Khamis, Jun 05, 2008
BICARA EKSEKUTIF BUDAYA
Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan memang tidak asing bagi pencinta budaya di negara kita. Hari ini aku dapat mengikuti ceramahnya yang berkisar kepada Kebudayaan Persekutuan Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor bertempat di Hotel M-Suite, Johor Bahru.
Peserta dari Ketua-Ketua Jabatan yang berkaitan dan wakil-wakil dari Majlis Kebudayaan Negeri telah didedahkan dengan sejarah pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan liku-liku yang dilalui terutama mutakhir ini. Kemenangan calon parti pembangkang di beberapa negeri dan mengurangkan penguasaan parti Kerajaan telah menampakkan cabaran baru seperti usaha menukar tulisan Jawi dan menambah tulisan Cina, India atas tanda nama jalan terutama di Wilayah Persekutuan.
Begitu juga dengan gagasan Malaysian Malaysia yang pernah disuarakan oleh Lee Kuan Yew dalam Pilihanraya 1964 masih terus disuarakan oleh parti tertentu di negara ini.
Pemikiran dan tindakan baru oleh pencinta budaya bangsa hendaklah dilakukan bagi mengelakkan perdebatan dan bertambah kecelaruan hasil dari PRU12 seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara.
Sebelum itu Timbalan Pengarah II, Sektor Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negera telah membentangkan kertaskerja mengenai Fungsi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Diantara tetamu kehormat yang hadir dalam program "Bicara Eksekutif Budaya" ini adalah Ahli EXCO Kerajaan Johor dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan