialah adakah benar surat yang telah disahterima oleh Ketua Bahagian itu dibuat dari keikhlasannya?. Sehingga kini saya masih tidak percaya kerana dia adalah sahabat saya, tak mungkin dan tak mungkin.
  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Tn Hj,

La Tahzan!

Tajuknya lebih sesuai begini "MUNGKINKAH SEORANG SAHABAT SANGGUP MENGANIAYA SAHABATNYA SENDIRI?"..ini lebih tepat

Ya, pada saya tiada apa yang mustahil di muka bumi ini. Bukankah janji syaitan itu untuk memporak perandakan cucu cicit Nabi Adam AS.

Jadinya dalam soal perjawatan, barang pasti seorang "SAHABAT" juga telah berjaya dibisik oleh syaitan untuk gejolak nafsu hasad dengkinya memuncak demi agenda kepentingan peribadi mahupun untuk 'sama-sama kosong'.

Tindakan Tn Hj memberikan penjelasan kepada J/K Bhg JB adalah suatu yg pada saya sangat bertanggungjawab dan tindakan 'Berani Kerana Benar'.

Sebarang tindakan untuk menjatuhkan Tn Hj pada saya adalah tindakan untuk menutup 'suara & tindakan' seorang yang berani berkhidmat untuk masyarakat secara jujur & amanah kepada mereka yang sekadar menjadi 'yes man' & sekadar berjuang demi peribadi & kroni DAN rakyat sudah muak dengan pemimpin sebegini!

Wassalam
Watan JB