Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah melanjutkan tempoh perkhidmatan semua Ahli Majlis Kerajaan Tempatan di Negeri Johor sehingga 31 Disember 2013. Ini bermakna tugas saya sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi sessi ini yang bermula pada 1 Mei 2009 akan berakhir pada 31 Disember 2013.
Perlantikan ini adalah sebagaimana yang dicalonkan oleh UMNO Bahagian Johor Bahru yang diberi peruntukan 5 orang. Rakan Ahli Majlis yang lain adalah Hjh Salmah Saffar, Azman Dawam, Khalid Mohamad dan Datuk Yahya Jaafar.
Sebelum ini saya pernah memegang jawatan yang sama dari 1 Januari 1996 hingga 31 Disember 1998 mewakili UMNO Bahagian Pulai dan diberi tugas di Zon Tampoi.
1 ulasan:
Moga dapat terus mencurahkan bakti dan laksanakan tanggungjawab yg telah diberikan. Syabas Tuan Haji.
Catat Ulasan