Radio Internet FuhYooFm

Sabtu, Jun 14, 2008

KENDERAAN GUNA NGV TIDAK MENDAPAT REBET

Tengahari tadi saya mendengar berita dari TV menyatakan kenderaan yang menggunakan NGV tidak akan mendapat bayaran rebet. Sebagai pengguna, saya merasa agak terkilan bukan kerana tidak mendapat bayaran rebet tetapi disebabkan saya telah mematuhi arahan Kerajaan dengan membuat pemeriksaan PUSPAKOM dan seterusnya mendaftarkannya dengan JPJ.

Saya rasa selepas ini ramai pengguna akan menggunakan NGV tetapi tidak akan melapor kepada PUSPAKOM dan JPJ. Rebet yang diterima untuk 5 tahun sudah cukup untuk memasang peralatan ini.

Soalnya sekarang ialah adakah stesyen NGV telah mencukupi dan dapat menampung keperluan pengguna? Bolehkah disenaraikan stesyen-stesyen NGV di seluruh negara? Dimana stesyen NGV di negeri-negeri Kelantan, Trengganu, Perak, Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak?. Di Johor, hanya di Johor Bahru yang mempunyai beberapa stesyen dan sebuah di Kluang.

Sebagai salah seorang pengguna NGV yang dilengkapkan dalam kereta Proton Iswara, saya hanya boleh menggunakannya di Johor Bahru dan untuk keluar dari daerah ini hanya boleh terus Ke Kuala Lumpur, Seremban atau Melaka. Itupun di jalan-jalan Persekutuan dan tidak di Lebuhraya Utara/Selatan. Di Melaka ada 2 stesyen sementara di Seremban terdapat 3 stesyen.

Selepas ini, pasti ramai pemilik kenderaan yang akan menggunakan NGV walau terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan bekalan. Begitupun, mereka masih boleh menggunakan petrol walaupun dengan harga yang lebih mahal berbanding harga NGV.

Kesan kenaikan harga minyak juga dirasai oleh kami pengguna NGV. Fikirkanlah.

Tiada ulasan: