Radio Internet FuhYooFm

Khamis, Jun 20, 2013

Usahlah Kita Ditipu Dengan Menonton Wrestling

.

Teringat arah bapa saya dulu yang sangat meminati Wrestling di tv. Bukan bapa saya saja yang meminati, bahkan di mana saja gerai makan pastinya menyediakan video memaparkan sukan lasak ini.

Itu cerita dulu yang sangat digemari penonton pada tahun 80an hingga 2000. Tetapi sekarang mungkin jauh berkurangan. Begitupun, masih ada peminat setianya. Bagi mereka yang meminati dan sangat ketagih dengan rancangan ini, jangan sekali-kali anda mengatakan ia adalah permainan bohong dan sengaja diatur seolah-olah seperti drama sebabak.

Saya juga pada satu ketika sangat meminati rancangan ini terutama pada tahun 1970an. Saya percaya pada awal permainan ini disiarkan di talivision terutama siaran yang dibuat dari London, ia adalah benar-benar pertandingan dan perlawanan yang sebenar. Cuma pada ketika itu perlawanannya tidak sekasar ketika ini, Begitupun permanan yang nampak ganas dan kasar ini, mungkin telah direncanakan.

Saya lebih memilih untuk melihat boxing berbanding wrestling sebab saya lebih percaya perlawanan boxing itu tidak direncanakan atau berpakat. Begitu juga dengan kick boxing dan Tomoi yang sangat popular di Thailand dan di utara tanah air kita.

Bagi sukan-sukan lasak yang melibatkan pertarungan ini, akhir-akhir ini saya sangat meminati Bellator iaitupertarungan gaya bebas Ultimate Fighting Championship (UFC). Pertandingan mixed martial arts (MMA) boleh kita tontoni di channel Astro 729.

Saya lebih percaya sukan ini lebih real berbanding wrestling.               

Ahad, Jun 16, 2013

MBJB DISARAN JANGAN SALAH GUNA FACEBOOK

.

Pada bulan Februari 2012, di dalam ucapan penanggohan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis, MBJB, saya telah menyarankan agar Datuk Bandar dan Ketua-Ketua Jabatan MBJB mempunyai akaun Facebook agar ia menjadi medan rakyat dan warga bandaraya meluahkan perasaan khusus mengenai permasalahan yang perlu diambil tindakan segera oleh MBJB.

Begitupun, saya mengharapkan akaun facebook ini tidak disalahguna yang akhirnya boleh menyebabkan permasalahan lain.

PELANJUTAN TEMPOH PERKHIDMATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS



Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah melanjutkan tempoh perkhidmatan semua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan di Negeri Johor sehingga 31 Disember 2013. Ini bermakna tugas saya sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sessi ini yang bermula pada 1 Mei 2009 akan berakhir pada 31 Disember 2013.

Perlantikan ini adalah sebagaimana yang dicalonkan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru yang diberi peruntukan 5 orang. Rakan Ahli Majlis yang lain adalah Hjh Salmah Saffar, Azman Dawam, Khalid Mohamad dan Datuk Yahya Jaafar.

Sebelum ini saya pernah memegang jawatan yang sama dari 1 Januari 1996 hingga 31 Disember 1998 mewakili UMNO Bahagian Pulai dan diberi tugas di Zon Tampoi.